Pages

Tuesday, August 26, 2014

Surat daripada Surirumah kepada Ibu Bekerja, dan daripada Ibu Bekerja kepada Surirumah

[Diterjemah daripada blog Carolynee]

                                                     - photo courtesy of Google Image -
Kepada surirumah,

Sesetengah orang telah mempersoalkan apa yang anda lakukan di rumah sepanjang hari. Saya tahu apa yang anda lakukan. Saya tahu kerana saya seorang ibu dan untuk sementara waktu saya juga seorang surirumah.

Saya tahu anda melakukan kerja-kerja yang tidak berbayar, tanpa penghargaan terima kasih, yang bermula pada saat anda bangun, dan tidak juga berakhir apabila anda masuk tidur. Saya tahu anda tetap bekerja pada hujung minggu dan malam hari, dengan tiada kesudahan dilihat pada mana-mana hari atau minggu. Saya tahu ganjarannya membahagiakan tetapi hanyalah beberapa cuma.

Saya tahu bahawa anda jarang mempunyai peluang untuk minum kopi atau teh. Saya tahu bahawa perhatian anda sentiasa dibahagikan, sering terpesong dari masa ke masa, dan anda tidak pernah boleh menyiapkan satu tugas sebegitu sahaja. Saya tahu bahawa anda mungkin tidak berpeluang untuk berehat ketika bersendirian di rumah, melainkan jika anda mempunyai seorang anak yang masih tidur pada waktu siang.

Saya tahu cabaran anda setiap hari, yang dilalui tanpa sokongan rakan atau sokongan sesiapa. Kerenah anak kecil, latihan tandas yang tidak menjadi, pergaduhan melibatkan makanan, makanan di atas lantai, krayon di dinding, persaingan adik-beradik, bayi yang seolah-olah tidak pernah berhenti menangis. Saya faham kerja-kerja itu seolah-olah tiada hentinya dan tiada berkesudahan - anda membeli bahan mentah, menyediakannya, memasak, memberi makan kepada anak-anak anda, bersihkan sisa dari lantai, membasuh pinggan mangkuk, dan mengulangi perkara yang sama dalam tiga jam selepas itu.

Saya tahu anda berangan untuk mempunyai satu jam untuk diri sendiri makan dengan aman, atau untuk tidur siang. Saya tahu anda kadang-kadang tertanya jika semua kerja ini berbaloi, dan merasa iri hati terhadap rakan-rakan anda yang mempunyai waktu rehat di tempat kerja. Saya tahu bahawa kadang-kadang apabila pasangan anda pulang ke rumah pada waktu petang selepas bekerja, beliau mahu dilayan tepat apabila anda perlukan waktu rehat, dan ini boleh menyebabkan anda menangis.

Saya tahu bahawa anda telah disalah anggap oleh ramai yang tidak menghargai kesukaran menjaga anak-anak kecil sendiri, sepanjang hari. Mereka membayangkan anda menghabiskan hari dengan menghirup kopi manakala anak-anak anda bermain secara aman. Saya tahu anda rindukan waktu memegang duit gaji anda sendiri. Saya tahu anda rasa kelakar dan kadang-kadang marah apabila orang lain menyatakan "TGIF!" (Thank God It's Friday/Syukur Kepada Tuhan, Esok Jumaat), kerana bagi anda setiap hari adalah sama - tidak ada hujung minggu, tidak ada rehat daripada kerja anda. Saya tahu bahawa ramai orang tidak faham bahawa anda bekerja tanpa henti -  satu kerja yang tidak berbayar di rumah.

Surirumah, saya tidak tahu bagaimana anda melakukannya. Saya mengagumi kesabaran anda yang tidak terbatas, keupayaan anda untuk menghadapi setiap hari dengan gembira dan memberi kebahagiaan kepada anak-anak anda walaupun mereka menyusahkan anda. Saya mengagumi dedikasi anda untuk hadir berterusan dalam hidup anak-anak anda walaupun ianya tidak mudah. Saya mengagumi cara anda bekerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran - tiada promosi, tiada kemasyhuran, tiada gaji. Saya tahu anda mahu anak-anak anda untuk berasa dihargai dan disayangi, dan Surirumah, anda melakukan perkara ini dengan sangat baik.

Saya hanya mahu anda tahu bahawa saya faham. Kita kedua-dua ibu. Dan saya memahaminya.

Ikhlas dari hati,
- Ibu yang bekerja -

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada ibu yang bekerja,

Saya tahu anda kadangkala dihakimi oleh orang lain kerana meninggalkan anak-anak anda dalam penjagaan orang lain untuk bekerja. Sesetengah orang membayangkan anda tidak menyayangi anak-anak anda sepertimana surirumah lakukan, dan bahawa ia adalah yang terbaik jika kanak-kanak berada di rumah dengan ibu-ibu mereka.

Bagaimana mereka boleh berkata begitu kepada anda? Saya tahu anda menyayangi anak-anak anda sama seperti ibu-ibu lain. Saya tahu bahawa kembali bekerja bukanlah satu keputusan yang mudah. Anda memikirkan baik dan buruk bekerja, sejak sekian lama sebelum anda mengandung dan melahirkan lagi. Ia sentiasa menjadi satu keputusan yang paling penting dalam hidup anda. Anda berfikir tentang perkara ini sejak berada di sekolah menengah lagi.

Saya melihat anda di mana-mana. Anda doktor yang merawat anak-anak saya apabila mereka sakit. Anda ahli fisioterapi yang merawat suami saya. Anda akauntan yang melakukan pengiraan pulangan cukai kita. Guru sekolah rendah anak saya. Pengarah pusat penjagaan anak-anak kami. Guru gimnastik anak perempuan saya. Ejen hartanah yang menjual rumah kami. Bayangkan keadaan dunia jika anda tidak bekerja untuk kita semua, andaikata anda berhenti akibat tekanan daripada orang-orang yang menegaskan perempuan hanya perlu menjadi surirumah, bayangkan apa yang akan terjadi?

Saya tahu anda mengkaji setiap pekerjaan untuk melihat jika ianya sesuai dengan keluarga anda. Saya tahu anda bangun pada waktu orang lain masih lena diulit mimpi, hanya supaya anda berpeluang bersenam atau bertenang. Saya tahu bahawa anda perlu menghadiri mesyuarat selepas satu malam yang panjang bersama rengekan anak kecil anda. Saya tahu bahawa apabila anda pulang ke rumah pada waktu petang, "anjakan kedua" anda bermula. Orang yang berfikiran negatif tidak faham bahawa anda membuat kerja rumah dan bekerja. Anda pulang ke rumah, masak makan malam, mandikan anak-anak da menidurkan mereka. Anda membayar bil-bil, membeli-belah di kedai runcit, pakaian, pinggan, sama seperti ibu lain juga.

Saya tahu bahawa anda sering merasa bersalah terpaksa berjauhan daripada anak-anak anda sehingga anda mengorbankan masa lapang anda. Saya tahu anda tidak boleh mengambil "hari cuti" untuk diri sendiri apabila anak-anak anda berada di taska. Saya tahu anda menerima bahawa kerja adalah "cuti" untuk sekarang. Saya tahu bahawa apabila anda di tempat kerja anda tidak membuang masa walaupun satu minit. Saya tahu anda makan tengahari di meja anda, anda tidak keluar untuk minum kopi, dan anda menunjukkan dedikasi yang lengkap dan tumpuan untuk kerja anda. Anda telah memilih untuk berada di sana selepas semua pertimbangan. Kerana anda mahukan begitu.

Saya tahu bagaimana risaunya anda mencari pengasuh atau taska untuk anak-anak anda, memilih yang terbaik buat mereka. Saya tahu anda hanya meninggalkan anak-anak anda di tempat yang anda yakin mereka disayangi dan dijaga dengan baik. Saya tahu bahawa anda menghabiskan banyak hari menjaga anak-anak anda di rumah apabila mereka sakit, dengan mengorbankan gaji anda (unpaid leave). Saya tahu bahawa anda sangat menikmati hari 'cuti' (emergency leave), kerana dapat bersama dengan anak-anak anda.

Saya tahu bahawa kadang-kadang anda berasa bersalah kepada anak-anak kerana tidak ada sepanjang masa untuk mereka. Tetapi, ibu-ibu bekerja, saya memahami. Anda menetapkan satu contoh yang baik untuk anak-anak anda. Anda menunjukkan mereka bahawa seorang wanita boleh mempunyai kerjaya, menyumbang ilmu dan pengalaman di luar rumah, dan masih menjadi ibu yang penyayang. Anda menunjukkan contoh kepada anak-anak perempuan anda bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu lakukan dalam kehidupan. Anda memaparkan kekuatan, ketahanan, dedikasi, ketabahan, dan anda melakukannya dengan begitu banyak kegembiraan dan kasih sayang.

Saya hanya mahu anda tahu bahawa saya faham. Kita kedua-dua ibu. Dan saya memahaminya.

Ikhlas dari hati,
Surirumah -

2 comments:

cik mah said...

Setuju skali.....

~Kmar~ said...

cikmah: betul tu.. dua2 surirumah dan ibu bekerja penat.. jadi mak memang penat tak kisahlah surirumah ke bekerja.. moga2 dpt memahami dan tolong menolong satu sama lain..