Pages

Friday, May 9, 2014

Benarkah Bedak Bayi Johnson & Johnson Berbahaya?

Saya menggunakan pengguna tegar beberapa barang keluaran Johnson & Johnson kerana saya memang tidak dapat jumpa produk lain yang boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit saya pada tahap optimum selain daripada produk Johnson & Johnson (terutamanya sabun badan). Saya ingat lagi ketika saya sedang belajar di Australia, cuaca di Melbourne sangat kering sehingga menyebabkan kulit saya mengering dan beberapa tompok kulit saya seolah-olah diserang ekzema, dan setelah mencuba & menukar produk mandian beberapa kali di sana, hanya mandian Johnson & Johnson (J&J) sahaja yang sesuai dengan kulit saya.

Jadi apabila saya mendapat anak, saya menganggap anak saya mewarisi kulit saya (iaitu jenis kombinasi dan sensitif), dan untuk kulit seperti kami, produk J&J adalah yang terbaik untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit kami. Maka tanpa was-was saya menggunakan produk J&J kepada anak saya.

Namun saya kecewa kerana beberapa kawan menyampaikan kepada saya bahawa produk J&J (dalam kes ini, bedak) dikatakan mengandungi bahan berbahaya. Saya minta kepada semua orang ya, sebelum menyebarkan sesuatu yang kita tidak pasti kesahihannya, silalah buat penyelidikan dan penyiasatan dahulu. Sebaik sahaja saya mendapat tahu khabar angin tentang bahan merbahaya tersebut, saya cuba mencari kebenaran tentang khabar angin tersebut melalui laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan didapati perkara tersebut jelas-jelas hanyalah khabar angin semata-mata dan tidak benar. 

Saya sertakan gambar di bawah ini sebagai bukti untuk tuan-tuan dan puan-puan baca kenapa saya mengatakan cerita tentang produk J&J (terutamanya bedak) mengandungi bahan berbahaya hanyalah palsu.

Sumber: BPFK Gov

Jadi kesimpulannya disini, jangan  menyebarkan khabar angin yang kita tidak tahu tahap mana kesahihannya.

Berkaitan produk mana kita pilih untuk keluarga kita, tepuk dada tanya selera. Atas kita sendiri nak pakai jenama apa yang kita rasa selamat untuk kita dan keluarga. Jika tidak yakin dengan sesuatu jenama, cari jenama lain yang kita rasa lebih baik.

Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak. ;-)

2 comments:

cik mah said...

Betul tu akmar..pape pun kita kena cari sumber2 yg betul..cik mah pun pengguna tegar..so azwa pun sama juga...bak kata akmar..mewarisi..hehe

~Kmar~ said...

haah cikmah kdg rumor org share mcm2 tp sbnrnya berita palsu. pureen pun ok jgk, i slow2 tukar dr J&J kpd Pureen skrg hehe