Pages

Thursday, December 4, 2014

Getaway: A day in Ipoh (Satu hari di Ipoh)

Okay entri kali ini nak cerita pasal getaway simple kami ke Ipoh akhir November lalu. Kebetulan November adalah bulan kelahiran saya dan suami, dan kami belum sempat bercuti di mana-mana atas kekangan dan sibuk dengan urusan kerja dan study masing-masing. Jadi apabila mendapat jemputan perkahwinan rakan baik kami ketika sama-sama menuntut di University of Melbourne, iaitu Dr Deva pada 23 November 2014, kami bersepakat untuk mengambil peluang berjalan-jalan dan menginap di hotel Ipoh.

Kami tiba di Ipoh awal malam Sabtu, oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, kami hanya keluar makan dan kembali berehat di hotel pada malam itu. Keesokan pagi nya selepas selesai bersarapan, kami melawat-lawat tempat menarik dan bersejarah di Ipoh memandangkan ini kali pertama kedua-dua kami meluangkan masa yang lebih lama di Ipoh (sebelum ni sempat datang singgah sahaja dan terus pulang tanpa menginap/melawat kawasan dahulu).


Kami melawat kawasan menarik berpandukan peta di atas, iaitu Ipoh Heritage Map, di mana terdapat beberapa bangunan bersejarah di Ipoh yang cantik-cantik dan masih kekal utuh sehingga ke hari ini. Antara tempat yang sempat kami singgah dan bergambar; Birch Memorial Clock Tower, Old Town White Coffee, Ipoh Railway Station dan Muzium. Bagi pelancong Ipoh yang gemar meneroka tempat menarik secara berjalan kaki, boleh mengikuti cadangan pada peta di atas yang mana perjalanan penuh seluruh kawasan tersebut memakan masa selama 2-3 jam (boleh exercise sambil melancong!). Kami tidak banyak berjalan kaki dan banyak bergerak dengan kereta memandangkan anak kami masih kecil dan waktu tengahari-petang adalah waktu tidurnya. Kami juga sempat singgah di Taman Dr Seenivasagam untuk melawat Japanese Garden yang menarik di dalam nya. 



Kami juga sempat pergi makan di restoren terkenal di Ipoh iaitu Restoren Simpang Tiga dan Mi Kari Ipoh. Sebagai peminat cendol nombor satu, pastinya suami saya tidak melepaskan peluang untuk singgah di Cendol Padang Ipoh bagi menikmati pencuci mulut kegemarannya itu.



Pada malam hari Ahad tersebut, kami pergi ke majlis resepsi perkahwinan Dr Deva -Dr Pravin yang diadakan di Grand Ballroom, MH Hotel Ipoh. Saya gemar menghadiri perkahwinan masyarakat India kerana majlisnya sangat meriah, banyak persembahan tarian, suasana sangat berwarna warni dan makanannya sudah tentu sedap! Selamat Pengantin Baru kepada Dr Deva dan pasangan kami ucapkan, mereka sangat secocok dan sepadan! Kami juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan kami yang lain, yang juga hadir pada majlis resepsi perkahwinan tersebut. Kami pulang ke Selangor pada keesokan harinya selepas jam 12 tengahari untuk kembali ke rutin bekerja dan belajar kami.


Sepanjang berada di Ipoh, kami menginap di Hotel MH Ipoh. Hotelnya berada sangat dekat dengan exit PLUS Ipoh, mudah bagi sesiapa yang mahu melancong di Ipoh untuk menjumpai hotel ini, malahan sesuai bagi orang yang berjalan jauh (contohnya dari Utara ke Selatan Semenanjung atau sebaliknya) untuk singgah berehat di hotel ini semalam dua sebelum menyambung kembali perjalanan jauh mereka memandangkan kedudukan hotel ini amat strategik. Juga, mudah bagi penginap hotel ini untuk mencari restoren kerana sekitar hotel terdapat beberapa restoren yang terkenal. Keadaan hotel juga bersih, servis sangat memuaskan dan pilihan makanan untuk bufet breakfast adalah sedap dan pelbagai. Harga bilik hotel juga tidak mahal dan amat berpatutan.

Semoga selepas ini kami diberi kesempatan oleh Allah untuk melawat negeri dan tempat lain pula, insya-Allah.

6 comments:

CikSiti said...

Salam Kmar,,
kami yang berkampung kat Ipoh ni pun tak pernah jalan-jalan Ipoh haha..mungkin boleh ajak husband next time.

Mar Mansor said...

jauh perjalanan,,
saya belum pernah menghadiri majlis kaum india

cik mah said...

Wah ...bestnyer...hassha comel...

orked violet @ SYA said...

Sya pon same. Ipoh dekat je tp banyak tempat2 yg Sya xpenah taw pon! huhu

~Kmar~ said...

Ciksiti, Orked Violet: hehe biasa la tu, kalau dkt2 kita selalu lupa nk round2.. kalau jauh laju je nk round.. hehehe

Cikmah: thank you

Mar Mansor: insyaAllah berpeluang menghadiri satu nnt.. meriah sgt dengan persembahan tarian.. i like!

IMaH said...

Dah lama xjln2 ipoh. Hassha omey