Pages

Monday, March 30, 2015

Petua Murah Rezeki

(This is a copy and paste entry. I got this from whatsapp. Sharing is caring.)

SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Penceramah seminar ini adalah Puan Areena Ahmad, Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

(gambar ihsan google (sekadar hiasan sahaja))

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau berkata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang dikongsi:

1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran. Apa yang dicerita, bangun pagi kita jangan buka handphone atau rancang nak buat apa dulu. Mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir. Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. Solat Berjemaah. Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Puan Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi, Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali. Contoh yang dia beri semalam. Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000. 10% daripada RM5000 yang kita inginkan RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah, seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi, seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, kawan dia pergi membuat jariah iaitu SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia, iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH.

8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Sepatutnya kita tawakal dulu baru usaha. Minta sepenuh hati pada Allah dan barulah kita susuli dgn usaha.
4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin kerana kaki juga adalah aurat  sering dilupakan.

#PeringatanBuatDiriSendiri

4 comments:

cik mah said...

TQ share...insyaallah cuba amalkan...l

IMaH said...

Tq share. Sama2 kita amalkan

misz sheyla said...

nice sharing...tau..tapi dah lupe...bila baca ingat balik...

~ Mar ~ said...

insyaAllah. marilah sesama ingatkan each other.