Pages

Thursday, July 9, 2015

Gaya Sesuai Untuk Kasut Wedges

Saya seorang yang gemar melihat wanita-wanita memakai kasut tinggi dengan penuh keyakinan. Mereka kelihatan sangat bergaya dan cantik. Sebagai seorang wanita yang rendah, kasut bertumit tinggi merupakan salah satu kelengkapan pakaian saya untuk menampakkan saya kelihatan lebih tinggi. Namun saya kurang gemar kasut yang tumitnya runcing kerana risau terjatuh tanpa sengaja atau secara tiba-tiba. Jadi untuk orang yang mahu memakai kasut tinggi tetapi mahu kasut yang lebih stabil, sudah semestinya kasut wedges menjadi pilihan saya.

Apa itu kasut wedges? Kasut baji atau juga dikenali sebagai kasut wedges merupakan salah satu jenis kasut yang paling digemari oleh ramai wanita. Selain heels (kasut tumit tinggi), kasut wedges juga menjadikan pemakainya tampak lebih tinggi dan mencapa ketinggian yang ideal. Namun, berbeza dengan heels, rekaan tapak kasut wedges yang rata memberikan kestabilan kepada si pemakai sepanjang pemakaian.

 Oleh yang demikian, jika anda merupakan seorang wanita yang aktif dan banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, pemakaian kasut wedges adalah pilihan yang paling ideal agar anda kekal selesa sepanjang hari. Jadi, apakah gaya yang paling sesuai untuk dipadankan bersama kasut wedges?



Kasut wedges amat sesuai untuk dipadankan bersama apa jua jenis pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah, kaftan dan lain-lain.


Selain itu, kasut wedges juga merupakan pilihan yang paling ideal untuk dipadankan bersama koleksi dress labuh. Ia bukan sahaja memberikan ketinggian yang sesuai untuk anda, malah anda juga kelihatan lebih langsing.

Padankan juga kasut wedges ini dengan koleksi pakaian kasual anda. Ingin menonton wayang bersama rakan-rakan di hujung minggu? Sarungkan sepasang jeans biru bersama blouse putih dan sempurnakan penampilan anda dengan sepasang wedges.


Dan kasut wedges ini juga anda boleh padankan dengan kombinasi skirts dan blouse.


Saya juga sudah beberapa kali membeli wedges dan sebagai seorang yang sibuk dengan tugasan harian, saya lebih gemar membeli secara online. Tengok sahaja gambar diatas, saya pernah membeli wedges melalui web Zalora dan barang sampai sehari selepas bayaran dibuat, servis yang pantas! Tips untuk membeli kasut online, pastikan anda tahu saiz kasut anda yang betul, dan beli lah di web yang menyediakan khidmat tukaran kasut kepada saiz yang betul (sekiranya anda tersilap pilih saiz).

Jadi, apa lagi korang, jom miliki koleksi kasut wedges terkini hari ini juga!

Tuesday, July 7, 2015

Resepi: Ayam Buttermilk

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
1 bahagian dada ayam, potong kecil-kecil
3 sudu tepung gandum
1 biji telur dipukul
1 sudu lada hitam ditumbuk/serbuk lada hitam
3 sudu butter
Setengah tin susu sejat
5-6 helai daun kari
3 biji bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji cili padi (jika mahu pedas, potong)
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara:
Mula-mula bersih dan potongkan ayam. Campurkan tepung gandum, garam dan lada hitam dalam mangkuk kecil. Kemudian ayam yang telah dibersihkan itu dicelup ke dalam telur yg telah dipukul dan digolekkan ke dalam campuran tepung tadi seterusnya digoreng dalam minyak masak sehingga separa garing. Angkat ayam yang telah digoreng tadi dan toskan lebihan minyaknya.

Di dalam kuali di atas api sederhana panas, cairkan mentega dan masukkan daun kari. Setelah itu masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Bila bau telah naik, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Selepas itu masukkan susu sejat, gula, garam dan gaul rata. Biarkan seketika hingga susu itu di-caramelized ke dalam ayam tersebut. Padamkan api ketika nampak susu separa kering. Kemudian hidangkan seperti biasa.

Selamat mencuba!