Pages

Sunday, March 8, 2015

Kaki Terseliuh: Langkah Pemulihan dan Rawatan

Kali ini entri blog ini mahu bercerita mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang apabila mengalami kaki terseliuh. Kaki terseliuh berlaku apabila seseorang tersilap langkah tanpa sengaja yang menyebabkannya jatuh sehingga menekan kaki sendiri dalam keadaan yang menyakitkan.
(gambar ihsan daripada MassGeneral)

Baru-baru ini ketika berjalan bersama-sama suami dan anak, saya tersilap langkah (tidak perasan level lantai adalah menurun ketika itu) yang menyebabkan kaki saya terseliuh. Saya jatuh dalam keadaan sedang mendukung anak saya, jadi ketika itu berat anak saya juga menekan kaki saya yang sedang terpeleot. Saya masih boleh berjalan pada 10 minit pertama selepas kejadian, namun dalam tempoh setengah jam selepas itu, saya rasa sakit yang amat pada kaki saya sehingga tidak mampu berjalan, kerana tidak dapat menggerakkan kaki kiri saya seperti biasa. Oleh kerana saya berada di luar rumah ketika itu, suami terpaksa memapah saya berjalan, sebelum membawa saya ke hospital terdekat untuk pemeriksaan. Selepas berjumpa dengan doktor, pemeriksaan dibuat mengesahkan tiada tulang retak/patah atau ligamen koyak pada kaki kiri saya, cuma otot-otot dan ligamen yang terlibat sedang mengalami trauma yang teruk. Oleh kerana saya sedang mengalami kesakitan, doktor memberikan saya painkiller untuk mengurangkan rasa sakit saya. Pada hari tersebut saya hanya mampu merangkak dan melompat sebelah kaki sahaja, dan saya hanya mampu berjalan terhencut-hencut hanya 2 hari selepas itu. Jadi saya kongsikan disini apa yang patut dilakukan sekiranya kaki kita terseliuh (malang tidak berbau, mari beringat sebelum kena).

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat sekiranya seseorang terseliuh kaki;

1. Bangun perlahan-lahan dan cuba berjalan mengikut cara yang buat diri rasa selesa.
2. Jangan urut bahagian yang sakit dalam tempoh 48 jam selepas terseliuh. Hanya jumpa tukang urut untuk urut kaki selepas 2-3 hari kaki terseliuh. Ini untuk mengelakkan bengkak pada bahagian cedera menjadi lebih teruk.
3. Letakkan bandage pada bahagian yang sakit untuk mengelakkan pergerakan yang berlebihan.
4. Rendam kaki yang sakit setiap 1-2 jam sekali dengan ais, 20 minit setiap sesi (saya dapat tips ni daripada kawan yang merupakan Ahli Fisioterapi, Encik Ihsan) (saya menggunakan icepacks Autumnz untuk melambatkan ais jadi cair untuk prosedur ini).
5. Ketika tidur, angkat kaki yang sakit lebih tinggi daripada bahagian badan yang lain, untuk mengelakkan bengkak pada bahagian yang sakit menjadi lebih teruk (saya alas kaki kiri saya dengan bantal tinggi ketika tidur pada waktu tersebut).
6. Sekiranya kaki terasa sangat sakit, lebih-lebih lagi jika tidak dapat menggerakkan kaki ke kiri-kanan atas-bawah seperti biasa, berjumpalah doktor untuk memeriksa keadaan kaki, dikhuatiri ada tulang patah/retak ataupun ligamen terkoyak.
7. Jika tidak tahan sakit, minta doktor bagi painkiller untuk redakan rasa sakit.
8. Jangan terlalu banyak bergerak selagi kaki belum sembuh sepenuhnya. Bergerak sekadar perlu sahaja (saya stay di rumah sahaja selama seminggu, hanya keluar 1 jam ke kampus pada minggu saya sakit kaki tempoh hari).

Tempoh masa untuk kaki terseliuh sembuh adalah bergantung kepada tahap keadaan kecederaan, sekiranya sikit sahaja terseliuh, lebih cepat baik (dalam kes saya, saya sembuh 10 hari selepas kejadian), begitu juga sebaliknya. Menurut rakan saya yang merupakan ahli fisioterapi, selepas seminggu insya-Allah sudah boleh berjalan seperti biasa dan kembali melakukan aktiviti harian dengan lebih aktif. Tetapi sekiranya seseorang atlit terseliuh, mereka memerlukan lebih kurang 3-4 minggu sekurang-kurangnya untuk kembali menjalani latihan dan sukan mereka.

Akhir kata, berjalan la dengan cermat, elakkan terseliuh selagi boleh. Semoga entri ini memberi informasi kepada orang yang ingin tahu cara-cara mengendalikan keadaan kaki terseliuh. Semoga bermanfaat.

23 comments:

cik mah said...

La...ciannyer akmar...alhamdulillh dh sihat...tq juga share tips berguna ni...

~ Akmar ~ said...

cikmah: thnks.. alhamdulillah sihat dh.. kena masa ptghn bulan 2 hari tu hehe.. Allah tarik nikmat berjalan kjp.. insaf..

Ika Loki said...

Assalamualaikum kak.. sye bru terjumpe blog psl kaki terseliuh nie.. sbb kaki sye pon baru terseliuh.. sakitnye kak, hanya Tuhan yg tau.. tpi kan kak, sye terseliuh ptg, mlm tu sye suruh ayah sye urut sbb sakit.. tpi, dh lame2 makin sakit.. sye x tau pula x boleh urut.. huhu

Ika Loki said...

Assalamualaikum kak.. sye bru terjumpe blog psl kaki terseliuh nie.. sbb kaki sye pon baru terseliuh.. sakitnye kak, hanya Tuhan yg tau.. tpi kan kak, sye terseliuh ptg, mlm tu sye suruh ayah sye urut sbb sakit.. tpi, dh lame2 makin sakit.. sye x tau pula x boleh urut.. huhu

NIK ALIUDDIN Azri said...

Main badminton tersilap langkah waaaaanggggg sakitttttt

~ Mar ~ said...

Ika Loki: boleh urut tp pd hari ke-3 slps terseliuh, jika urut terus jd makin lebam. takpa lps ni jika terseliuh lg insya-Allah dh tau :-)

Nik: semoga cpt sembuh :-)

safira chummy said...

As'salam. Sy pun jatuh turun tangga. Sambil dukung anak. Allahuakbar. Nasib baik anak tak terlepas dari tangan. Kaki sy dua2 belah sakit. Silap langkah. Huhu.

safira chummy said...

As'salam. Sy pun jatuh turun tangga. Sambil dukung anak. Allahuakbar. Nasib baik anak tak terlepas dari tangan. Kaki sy dua2 belah sakit. Silap langkah. Huhu.

marcus masiking said...

Kalau bahagian tapak kaki yang trseliuh mcam mna ?

nike Hebat said...

Saya dah lebih 3 minggu terseliuh tapi masih belum sembuh lagi.dah mcm2 benda dah cuba.saya dah pergi urut Dan membuat rawatan Cina tapi itulah,belum sembuh2 lagi

Nana Cuna said...

mcm mane kalau bengkak jari kaki? bole gune tips yg sme ke?

Unknown said...

Saya dah sebulan terseliuh. Ni pun terhincut lg berjalan. Naik turun tangga pun kna berhati2. Xsembuh2 lg.

Unknown said...

Saya dah sebulan terseliuh. Ni pun terhincut lg berjalan. Naik turun tangga pun kna berhati2. Xsembuh2 lg.

idea_shida said...

Baru je smlm kaki ni terseliu .

idea_shida said...

Baru je smlm kaki ni terseliu .

Zainab Marin said...

Aduhhhh..tak tahu tak boleh urut...da tambah sakit pla ni

Zainab Marin said...

Aduhhhh..tak tahu tak boleh urut...da tambah sakit pla ni

emiya emilya said...

assalamualaikum.. macam mna klo kaki terseliuh sakit brulang smula.. walapon dh brtahun lama kena tapi de masa kaki ini akan sakit semula rasa nyilu

emiya emilya said...

assalamualaikum.. macam mna klo kaki terseliuh sakit brulang smula.. walapon dh brtahun lama kena tapi de masa kaki ini akan sakit semula rasa nyilu

Engku Noor Mariani said...

ANDA RASA,
- Lenguh2 Sendi & Sakit2 Pinggang?
- Tidak Bermaya & Bertenaga?
- Lemah TENAGA BATIN?
- Perlukan Khidmat URUT BADAN?
- Kesukaran Untuk Mendapatkan ZURIAT? 
- Urutan Selepas Bersalin?
- Urutan Selepas Keguguran?
- Urutan Untuk Bayi & Kanak2?

In Shaa Allah Boleh Dibantu Dengan "Teknik Urutan Tradisional"

Hubungi:

Hj.HAMID "Urut Lelaki"
~(Call/‎Whatsapp/WeChat 019-692 2007‎)
~(Call/‎Whatsapp/WeChat 019-692 2007‎)
~(Call/‎Whatsapp/WeChat 019-692 2007‎)

Puan Farah "Urut Ppuan"
~(Call ‎0111-222 5734)
~(Call ‎0111-222 5734)
~(Call ‎0111-222 5734)

^
^
^
^
^
^
^
^
^
"Smart Business, REALTIME BONUS"
Www.HappyRichClub007.Com/KuNor

»»»»»»»Boleh Like Pages Kami Ya«««««««
Hnr007 Bio-Fuel Saver (Jimat Minyak 3in1)
https://m.facebook.com/Hnr007BioFuelSaver

Urutan Tradisional
https://m.facebook.com/masalahzuriat‎

Cik Mylla94 said...

kalau budak lam setaun 7 bulan pla kene g urut pada hari ke 3 ke patut bia jer dlu ye ?

Cik Mylla94 said...

kalau budak lam setaun 7 bulan pla kene g urut pada hari ke 3 ke patut bia jer dlu ye ?

Anonymous said...

allaa yoi cianye awak