Pages

Thursday, July 9, 2015

Gaya Sesuai Untuk Kasut Wedges

Saya seorang yang gemar melihat wanita-wanita memakai kasut tinggi dengan penuh keyakinan. Mereka kelihatan sangat bergaya dan cantik. Sebagai seorang wanita yang rendah, kasut bertumit tinggi merupakan salah satu kelengkapan pakaian saya untuk menampakkan saya kelihatan lebih tinggi. Namun saya kurang gemar kasut yang tumitnya runcing kerana risau terjatuh tanpa sengaja atau secara tiba-tiba. Jadi untuk orang yang mahu memakai kasut tinggi tetapi mahu kasut yang lebih stabil, sudah semestinya kasut wedges menjadi pilihan saya.

Apa itu kasut wedges? Kasut baji atau juga dikenali sebagai kasut wedges merupakan salah satu jenis kasut yang paling digemari oleh ramai wanita. Selain heels (kasut tumit tinggi), kasut wedges juga menjadikan pemakainya tampak lebih tinggi dan mencapa ketinggian yang ideal. Namun, berbeza dengan heels, rekaan tapak kasut wedges yang rata memberikan kestabilan kepada si pemakai sepanjang pemakaian.

 Oleh yang demikian, jika anda merupakan seorang wanita yang aktif dan banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, pemakaian kasut wedges adalah pilihan yang paling ideal agar anda kekal selesa sepanjang hari. Jadi, apakah gaya yang paling sesuai untuk dipadankan bersama kasut wedges?



Kasut wedges amat sesuai untuk dipadankan bersama apa jua jenis pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah, kaftan dan lain-lain.


Selain itu, kasut wedges juga merupakan pilihan yang paling ideal untuk dipadankan bersama koleksi dress labuh. Ia bukan sahaja memberikan ketinggian yang sesuai untuk anda, malah anda juga kelihatan lebih langsing.

Padankan juga kasut wedges ini dengan koleksi pakaian kasual anda. Ingin menonton wayang bersama rakan-rakan di hujung minggu? Sarungkan sepasang jeans biru bersama blouse putih dan sempurnakan penampilan anda dengan sepasang wedges.


Dan kasut wedges ini juga anda boleh padankan dengan kombinasi skirts dan blouse.


Saya juga sudah beberapa kali membeli wedges dan sebagai seorang yang sibuk dengan tugasan harian, saya lebih gemar membeli secara online. Tengok sahaja gambar diatas, saya pernah membeli wedges melalui web Zalora dan barang sampai sehari selepas bayaran dibuat, servis yang pantas! Tips untuk membeli kasut online, pastikan anda tahu saiz kasut anda yang betul, dan beli lah di web yang menyediakan khidmat tukaran kasut kepada saiz yang betul (sekiranya anda tersilap pilih saiz).

Jadi, apa lagi korang, jom miliki koleksi kasut wedges terkini hari ini juga!

2 comments:

CikSiti said...

Saya pun suka pakai wedges

Farha Kimah said...

zaman dok kawen kakha memang minat kasut tumit tinggi, paing kurng 2inci...satu lagi kaki kakha kecik n halus kan..so bajet2 sesua gituu

tapiii bila dah kawen dan beranak pinak kasut yg kakha kutuk2 dulu kata kasut org tua tu laaa jd pilihan hati kahkah..tp tak suka flat, mesti nak y tinggi sikit, katoery wedges la hehe...