Pages

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day


Pesan Ibu Tentang Ayah
Anakku
Memang ayah tidak mengandungkanmu
Tapi darahnya mengalir di dalam darahmu
Darinya kamu warisi namanya, kedermawanan dan kerendahan hati 
Memang ayah tidak melahirkanmu
Tetapi suaranya lah yang menghantarmu kepada Ilahi ketika kamu lahir 
Memang ayah tidak menyusukanmu
Tetapi dari keringatnya lah setiap suapan yang menjadi air susu mu 
Ayah memang tidak menjagamu setiap saat
Tetapi tahukah kamu dalam doanya tidak pernah lupa namamu disebut 
Tangisan ayah mungkin kamu tidak pernah dengar
Kerana dia ingin terlihat kuat agar kamu tidak ragu untuk berlindung pada lengannya dan dadanya ketika merasa tidak aman 
Pelukan ayahmu mungkin tidak sehangat dan seerat ibu
Kerana cintaannya dia takut dia tidak sanggup melepaskanmu
Ayahmu ingin kamu kuatkan semangat
Agar ketika kami tiada kamu sanggup menghadapi semuanya sendiri 
Ibu hanya ingin kamu tahu
Bahawa cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu 
Anakku
Dari dirinya juga terdapat syurga bagimu
Maka hormati dan sayangi ayahmu
Kerana ibu adalah tulang rusuknya 
Jauh di lubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Allah
Menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab daripada api neraka
Credit: Tuan Ibrahim Tuan Muda

SELAMAT HARI BAPA KEPADA AYAH DAN SUAMI SAYA. I LOVE YOU BOTH!

0 comments: