Pages

Monday, December 8, 2014

Resepi: Ayam Masak Merah

Ini adalah resepi ringkas untuk masakan Ayam Masak Merah. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di rumah. Rasanya juga enak dan amat sesuai dimakan bersama nasi minyak.


Bahan-bahan:-
4-6 ketul ayam (digoreng ataupun mentah, mengikut citarasa masing-masing)
5 sudu minyak masak
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
3-4 sudu sos tomato
1 sudu cili boh (pes cili)
Secubit garam
Sesudu gula perang/putih
*Kiub ayam (jika mahu)


Cara-cara:-
Kesemua bawang dan halia dikisar sehingga hancur. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan kisar tadi. Apabila bawang sudah naik bau, masukkan cili boh dan tunggu sehingga naik minyak. Tambahkan sos tomato dan gaulkan sehingga rata. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak sepenuhnya dan sebati dengan perisa (jika guna ayam yang digoreng, waktu memasak ayam menjadi lebih singkat). Akhir sekali, masukkan gula, garam dan serbuk perasa (kiub ayam) secukupnya. Ayam masak merah telah siap!


Selamat mencuba!

2 comments:

CikSiti said...

nampak sedap tu..semalam kite wat gulai ikan yu hihi..walopon rase ada sedikit kureng tapi bolehlah mengubat kerinduan masakan ganu..

~Kmar~ said...

ciksiti: yg resepi ni rs dia cm ayam masak merah kat kenduri ganu tu.. hehe.. leh tmbh mcm2 lg if nk. i tulis bahan basic je kat situ.. chef2 kreatif boleh olah dgn meluas lg