Pages

Saturday, September 5, 2015

Tutorial Tudung: Cara Buat Tudung Instant 2 Muka (2 loops) Daripada Shawl Biasa Tanpa Jahitan

Angkat tangan sesiapa suka tudung 2 muka (2 loops) kat sini? \(^_^)/ Hehehe. Tudung instant 2 muka antara tudung instant yang paling senang digayakan. Cuma masuk muka dua kali, adjust bahagian bahu depan belakang dan siap!

Saya yakin ramai yang membaca ni mempunyai tudung-tudung shawl biasa yang kadangkala kita tidak ada idea nak lilit macam mana. Tahukah anda shawl panjang, oblong, halfmoon dan seangkatannya boleh ditukar menjadi tudung instant 2 muka tanpa perlu jahitan, hanya menggunakan minima 2 kerongsang. Jadi di bawah ini saya tunjukkan langkah-langkah untuk menggayakan shawl biasa menjadi shawl 2 muka. 

Panjang tudung yang sesuai dijadikan shawl 2 muka tanpa jahitan ini mestilah sekurang-kurangnya 1.5 meter. Saya menggunakan plain shawl Dgadisaa yg berukuran 0.75 x 1.7 meter. Berikut merupakan tutorial shawl 2 muka bergambar daripada saya;


1. Mula-mula, pin kan bahagian bawah dagu. Pastikan salah satu bahagian tudung (kiri/kanan, ikut keselesaan masing-masing) adalah lebih pendek.


2. Kemudian, lipat bahagian hujung tudung yang panjang tadi ke dalam. Tinggalkan lebihan beberapa inci (ikut keselasaan anda) daripada kawasan anda bajet anda akan letak pin kedua anda.

3. Ukur pada kepala anda, betul-betul tengah kepala, berapa panjang luas bukaan muka kedua yang anda perlukan.

4. Kemudian pin kan kawasan yang anda bajet daripada ukuran tadi. Saya suka gunakan kerongsang besar disini, lebih-lebih lagi kerongsang bunga.


5. Setelah itu, masukkan bukaan muka kedua itu ke muka anda, adjust ikut keselesaan luas muka.


6. Akhir sekali betulkan kedudukan pin kedua di tepi muka tadi, dan baiki kedudukan depan, bahu dan belakang tudung mengikut keselesaan anda. Boleh letak jarum peniti di bahagian atas tengah kepala supaya tudung lebih kemas.

Siap!

Kini anda boleh memakai tudung 2 muka tanpa perlu membeli shawl baru malahan tidak perlu dijahit. Hanya perlukan beberapa minit untuk bersiap sebelum keluar dengan menggunakan tudung sedia ada. Semoga tutorial tudung ini memberi manfaat kepada semua, insya-Allah. Selamat mencuba!

9 comments:

Farha Kimah said...

glemorrr mukaa hehehe haa boleh share kat kawan ni..kawan sokmo mitok buat tp mls adop masa nok buat hehe

cik mah said...

Suka2...senangkan..

yanie yusuf said...

wahh mudah jew..tq for sharing..

Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

Ainul Mustafa said...

baru tahu.. kreatif betul

~ Mar ~ said...

hehe selamat mencuba semua :-D

adarnadzmie said...

akak hari2 pakai shawl 2 muka buat sendiri mcm tu dik... mudah dan cepat...:)

hanim mohd said...

Salam kak boleh saya tahu mcm kalau buat instant shawl guna halfmoon mcm mana nak dapat bhg belakang tu jatuh bulat cantik je..

Instant Shawl Dua Muka said...

Very nice tutorial dear

Anonymous said...

Jazakillah, dik! Semoga mendapat keberkatan berterusan dr tutorial yg bermanafaat ini.