Pages

Thursday, May 28, 2015

Myvi 10niversary Celebration

Pada hari Ahad yang lalu, iaitu pada 24 Mei 2015 suami saya mengambil kesempatan untuk menyertai gathering rasmi pemilik Myvi se-Malaysia yang dianjurkan oleh syarikat Perodua. Acara ini bertempat di Setia City Mall (SCM) Outdoor Park dimana ia diadakan 2 hari, iaitu hari kedua khusus untuk para peserta mendaftarkan diri dan mengambil goodies limited edition yang disediakan. Acara ini diadakan oleh Perodua untuk mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai gathering terbesar Myvi di Malaysia.

Sebenarnya kami pergi ke SCM agak lewat memandangkan suami saya pergi menghantar adiknya yang mendaftarkan diri di Asasi Universiti Malaya pada pagi hari yang sama. Dia hanya sampai di rumah usai menghantar adiknya hampir jam 12 tengahari. Melalui sms Perodua juga dinyatakan pendaftaran bagi para peserta Myvi Nation hanya sehingga jam 12 tengahari. Kami hampir membatalkan hasrat untuk pergi kerana sudah terlambat, namun kata hati kami membuatkan kami pergi juga kerana kami hanya mahu cuba nasib, andaikata sempat mendaftar ianya rezeki, andaikata pendaftaran sudah ditutup maka kami akan berjalan di SCM sahaja.

Kami bertolak pada jam 12 tengahari ke SCM dari rumah kami dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Sesampainya disana suami perlu menunjukkan sms yang diterima kepada staf yang menjaga pintu masuk sebagai bukti dia adalah salah sorang peserta yang betul. Kami tiba disana pada pukul 1 tengahari lebih kurang dan kami bersyukur kerana meja pendaftaran masih dibuka. Jadi suami cepat-cepat mendaftarkan diri dan diberi t-shirt Myvi 10niversary (kena tukar pada masa itu juga di changing room yang disediakan) dan voucher untuk mengambil lunch yang disediakan oleh KFC. Kami makan lunch tersebut, serta menyuap lunch kepada anak kami sebelum masuk ke SCM untuk menunaikan solat.


Kami sempat melawat beberapa booth Perodua pada waktu itu dan mendengar pengumuman pemenang cabutan bertuah yang membawa pulang sebuah kereta Myvi 10niversary limited edition (orang Perak yang menang, tahniah! Rezeki kamu).


Pada pukul 3 petang, para peserta diminta untuk pergi ke meja pendaftaran sekali lagi untuk mengambil goodies bag yang disediakan. Goodies bag yang ditunggu-tunggu ini diisi dengan minyak hitam Perodua, kad Touch and Go dengan isian RM100, voucher servis Perodua RM180, keychain Perodua dan macam-macam lagi (sebab itu suami saya mahu pergi, dia pengguna tegar TnG sudah semestinya ia sangat berguna kepadanya). Majalah Lisa juga ada di kawasan pendaftaran dan para peserta juga diberi majalah Lisa secara percuma.


Sebelum pulang ke rumah, saya sempat bertemu dengan rakan saya, Aisyah, yang kebetulan berada di SCM juga membawa anaknya bermain bubbles disitu. Selesai semua urusan, kami pulang ke rumah dengan hati gembira.

Kami berharap agar dapat menyertai lagi gathering rasmi yang dianjurkan syarikat Perodua pada masa akan datang, kerana kami amat sukakan goodies yang diberikan! Bertepatan dengan tema Myvi 10niversary 'Think Loved Ones, Drive Safely' kami berharap semoga pemandu-pemandu Myvi sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah di jalanraya, pandu cermat, ingatlah orang tersayang, insya-Allah.

2 comments:

cik mah said...

Wahhhh
..bestnyer ..goodies pun sngtlah best...ala2 sempat pulak jumpa ek..jeleslah..

~ Mar ~ said...

cikmah: alhamdulillah. jom join sama2 next gathering hehe