Pages

Saturday, December 27, 2014

Happy Birthday to my babygirl!

Hassha turned 1 year old officially on 18th December 2014. Her dad was on leave on the day but since I (Hassha's momma) had to go to some classes and discussion with research team in campus on 18-19th December (busy momma on her daughter's birthday unluckily), we only managed to give Hassha birthday hugs and kisses on her birthdate.

And alhamdulillah, we managed to celebrate Hassha's birthday on 20th December around 3.30 - 6pm with beloved family members in our small and humble house, with lots of love. The preparation was quite rushing and we didn't plan very properly as I couldn't concentrate so much about her birthday celebration due to my workload. But luckily everything went out very well. Syukur.

We booked a birthday cake for Hassha from Secret Recipe 2 days earlier, and we chose White Chocolate Macadamia Nut Cake as I was quite bored with chocolate cake this year, plus Hassha still not interested to eat very sweet thing (so obviously the cake would not be eaten by her). [If you want to book for 3D fondant cake from Secret Recipe, you may do so a week earlier from the date you want to pick up the cake.]


We had Laksa Sarawak and Satay Kajang as the main dishes. At first I planned to cook the laksa's gravy by myself but a day before the party was held, my mother in law offered to cook the gravy. Since she knows better on how to make Laksa Sarawak and has more experience than me, I agreed. My husband bought the satay on the same day of the celebration, at 11.30am right after the Kedai Satay opened their business. I made a congo bar the night before the party, as I love congo bar's taste and texture; chocolate chip cookies taste in brownies texture. We also had other miscellaneous on the table (which top up the food number); chocolate chip cookies (made by my sisters in law), jack fruits (given by my sister), snacks and all.


Hassha's birthday party was attended mainly by close family members. At 3pm when I should be ready, I was still rushing in the kitchen cooking and preparing for this and that. Syukur, my sisters and mother in law came early at 2.45pm, and they helped me with lots of stuff in the kitchen. I thank them so much for helping me a lot with the food preparation, especially Laksa Sarawak thingy (Alhamdulillah, Allah gives me the best, caring, loving and understanding in laws I can ever imagine!). After eating some food and had some chats with each other, Hassha and her Mak Lang (who also celebrated birthday, 3 days after Hassha) blew off the candle and cut the birthday cake. We prayed for our birthday babies to always be happy, healthy and successful in everything they do. Insya-Allah, ameen.

Hassha's birthday party ended at 6pm where all guests left for their home. I hope, with Allah's will, we will be able to celebrate Hassha's birthday again next year. Inshaa Allah.

Thursday, December 25, 2014

Cara Daftar CIMB Clicks

Kebanyakan orang telah mempunyai CIMB Clicks, jadi post kali ni saya tujukan khas untuk orang-orang yang mahu membuka akaun CIMB Clicks (CIMB internet banking) tetapi belum tahu bagaimanakah caranya.

Saya sudah mempunyai beberapa internet banking untuk akaun bank saya yang lain cuma CIMB saya baru sahaja buat memandangkan tiada gaji mahupun elaun masuk melalui CIMB saya. Kebelakangan ini pula ramai pelanggan saya (saya ada membuat part time bisnes) membuat bayaran melalui CIMB, jadi saya rasa saya perlu ada CIMB Clicks untuk memudahkan saya memeriksa kemasukan/transaksi duit dan jumlah bayaran yang dilakukan oleh pelanggan-pelanggan saya.

Berikut merupakan langkah-langkah bagaimana untuk daftar CIMB Clicks;

1. Pergi ke ATM CIMB dan masukkan kad ATM dan nombor pin macam biasa. Pilih kategori 'lain-lain' seterusnya 'CIMB Clicks'. Kemudian skrin yang meminta nombor telefon bagi urusan penghantaran TAC akan keluar, masukkan nombor telefon bimbit anda, cek 2-3 kali untuk pastikan nombor tersebut adalah betul.

2. Dengan menggunakan komputer berangkaian internet (paling selesa dan mudah), pergi ke laman web www.cimbclicks.com.my kemudian pilih "Online Registration" dan "Register Now". 



Kemudian, masukkan nombor kad ATM/Debit, nombor pin kad ATM/Debit CIMB dan security phrase seperti yang diminta.


Seterusnya, sistem akan menghantar kod 6 digit ke nombor telefon yang anda telah daftarkan melalui mesin ATM (dalam langkah 1). Tekan "continue" untuk teruskan.


Selepas itu anda perlu pilih "user id", "password" dan lain-lain seperti gambar di bawah. Tekan continue dan anda telah selesai sebahagian daripada proses pendaftaran.



Kemudian skrin yang dipaparkan meminta anda "login user id" dan "password" yang telah anda pilih tadi. "Submit" untuk teruskan. Pastikan "secureword" yang keluar adalah betul.


Seterusnya, CIMB Clicks akan meminta anda untuk memilih cara TAC dihantar, samada melalui SMS atau Mobile (TAC melalui "Device" akan dihentikan mulai 1 Januari 2015)



Seterusnya skrin meminta anda memilih soalan-soalan rahsia untuk keselamatan anda akan dipaparkan. Pilih soalan-soalan yang anda rasa selesa, yang penting anda kena ingat jawapan yang anda tulis disitu ya.


Akhir sekali, skrin yang keluar akan memaparkan akaun-akaun CIMB yang anda ada beserta maklumat akaun tersebut. Dengan itu, bermakna pendaftaran CIMB Clicks anda telah selesai dan berjaya.



Selamat menggunakan CIMB Clicks! \(^_^)/

* Gambar-gambar diambil daripada CIMB Clicks website. Untuk demo video yang lengkap sila ke CIMB Clicks Online Registration Demo.

Monday, December 8, 2014

Resepi: Ayam Masak Merah

Ini adalah resepi ringkas untuk masakan Ayam Masak Merah. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di rumah. Rasanya juga enak dan amat sesuai dimakan bersama nasi minyak.


Bahan-bahan:-
4-6 ketul ayam (digoreng ataupun mentah, mengikut citarasa masing-masing)
5 sudu minyak masak
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
3-4 sudu sos tomato
1 sudu cili boh (pes cili)
Secubit garam
Sesudu gula perang/putih
*Kiub ayam (jika mahu)


Cara-cara:-
Kesemua bawang dan halia dikisar sehingga hancur. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan kisar tadi. Apabila bawang sudah naik bau, masukkan cili boh dan tunggu sehingga naik minyak. Tambahkan sos tomato dan gaulkan sehingga rata. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak sepenuhnya dan sebati dengan perisa (jika guna ayam yang digoreng, waktu memasak ayam menjadi lebih singkat). Akhir sekali, masukkan gula, garam dan serbuk perasa (kiub ayam) secukupnya. Ayam masak merah telah siap!


Selamat mencuba!

Thursday, December 4, 2014

Getaway: A day in Ipoh (Satu hari di Ipoh)

Okay entri kali ini nak cerita pasal getaway simple kami ke Ipoh akhir November lalu. Kebetulan November adalah bulan kelahiran saya dan suami, dan kami belum sempat bercuti di mana-mana atas kekangan dan sibuk dengan urusan kerja dan study masing-masing. Jadi apabila mendapat jemputan perkahwinan rakan baik kami ketika sama-sama menuntut di University of Melbourne, iaitu Dr Deva pada 23 November 2014, kami bersepakat untuk mengambil peluang berjalan-jalan dan menginap di hotel Ipoh.

Kami tiba di Ipoh awal malam Sabtu, oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, kami hanya keluar makan dan kembali berehat di hotel pada malam itu. Keesokan pagi nya selepas selesai bersarapan, kami melawat-lawat tempat menarik dan bersejarah di Ipoh memandangkan ini kali pertama kedua-dua kami meluangkan masa yang lebih lama di Ipoh (sebelum ni sempat datang singgah sahaja dan terus pulang tanpa menginap/melawat kawasan dahulu).


Kami melawat kawasan menarik berpandukan peta di atas, iaitu Ipoh Heritage Map, di mana terdapat beberapa bangunan bersejarah di Ipoh yang cantik-cantik dan masih kekal utuh sehingga ke hari ini. Antara tempat yang sempat kami singgah dan bergambar; Birch Memorial Clock Tower, Old Town White Coffee, Ipoh Railway Station dan Muzium. Bagi pelancong Ipoh yang gemar meneroka tempat menarik secara berjalan kaki, boleh mengikuti cadangan pada peta di atas yang mana perjalanan penuh seluruh kawasan tersebut memakan masa selama 2-3 jam (boleh exercise sambil melancong!). Kami tidak banyak berjalan kaki dan banyak bergerak dengan kereta memandangkan anak kami masih kecil dan waktu tengahari-petang adalah waktu tidurnya. Kami juga sempat singgah di Taman Dr Seenivasagam untuk melawat Japanese Garden yang menarik di dalam nya. 



Kami juga sempat pergi makan di restoren terkenal di Ipoh iaitu Restoren Simpang Tiga dan Mi Kari Ipoh. Sebagai peminat cendol nombor satu, pastinya suami saya tidak melepaskan peluang untuk singgah di Cendol Padang Ipoh bagi menikmati pencuci mulut kegemarannya itu.



Pada malam hari Ahad tersebut, kami pergi ke majlis resepsi perkahwinan Dr Deva -Dr Pravin yang diadakan di Grand Ballroom, MH Hotel Ipoh. Saya gemar menghadiri perkahwinan masyarakat India kerana majlisnya sangat meriah, banyak persembahan tarian, suasana sangat berwarna warni dan makanannya sudah tentu sedap! Selamat Pengantin Baru kepada Dr Deva dan pasangan kami ucapkan, mereka sangat secocok dan sepadan! Kami juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan kami yang lain, yang juga hadir pada majlis resepsi perkahwinan tersebut. Kami pulang ke Selangor pada keesokan harinya selepas jam 12 tengahari untuk kembali ke rutin bekerja dan belajar kami.


Sepanjang berada di Ipoh, kami menginap di Hotel MH Ipoh. Hotelnya berada sangat dekat dengan exit PLUS Ipoh, mudah bagi sesiapa yang mahu melancong di Ipoh untuk menjumpai hotel ini, malahan sesuai bagi orang yang berjalan jauh (contohnya dari Utara ke Selatan Semenanjung atau sebaliknya) untuk singgah berehat di hotel ini semalam dua sebelum menyambung kembali perjalanan jauh mereka memandangkan kedudukan hotel ini amat strategik. Juga, mudah bagi penginap hotel ini untuk mencari restoren kerana sekitar hotel terdapat beberapa restoren yang terkenal. Keadaan hotel juga bersih, servis sangat memuaskan dan pilihan makanan untuk bufet breakfast adalah sedap dan pelbagai. Harga bilik hotel juga tidak mahal dan amat berpatutan.

Semoga selepas ini kami diberi kesempatan oleh Allah untuk melawat negeri dan tempat lain pula, insya-Allah.