Pages

Tuesday, September 30, 2014

Getaway: Cuti-cuti Malaysia di Bukit Tinggi

Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk bercuti di Bukit Tinggi selama 3 hari 2 malam pada cuti Hari Kebangsaan yang lalu. Memang dah lama teringin nak pergi Bukit Tinggi ni sebab tengok orang ambil gambar kat situ cantik-cantik!


Saya pergi bersama suami dan anak perempuan saya. Menginap di Colmar Tropicale satu-satunya hotel yang berada di kawasan Bukit Tinggi, kami berpuas hati dengan keadaan dan persekitaran disitu. Memandangkan hotel ini adalah hotel lama, jadi saya tidaklah mengharapkan keadaan hotel secanggih hotel terkini. Jadi cukuplah sekadar tempat untuk tidur selama kami berada disitu.

                                   

Kami mengambil kesempatan untuk melawat Animal Farm yang ada di Bukit Tinggi, selain daripada bersenam naik turun bukit meninjau Japanese Village yang ada disitu. Daripada kawasan hotel ke tempat-tempat menarik di Bikit Tinggi, disediakan shuttle bus free dan anda hanya perlu mengenalpasti jadual dan tahu tempat menunggu shuttle bus yang disediakan. Selain dua tempat yang saya sebutkan itu, ada juga tempat untuk orang-orang yang gemar adventure, dimana terdapat Flying Fox terpanjang di Asia Tenggara disitu. Anda boleh mencubanya jika anda mahu!

                                                

Untuk makanan pula, ada pilihan makanan Asia, Barat dan macam-macam lagi di restoren-restoren sekitar Colmar Tropicale, pada harga hotel. Sekiranya anda tidak mahu menghabiskan terlalu banyak wang untuk makanan sepanjang berada di Bukit Tinggi, dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan segera sendiri (seperti beras, sardin, roti, makanan dalam tin) untuk hidangan tengahari dan malam. Makan pagi tidak menjadi masalah sekiranya anda menginap di Colmar Tropicale kerana harga bilik sudah termasuk buffet breakfast.

                                          

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan cuti-cuti di Bukit Tinggi ini. Berpeluang untuk bercuti bersama suami dan anak sudah lebih dari cukup buat saya. Semoga Allah murahkan lagi rezeki untuk kami sekeluarga bercuti di tempat lain pula, insya-Allah.

3 comments:

Farha Kimah said...

bila tahu nok sampai sana huwahuwa

~Kmar~ said...

@farha: ok la jgk bukit tinggi ni, boleh dtg untuk relax2.. jom gi pulau satu famili besar jom, mesti meriah!

Alina Noor Siti said...

Hai.nak tanya.kos dalam berapa ye untuk menginap di Colnar Tropical?