Pages

Friday, November 14, 2014

Rezeki Bulan Oktober

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, menang 2 pertandingan yang dianjurkan oleh butik pakaian muslimah dan menyusu, iaitu butik Aqeela Muslimah Wear dan butik Adrini's. Kedua-dua pertandingan memerlukan peserta menghantar slogan kenapa memilih butik ataupun rangkaian pakaian mereka, jadi haruslah saya menyertainya kerana saya memang suka join kontes mencipta slogan ini. Lebih mudah untuk menang berbanding pertandingan yang memerlukan banyak like atau peserta terakhir yang tag kawan-kawan..


Untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Aqeela Muslimah Wear, kontes nya masih berlangsung sehingga akhir tahun depan, jika tidak silap saya. Hanya beli baju-baju dari website mereka ataupun website Lazada atau Zalora, ada flyer tentang cara menyertainya disertakan dalam pek bungkusan, dan hantarkan penyertaan melalui emel. Saya terpilih sebagai pemenang untuk pusingan bulan Oktober, dimana saya memenangi baju muslimah. Aqeela merupakan salah satu butik baju menyusu yang saya suka kerana rekaan baju menyusunya mudah dijaga, tidak perlu diseterika (Tshirt-like) dan untuk menyusukan anak hanya perlu menyelak selitan di dada itu kekiri atau kekanan. Saya sudah ada beberapa baju Aqeela dalam koleksi saya dan tidak teragak-agak untuk menambah lagi koleksi saya kerana baju-baju Aqeela memang selesa dan menutup aurat.



Bagi pertandingan "Contest I Loike Adrini's" yang dianjurkan melalui Instagram pula, saya memenangi satu jubah menyusu yang sangat cantik, iaitu Adrini's Bella warna Maroon. Kainnya sangat selesa dan mudah bagi saya untuk menyusukan anak, hanya menyelak selitan di dada kekiri dan kekanan (seperti kebanyakan baju menyusu yang lain juga). Saya tidak teragak-agak untuk membeli lagi baju daripada Adrini's kerana kainnya memang berkualiti dan sangat puas hati, selesa memakainya.

Jadi kepada yang berminat untuk memenangi baju-baju muslimah/menyusu seperti saya, rajin-rajin lah tengok giveaway apa yang dianjurkan oleh Facebook Page atau Instagram atau Blog sesuatu bisnes. Sertai sahaja, jika ada rezeki akan menang, jika tidak menang, tidak mengapa. Apa-apa pun usaha yang terbaik kita boleh buat dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Aqeela Muslimah Wear dan Adrini's kerana memilih saya sebagai pemenang kontes. Semoga selepas ini ada lagi rezeki buat saya dan kita semua dalam pertandingan akan datang, insya Allah.

4 comments:

CikSiti said...

salam singgah..tahniah=)

saya pun anak terengganu juga..

CikSiti said...
This comment has been removed by the author.
cik mah said...

wah..tahniah2....

~Kmar~ said...

hai cik siti :-)

thank you cik mah, syukur rezeki :-)