Pages

Tuesday, June 9, 2015

Resepi Kek Batik Crunchy

Bahan-bahan:
250 gm mentega
3/4 tin susu pekat manis
1 biji telur (optional)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan Milo
1 paket biskut Marie

Cara-cara:
Cairkan mentega dalam kuali/periuk di atas api kecil. Tambahkan susu pekat manis dan kacau sebati. Tambahkan telur (jika mahu). Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Campurkan serbuk koko dan Milo dan kacau hingga sebati, kemudian matikan api. *Patah-patahkan biskut Marie dan masukkan ke dalam adunan sambil menggaul nya sebati. Masukkan ke dalam loyang saiz sederhana, tunggu sehingga sejuk sedikit kemudian bolehla disejukkan dalam peti ais selama 4 jam. Siap!


*jika mahu kek batik versi lembik dan bukan crunchy, boleh la masukkan biskut yang dipatahkan sambil api dapur masih dibuka (belum ditutup) supaya biskut menjadi lebih lembik.

Selamat mencuba!

2 comments:

cik mah said...

Bahan2 mmg dah beli..peti pulak penuh..kn tunggu turn...sedapnyer kan...

CikSiti said...

saya suka makan tapi tak pernah buat hihi