Pages

Thursday, April 2, 2015

Resepi: Maggi Kerabu

Maggi Kerabu ni lebih popular di kalangan orang yang gemar masakan Siam dan orang-orang Kelantan. Saya suka makan Maggi Kerabu ni zaman study di USM Kubang Kerian dulu-dulu, ada dijual di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur (kawasan gerai-gerai makan tu). Jadi kali ini saya kongsikan resepi Maggi Kerabu supaya korang pun dapat sama merasa apa tu Maggi Kerabu.




















Bahan-bahan:
1 bungkus mi segera cap Serda perisa tomyam (jika tidak jumpa cap Serda, pakai cap lain pun boleh, Maggi ke, Ruski ke, Mamee ke)
3 batang crabstick
3 ekor udang sederhana besar
2-3 bebola ikan/seafood
Kubis (dihiris halus)
Lobak (dihiris halus)
1 labu bawang merah (dicincang halus)
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil perahan limau nipis
2-3 biji cili api (dipotong kecil)

Cara-cara:
Mula-mula rebuskan mi bersama udang, crabstik dan bebola, masukkan 1/3 rempah segera tomyam ke dalam air rebusan itu (untuk memberi lebih perisa). Kemudian setelah bahan-bahan rebusan tersebut masak, toskan dan simpan air nya sedikit (untuk digunakan kemudian). Potong halus-halus crabstick, udang dan bebola yang telah direbus tadi. Campurkan baki rempah, mi dan bahan-bahan yang telah direbus dan dipotong tadi bersama kubis, lobak, bawang merah, cili api, sos ikan dan perahan limau nipis dalam satu mangkuk. Gaulkan hingga sebati. Masukkan sedikit air rebusan jika perlu (abaikan jika tidak perlu). Siap!

Selamat mencuba!

3 comments:

Jalilah Jali said...

nak try lah bile ade free time nanti.. :) rajin akak update blog! kak kmar ade ig? add sy..jaa jalela :)

~ Mar ~ said...

Jalilah: dh request ig awak, hee~ Anak akak dh besar sikit skrg, baru smpt blogging ni.. Masa anak kcik xsmpt sgt.. Mari teruskan blogging.. Hihi

Hana Niey said...

wah! kerabu maggi. boleh cubalah nanti. salam knl. :)