Pages

Thursday, October 22, 2015

Elakkan Diri Daripada Scammer Online

Gambar ihsan jeparainfomebel


Kali ini nak kongsi sedikit sebanyak tips tentang cara-cara untuk elakkan diri kita daripada ditipu menerusi jual beli barang secara online, dengan mendalami ciri-ciri yang ada pada seseorang penipu online itu. Kat bawah merupakan kriteria online scammers:

1. Scammer menjual barang dengan harga sangat murah, tahap yang tidak logik dek akal. Contohnya mereka menjual sesuatu barang berharga RM1000 pada harga RM200 sedangkan penjual yang jujur sendiri memaklumkan harga RM200 adalah mustahil kerana harga modal pun tidak lepas. Jadi jika dapat tengok sesuatu barang dijual pada harga yang terlalu murah daripada harga biasa, elakkan daripada membelinya.

2. Scammer tidak tahu maklumat lanjut mengenai barangan yang mereka jual kerana barang yang dipilih untuk ditipu oleh mereka adalah random. Contohnya mereka menjual powerbank tapi tidak dapat menjawab pertanyaan pelanggan tentang powerbank dengan baik. Ataupun penjual breastpump tapi tidak dapat menjawab tentang kriteria motor pam yang bagus, sedutan dan sebagainya. Ataupun penjual handbag tetapi tidak tau apakah nama handbag terkini Coach. Jika anda berurusan dengan penjual online dan mendapati mereka tidak dapat menjawab soalan anda dengan baik tentang sesuatu produk, elakkan daripada membeli dengan mereka kerana dikhuatiri mereka adalah scammer.

3. Scammer menggunakan laman web yang kelihatan lebih kurang sama. Contoh terdekat yang berlaku adalah penipuan handbag berjenama Mikhael Kors dan Coach tempoh hari. Mereka mengiklankan barangan mereka melalui Facebook Ads yang menyebabkan ramai telah tertipu. Laman web yang mereka gunakan sering bertukar nama url namun features pada laman web mereka kelihatan sama sahaja. Disini saya beri contoh laman web untuk penipuan mereka disini (memandangkan mereka sering menukar url, mungkin link yang saya beri ini dapat di-access pada tempoh tertentu sahaja).

4. Scammer menggunakan profil Facebook palsu. Mereka seringkali aktifkan - deaktivate - aktifkan blk dengan menggunakan nama yang berbeza. Nama pada profil mereka adalah berbeza dengan nama pada akaun bank yang mereka beri. Elakkan diri daripada membeli dgn penjual sebegini, dikhuatiri scammer.

5. Scammer suka membuat ayat atau helah supaya pelanggan cepat-cepat membuat bayaran. Contohnya "ada 1 unit lagi dalam stok, kalau confirm nak buat bayaran hari ini untuk post out hari ini dengan parcels lain" atau "bayar dalam masa 2 jam untuk cop barang anda" dan sebagainya. Peniaga yang jujur juga ada menggunakan ayat sebegini kadang-kadang tapi kebiasaannya peniaga jujur lebih tenang dalam meminta bayaran dan akan beri tempoh untuk buat bayaran dalam masa 24 jam (lazimnya) dan jika pelanggan membatalkan pesanan, itu tidak menjadi masalah buat mereka. Jadi kita sendiri kena pandai baca ayat penjual samada mereka jenis menipu atau jujur.

6. Scammer suka meletakkan harga pos yang mahal. Dalam hal ini, pembeli perlu bijak dan alert dengan kos pos terkini sesuatu syarikat kurier mengikut berat barang itu. Katakanlah barang 15kg yang besar dalam Semenanjung kebiasaannya kurier (selain Poslaju) akan caj dalam RM20-30 tapi scammer akan minta sampai lebih daripada RM50. Itu adalah kos pos yang salah dan tipu. Jadi jika mendapati kos pos yang disebut scammer tidak masuk akal, boleh double check dengan syarikat kurier tersebut tentang kos pos yang betul, untuk mengelakkan anda ditipu. Scammer memang suka menipu kos pos dengan caj pos yang agak tinggi kerana ingin wang lebih banyak.

7. Scammer tidak mahu buat Cash On Delivery (COD) kepada pelanggan. Iya la barang pun tidak ada bagaimana mahu COD? Jika mereka bertanya kita tinggal dimana baru nak beritahu tempat COD pun berjaga-jaga kerana mereka akan cuba sebut nama tempat COD yang sangat jauh dari pelanggan hingga pelanggan terpaksa memilih pos. Contohnya bila anda mahu COD, scammer bertanya dulu dimana anda tinggal, bila anda jawab KL, dia akan cakap dia COD di Kedab sahaja (ini contoh ya). Kalau seller sebut dahulu tempat COD sebelum tanya tempat tinggal anda bermakna itu seller yang jujur ya. Jadi elakkan diri daripada membeli daripada seller yang tak mahu COD barang kepada anda, takut penipuan akan berlaku.

Bersama-samalah kita mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada pencuri duit online. Semoga bermanfaat.

2 comments:

Nadiah Suhaidi said...

Good sharing ! Semoga dijauhi scammer2 ni

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)