Pages

Thursday, October 22, 2015

Elakkan Diri Daripada Scammer Online

Gambar ihsan jeparainfomebel


Kali ini nak kongsi sedikit sebanyak tips tentang cara-cara untuk elakkan diri kita daripada ditipu menerusi jual beli barang secara online, dengan mendalami ciri-ciri yang ada pada seseorang penipu online itu. Kat bawah merupakan kriteria online scammers:

1. Scammer menjual barang dengan harga sangat murah, tahap yang tidak logik dek akal. Contohnya mereka menjual sesuatu barang berharga RM1000 pada harga RM200 sedangkan penjual yang jujur sendiri memaklumkan harga RM200 adalah mustahil kerana harga modal pun tidak lepas. Jadi jika dapat tengok sesuatu barang dijual pada harga yang terlalu murah daripada harga biasa, elakkan daripada membelinya.

2. Scammer tidak tahu maklumat lanjut mengenai barangan yang mereka jual kerana barang yang dipilih untuk ditipu oleh mereka adalah random. Contohnya mereka menjual powerbank tapi tidak dapat menjawab pertanyaan pelanggan tentang powerbank dengan baik. Ataupun penjual breastpump tapi tidak dapat menjawab tentang kriteria motor pam yang bagus, sedutan dan sebagainya. Ataupun penjual handbag tetapi tidak tau apakah nama handbag terkini Coach. Jika anda berurusan dengan penjual online dan mendapati mereka tidak dapat menjawab soalan anda dengan baik tentang sesuatu produk, elakkan daripada membeli dengan mereka kerana dikhuatiri mereka adalah scammer.

3. Scammer menggunakan laman web yang kelihatan lebih kurang sama. Contoh terdekat yang berlaku adalah penipuan handbag berjenama Mikhael Kors dan Coach tempoh hari. Mereka mengiklankan barangan mereka melalui Facebook Ads yang menyebabkan ramai telah tertipu. Laman web yang mereka gunakan sering bertukar nama url namun features pada laman web mereka kelihatan sama sahaja. Disini saya beri contoh laman web untuk penipuan mereka disini (memandangkan mereka sering menukar url, mungkin link yang saya beri ini dapat di-access pada tempoh tertentu sahaja).

4. Scammer menggunakan profil Facebook palsu. Mereka seringkali aktifkan - deaktivate - aktifkan blk dengan menggunakan nama yang berbeza. Nama pada profil mereka adalah berbeza dengan nama pada akaun bank yang mereka beri. Elakkan diri daripada membeli dgn penjual sebegini, dikhuatiri scammer.

5. Scammer suka membuat ayat atau helah supaya pelanggan cepat-cepat membuat bayaran. Contohnya "ada 1 unit lagi dalam stok, kalau confirm nak buat bayaran hari ini untuk post out hari ini dengan parcels lain" atau "bayar dalam masa 2 jam untuk cop barang anda" dan sebagainya. Peniaga yang jujur juga ada menggunakan ayat sebegini kadang-kadang tapi kebiasaannya peniaga jujur lebih tenang dalam meminta bayaran dan akan beri tempoh untuk buat bayaran dalam masa 24 jam (lazimnya) dan jika pelanggan membatalkan pesanan, itu tidak menjadi masalah buat mereka. Jadi kita sendiri kena pandai baca ayat penjual samada mereka jenis menipu atau jujur.

6. Scammer suka meletakkan harga pos yang mahal. Dalam hal ini, pembeli perlu bijak dan alert dengan kos pos terkini sesuatu syarikat kurier mengikut berat barang itu. Katakanlah barang 15kg yang besar dalam Semenanjung kebiasaannya kurier (selain Poslaju) akan caj dalam RM20-30 tapi scammer akan minta sampai lebih daripada RM50. Itu adalah kos pos yang salah dan tipu. Jadi jika mendapati kos pos yang disebut scammer tidak masuk akal, boleh double check dengan syarikat kurier tersebut tentang kos pos yang betul, untuk mengelakkan anda ditipu. Scammer memang suka menipu kos pos dengan caj pos yang agak tinggi kerana ingin wang lebih banyak.

7. Scammer tidak mahu buat Cash On Delivery (COD) kepada pelanggan. Iya la barang pun tidak ada bagaimana mahu COD? Jika mereka bertanya kita tinggal dimana baru nak beritahu tempat COD pun berjaga-jaga kerana mereka akan cuba sebut nama tempat COD yang sangat jauh dari pelanggan hingga pelanggan terpaksa memilih pos. Contohnya bila anda mahu COD, scammer bertanya dulu dimana anda tinggal, bila anda jawab KL, dia akan cakap dia COD di Kedab sahaja (ini contoh ya). Kalau seller sebut dahulu tempat COD sebelum tanya tempat tinggal anda bermakna itu seller yang jujur ya. Jadi elakkan diri daripada membeli daripada seller yang tak mahu COD barang kepada anda, takut penipuan akan berlaku.

Bersama-samalah kita mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada pencuri duit online. Semoga bermanfaat.

Wednesday, October 7, 2015

Resepi: Lemon Chicken

















Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
1 bahagian dada ayam dipotong dadu
3 sudu kicap manis
1 biji telur
4 sudu tepung jagung
1 sudu kecil lada hitam
Secubit garam
3-4 sudu gula
2 biji lemon (1 setengah biji diperah jus, setengah dipotong)
Minyak masak

Cara-cara:
Dada ayam diperap dengan kicap sekurang-kurangnya 30 minit. Bancuh telur, 3 sudu tepung jagung, garam dan lada hitam dalam 1 mangkuk hingga sebati. Panaskan minyak, celupkan ayam yang diperap dengan kicap tadi ke dalam bancuhan tepung dalam mangkuk dan goreng hingga garing. Ketepikan.


Panaskan 2 sudu minyak masak, masukkan jus lemon, gula, garam dan biarkan hingga mendidih. 1 sudu tepung jagung cairkan bersama air dan masukkan ke dalam jus lemon tadi untuk memekatkannya. Masukkan potongan lemon dan biarkan seketika, kemudian tutup api.

Curahkan sos lemon tadi ke atas ayam yang telah digoreng garing tadi. Jika tidak suka ayam menjadi lembik, asingkan ayam dan sos lemon dalam bekas berbeza (saya suka satukan terus).

Moga bermanfaat. Selamat mencuba!

Resepi: Butter Chicken ala India


















Saiz hidangan untuk 2-3 orang makan

Bahan-bahan:
1 bahagian dada ayam dipotong dadu
Serbuk kari semangkuk kecil (5-6 sudu)
Setengah buku butter (~125 gram)
1 cawan susu cair
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari (dlm 6-8 helai)
4-5 keping cheesedale

Cara-cara:
Gaulkan ayam yang dipotong dadu dengan 2 sudu serbuk kari dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga masak, angkat dan toskan.

Cairkan mentega di dalam kuali di atas api dapur. Masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga naik bau. Masukkan susu cair, 3 sudu serbuk kari, ayam yang telah digoreng dan tunggu hingga mendidih. Kemudian masukkan cheese ke dalam kuah. Tunggu hingga pekat. Dan siap. Selamat mencuba!

*jika anda suka makanan masin atau manis boleh tambahkan gula atau garam ke dalam kuah. Saya tak tambah sebab saya guna salted cheese, dah cukup masin buat saya. :-)