Pages

Tuesday, March 3, 2015

Resepi: Kerabu Mangga

Kerabu mangga merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Jika tiada lauk sekalipun, makan nasi kosong bersama telur goreng dan kerabu mangga sahaja pun, sudah mencukupi bagi saya. Saya kongsikan di bawah ini resepi mudah untuk membuat kerabu mangga.


Bahan-bahan:-
1 biji mangga muda/hijau
4-5 ulas bawang putih
1-2 biji cili api (tambahkan kuantiti jika suka lebih pedas)
2-3 sudu sos ikan
2-3 sudu air masak
Setengah sudu gula
1-2 sudu udang kering (disangai)

Cara-cara:-
Tumbuk bawang putih sehingga separa lumat bersama-sama gula. Kemudian campurkan sos ikan dan air masak kepada bawang putih itu. Hiris halus-halus mangga muda tersebut (cara saya, saya potong secara menegak dahulu mangga itu, kemudian gunakan peeler untuk keluarkan isinya halus-halus). Campurkan larutan sos dan bawang putih tadi ke dalam mangga yang telah dihiris halus dan gaul hingga sebati. Kemudian tambah hirisan cili api dan udang kering untuk menambahkan lagi perisa (saya guna ikan bilis rangup dalam gambar di atas kerana tiada stok udang kering di rumah ketika itu).

Selamat mencuba!

0 comments: