Pages

Tuesday, March 24, 2015

Resepi: Pancake Mudah

Salah satu makanan breakfast yang mudah disediakan adalah pancake. Orang Melayu panggil lempeng. Mana-mana panggilan pun takpa asalkan sedap. Kat bawah ni resepi penkek versi omputeh. Fluffy manis-manis gitu.

Penkek saya. Saya biasa makan dengan madu dan Nutella.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 sudu minyak sayuran (atau mentega yang dicairkan)
1 biji telur
1 cawan susu penuh krim
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu gula

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati (pastikan tiada ketulan). Panaskan kuali non-stick, masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali (tidak perlu panaskan minyak terlebih dahulu ya) dan masak macam biasa (terbalikkan bila perlu).

Boleh dimakan bersama gula sirap, jem, coklat, madu dan apa-apa sahaja gabungan yang kita suka. Boleh juga dimakan begitu sahaja, jika suka.

Selamat mencuba!

2 comments:

cik mah said...

Wahhh..yummy..

~ Mar ~ said...

hehe sdp cikmah. leh wt ke azwa juga tp takyah letak gula tu.. ganti puri kurma ke pisang ke kismis ke..