Pages

Tuesday, July 7, 2015

Resepi: Ayam Buttermilk

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
1 bahagian dada ayam, potong kecil-kecil
3 sudu tepung gandum
1 biji telur dipukul
1 sudu lada hitam ditumbuk/serbuk lada hitam
3 sudu butter
Setengah tin susu sejat
5-6 helai daun kari
3 biji bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji cili padi (jika mahu pedas, potong)
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara:
Mula-mula bersih dan potongkan ayam. Campurkan tepung gandum, garam dan lada hitam dalam mangkuk kecil. Kemudian ayam yang telah dibersihkan itu dicelup ke dalam telur yg telah dipukul dan digolekkan ke dalam campuran tepung tadi seterusnya digoreng dalam minyak masak sehingga separa garing. Angkat ayam yang telah digoreng tadi dan toskan lebihan minyaknya.

Di dalam kuali di atas api sederhana panas, cairkan mentega dan masukkan daun kari. Setelah itu masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Bila bau telah naik, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Selepas itu masukkan susu sejat, gula, garam dan gaul rata. Biarkan seketika hingga susu itu di-caramelized ke dalam ayam tersebut. Padamkan api ketika nampak susu separa kering. Kemudian hidangkan seperti biasa.

Selamat mencuba!

1 comments:

cik mah said...

K..lps raya boleh try ni..terliur sudah..