Pages

Friday, March 6, 2015

Getaway: Cameron Highland

Bersempena dengan cuti hujung minggu yang panjang pada Chinese New Year (CNY) 2015, saya berkunjung ke Cameron Highland (CH) bersama-sama suami dan anak untuk mengisi waktu cuti kami. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di Cameron Highland adalah ketika berumur 12 tahun, jadi saya yakin bandar Cameron Highland sudah tentunya mengalami banyak perubahan dari segi kemajuan dan kelihatan berbeza, berbanding ketika saya datang sewaktu kecil dahulu.

Kami sampai di Cameron Highland pada petang Khamis, seperti biasa lebuhraya PLUS adalah sesak pada waktu cuti panjang, jadi perjalanan ke CH mengambil masa lebih panjang daripada biasa. Saya pergi ke CH melalui jalan Tapah, dan saya dapati jalan-jalan untuk masuk ke bandar-bandar CH masih seperti dulu. Sesetengah jalan masih sempit dan bengkak bengkok (normal untuk jalan bukit) jadi para pemandu haruslah memandu dengan berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Satu lagi jalan untuk ke CH dari utara atau barat adalah melalui Simpang Pulai, jadi jika tidak suka dan cepat mabuk ketika melalui jalan bengkang bengkok, bolehlah pergi ke CH melalui Simpang Pulai.

Sampai CH, kami terus menuju ke Heritage Hotel, tempat kami menginap yang terletak di Tanah Rata. Malam pertama kami sampai di CH, oleh kerana sudah letih dengan perjalanan yang lama akibat traffic jammed, kami makan malam di hotel tersebut sahaja, iaitu bufet dinner di restoren hotel, harganya juga berpatutan. Kebetulan pula sedang perayaan CNY jadi makan malam nya adalah lebih kepada lauk pauk masakan Cina yang saya gemari. Kami cuma berjalan-jalan sekitar hotel pada malam itu, sebelum masuk tidur selepas itu.

Di Ladang Teh BOH Sungei Palas

Pagi keesokannya selepas breakfast, kami menuju ke Ladang Teh Sungei Palas (Boh Plantation Tea Centre) dan melawat kawasan sekitarnya. Kami pergi pada peak time (waktu cuti) jadi jalan agak jammed dari Tanah Rata ke Brinchang. Jalan masuk ke Ladang Teh Sungei Palas adalah sempit, jadi perlu lebih berhati-hati apabila 2 buah kereta arah berlawanan bertembung, dan pada sesetengah masa ada orang yang keluar dari kereta untuk mengawal trafik bagi mengelakkan kemalangan mana-mana pihak. Jika kurang gemar dengan jalan yang sempit ataupun anda datang CH pada waktu cuti panjang, boleh pergi ke Ladang Teh Cameron Valley yang lebih mudah untuk masuk dan parking. Cameron Valley Tea terletak antara Habu (berdekatan Ringlet) dan Tanah Rata.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami sempat singgah di ladang kecil strawberi untuk melihat pokok strawberi, membeli buah strawberi beserta cenderamata CH. Kami bungkus makanan dinner di restoren berdekatan kerana mahu berehat sekitar hotel sahaja pada malam tersebut. Terdapat banyak ladang strawberi, taman rama-rama, ladang lebah dan lain-lain di sekitar Brinchang dan Tanah Rata jadi kepada yang berkesempatan bolehlah melawat tempat-tempat menarik tersebut.

Di nurseri hidroponik dan strawberi

Keesokan paginya kami breakfast seperti biasa sebelum melawat sekitar hotel dan taman yang ada di hotel tersebut. Dengan cuaca yang nyaman sekitar 15-23°C dan angin-angin sepoi bahasa, keadaan sekitar sungguh menenangkan. Hampir jam 12 tengahari kami ke bilik hotel untuk berkemas dan check out. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di satu lagi kedai strawberi, ladang sayur segar hidroponik dan nursery, untuk meninjau dan membeli strawberi, bunga ros dan sayur-sayuran segar sebelum pulang.
Puding roti bersama sos vanila di Heritage Hotel, sedap!

Kami menginap selama 3 hari 2 malam di Heritage Hotel sepanjang berada di sana, dan pengalaman kami berada di Heritage Hotel Cameron Highland, keadaan adalah selesa dan servis adalah memuaskan. Bufet sarapan pagi dan makan malam boleh tahan banyak pilihan untuk dimakan. Keadaan bilik dan sekitar hotel adalah memuaskan.

Kepada yang ingin berkunjung ke CH, saya berikan sedikit tips seperti di bawah;

1. Pada waktu cuti panjang atau holiday season, bandar CH dipenuhi pengunjung dan lebih susah untuk bergerak kemana-mana kerana traffic jammed. Jika anda ingin berjalan dengan jayanya di CH, digalakkan datang pada bukan waktu cuti panjang.

2. Suhu di CH boleh mencecah sehingga bawah 15°C pada waktu pagi, jadi bawa baju panas jika anda tidak tahan sejuk.

3. Jika tidak suka kan jalan yang sempit untuk pergi ke Ladang Teh Sungei Palas, boleh pergi ke Ladang Teh Cameron Valley untuk masuk dan parking dengan lebih senang.

4. Digalakkan pergi ke ladang strawberi yang tertulis 'pick your own strawberry' supaya boleh pilih sendiri strawberi yang merah-merah warnanya (lebih merah lebih manis).

5. Boleh tinggal di hotel bajet atau apartment servis berdekatan dengan restauran-restauran halal untuk mencari makanan dan minuman dengan lebih mudah.

6. Jika ingin tinggal di tempat yang dekat dengan pelbagai taman, ladang dan restauran, boleh menginap di kawasan Brinchang. Jika mahukan tempat yang lebih tenang dan sunyi, boleh menginap di Tanah Rata atau Ringlet.

Semoga cerita CH saya memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke CH selepas ini. Enjoy your holiday and take care!

2 comments:

Kak Mahh said...

Tahun ini belum ke Cameron lagi. Bagaimana keadaan Cameron selepas banjir?

~ Akmar ~ said...

Alhamdulillah Cameron Highland dh ok skit.. Doa2 takda lg banjir lps ni insyaAllah..