Pages

Wednesday, March 11, 2015

Resepi: Homemade Strawberry Jam

Hari tu semasa di Cameron Highland sengaja beli buah strawberi banyak sebab berkeinginan untuk buat jem strawberi sendiri. Sebab dah bosan juga makan jem buatan kilang, ye tak? Buat sendiri lebih selamat, diyakini bersih dan insya-Allah keluarga pun suka.

Di bawah ini saya kongsikan cara-cara untuk buat jem strawberi di rumah;-

1. Basuh buah strawberi tersebut, buang daunnya dan belah 3-4.


2. Masukkan dalam periuk dan tambah air hingga buah strawberi tenggelam dalam 1/3 sahaja. Nanti buah strawberi akan keluarkan airnya jadi air akan makin bertambah nanti.


3. Tambahkan gula dalam 2-3 senduk (kurangkan jika mahu kurang manis dan tambahkan jika mahu lagi manis) dan biar menggelegak. Tambah sikit sahaja garam ke dalam periuk.


4. Biarkan larutan strawberi-gula tersebut mengering sehingga mencapai tahap yang kita mahu (saya suka jem yang berketul dan pekat, setengah orang suka jem yang sedikit cair, atas selera masing-masing). Akhir sekali selepas api ditutup tambahkan perahan limau nipis dalam 1 sudu besar (untuk bagi tahan lebih lama).


5. Sejukkan dan simpan dalam bekas.

Selain buah strawberi, boleh juga apply resepi yang sama untuk buah buahan lain. Contohnya rambutan ke limau ke blueberi ke, cuma kena pandai bajet gula supaya tidak terlalu manis atau terlalu tawar mengikut kadar kemanisan semulajadi buah tersebut.

Selamat mencuba.

4 comments:

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

sedapnye

~ Akmar ~ said...

Aqidah: hehe try buat sendiri.. sedap puas hati..

Ida Khalidah said...

Assalamu'alaikum,saya nak tanya..berapa lama kita boleh simpan jem yg kita buat sendiri ni?Sebab tak de bahan pengawit.Terima kasih

Suzie Rusli said...

Assalamualaikum...saya dah terlebih sukatan air.perlu ke saya tambahkan gula or didihkan lebih lama? Tq kak..