Pages

Monday, March 17, 2014

Pantang Bersalin Cara Sederhana

'Pantang Bersalin Cara Sederhana'. Kenapa tajuk macam tu? Sebab tu cara pantang yang saya amalkan. Kenapa tak pantang cara extreme? Saya pemalas. Bagi yang rajin bolehlah amalkan pantang cara extreme ya. Saya senarai kan kat bawah ni cara saya berpantang, boleh jadi panduan untuk korang yang hampir atau nak bersalin amalkan (secara bertambah-tambah lagi) demi kesihatan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.

1. Makanan

Cara seseorang makan semasa berpantang bergantung kepada tubuh masing-masing. Ketika hampir keluar hospital selepas bersalin saya bertanya kepada doktor bagaimana cara makan untuk cepatkan luka jahitan bawah sembuh. Doktor berpesan; makanlah soft diet untuk 7 hari pertama, untuk elakkan najis jadi keras. Tahu kan jika najis kita jadi keras (sembelit), kita terpaksa teran sikit masa membuang yang mana tidak elok untuk luka jahitan tu. Soft diet boleh makan nasi, banyakkan makan bubur, jangan makan benda pedas-pedas (kan cirit birit sakit pula bontot nak membuang banyak kali kan?). Jadi saya amalkan soft diet selama 10 hari (saja tambah beberapa hari untuk extra protection). Dalam masa 10 hari pertama tu saya makan hanya nasi/bubur, sup sayur, ikan panggang, makanan tanpa minyak, tambahan pula makanan-makanan ni membantu badan saya untuk mengeluarkan susu badan secukupnya kepada anak. Di antara waktu makan apabila lapar, saya minum Milo atau Nesvita/Nestum atau Horlick diambil bersama roti atau biskut, supaya proses pengeluaran susu berjalan lancar (Bagi ibu menyusukan anak sepenuhnya memang tidak boleh berlapar ya..).

Dalam masa yang sama saya minum banyak air untuk memudahkan proses pembuangan dan menggalakkan pengeluaran susu. Ada orang tua yang halang orang berpantang minum air banyak tapi sebenarnya amalan kurang minum air ini tidak elok ya, orang baru lepas bersalin perlu minum air banyak untuk menyingkirkan segala kuman bakteria yang telah masuk ke dalam badan secara sengaja atau tidak ketika proses mengandung dan melahirkan itu, di samping untuk mengelakkan daripada sembelit.

Masuk hari ke-11, baru saya berani makan makanan sedikit berminyak, makan ayam dan lain-lain (yang selamat untuk saya dan anak). Ibu saya berpesan supaya selalu minum air suam dan jangan sesekali minum ais sehingga 100 hari (tapi yang ni saya tak tahan juga, masuk hari ke-80 saya dah minum air ais ya, dahaga amat, dah la tengah kemarau, haa). Sayur dan buah yang sejuk pun dilarang, seperti timun, tembikai, labu air dan yang sewaktu dengannya. Sehingga 100 hari saya amalkan makan sayur atau buah yang tidak bersifat sejuk.

2. Penjagaan Tubuh Badan

Perkara paling penting untuk dilakukan sebaik sahaja selepas melahirkan adalah; berjalan perlahan-lahan dengan merapatkan kaki (untuk mudah dan cepatkan proses penyembuhan luka bawah). Dalam tempoh 48 jam pertama selepas bersalin, pastikan ada teman untuk ke bilik air, sebab dalam tempoh ini, pendarahan berat masih berlaku dan bila-bila masa sahaja ibu baru bersalin boleh pitam. Lepas 48 jam biasanya badan sudah okay dan jangan lupa makan pil-pil yang diberi oleh doktor yang bertujuan untuk menggalakkan isipadu darah dan tubuh badan kita menjadi pulih dan normal.


Saya beli set berpantang Tropical Herbs Amway, jadi agak mudah proses pantang saya. Tiap-tiap hari saya mandi guna Herbal Bath dan basuh bahagian peranakan guna Herbal Douche. Saya amalkan mandi air suam sehingga hari ke-60. Setiap pagi dan malam saya makan suplemen lepas bersalin dalam set Amway tu, di samping makan tablet haruan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin (luaran dan dalaman).


Bidan datang mengurut saya 3 kali pada minggu pertama selepas melahirkan tempoh hari. Saya bertungku 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan malam (sekitar waktu Maghrib). Ada orang cakap bertungku tak elok konon ia menyebabkan salur darah jadi kembang dan lambatkan rahim kecut. Bagi saya bertungku itu perlu tapi tidaklah terlalu kerap, sebab bertungku sedikit sebanyak membantu pengaliran darah kita agar lebih lancar, selain membantu mengekalkan tubuh badan kita supaya lebih suam (tahu kan orang lepas bersalin tak boleh berada dalam keadaan sejuk..). Saya bertungku pakai batu sungai kepunyaan mak saya (panaskan atas dapur gas macam biasa). Biasanya lepas bertungku saya akan sapukan Herba Peramping Perut dan pakai barut/bengkung pada perut selama setengah hari. Selepas herba peramping itu kering saya akan buang dan sambung pakai bengkung itu sahaja tanpa herba. Saya tak suka pakai bengkung lilit-lilit tu sebab renyah dan menyusahkan untuk buang air, saya pakai bengkung strap je untuk mudahkan pergerakan saya.

Ibu saya beriya pasangkan tilam elektrik panas Zhulian tapi saya yang degil dan kurang suka tidur dalam keadaan berpeluh, cuma pasang suis tilam tu start pukul 4 pagi hingga 8 pagi (ibu sebenarnya nak saya tidur 8 jam atas katil panas tu tapi saya buat 4 jam saja). Sebab masuk pukul 3-4 pagi mula lah saya rasa sejuk dan nak panas-panas je. Hehe.

Saya dilarang sama sekali angkat barang berat, saya tidak digalakkan ke dapur untuk memasak dan sepanjang 44 hari tu kerja saya baring atas katil, bangun susukan anak, basuh baju anak, bertungku, mandi, siapkan anak, baring balik. Macam tu la 44 hari saya.

3. Pantang bersama suami

Yang ini, bergantung kepada kesediaan dan tubuh badan masing-masing. Setengah orang ON lepas 44 hari, bagi yang sudah rasa cukup gagah, lagi-lagi yang memang tiada luka langsung ketika bersalin (atau luka hanya sedikit/first degree tear). Manakala sesetengah orang lagi ON selepas 60 hari, dan ada juga yang ON selepas 80 hari.

Saya sudah berbincang dengan suami saya awal-awal, tambah lagi pesanan mak yang cakap "badan kita nak pakai lama jadi kena la bersabar sikit", saya ambil minima 100 hari. Kenapa? Sebab saya ada luka bersalin tahap sederhana. Untuk luka bersalin sembuh secara luaran ambil masa lebih kurang seminggu sahaja, namun kita kena ingat luka dalaman kita ambil masa untuk kembali pulih sekurang-kurangnya 6 minggu ya. Badan saya, saya perasan pulih sepenuhnya secara fizikal dalam tempoh 60 hari. Jadi saya tambah lagi sebulan untuk dapatkan kekuatan dalaman agar segar sepenuhnya. Ada kawan cakap saya selfish, tak kurang juga yang cakap saya tak kasihankan suami ke. Saya tak kisah orang nak kutuk apa kat saya, sebab hakikatnya, badan saya, saya je tahu, bila pulih sepenuhnya, bila kembali kuat dalaman sepenuhnya. Bergantung lah pada kesediaan masing-masing, jadi tak perlulah nak kutuk satu sama lain. Badan lain-lain, badan kita, kita je tahu kuat lemahnya kan. Jadi bergantung kepada kekuatan masing-masing untuk ON balik bila tu, tidak ada yang salah dan tidak ada yang betul, cuma make sure ON balik selepas sekurang-kurangnya 44 hari la, sebelum 44 hari tu jangan nak mengada layan suami, BENTAN KAU KARANG! Tu warning tu ye!

Jadi saya rasa itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan mengenai cara saya berpantang. Saya cuma berpantang dengan cara yang terbaik saya boleh lakukan. Jika kamu boleh lakukan lebih baik daripada saya, itu lebih baik. Saya berharap panduan ini dapat beri pengetahuan sedikit sebanyak kepada ibu-ibu yang bakal bersalin ya. Insya Allah.

4 comments:

Farha said...

sejak2 dah jd mak kan :p
Hehehe kakha jarang share bab2 pantang ni kuikui...
pengalaman bersalin pon dok citer kecuali kat komen2 ada la...secara direct adop cite, segan haha

cik mah said...

Setuju2,kn bnyk minum air...dktr pun pesan...lagi2 bila bf bby..mmg jadi dhg betul lepas tu....smlah..cik mah pun bertungku juga...rasa lbih segar...then cik mah mandi herba...

~Kmar~ said...

kak ha, kmar cerita lebih kurang je bab bersalin dan berpantang bukan 100% details, banyak je yg dlm kelambu disorokkan, hehe.. xpe untuk panduan kita2 aje, lg2 yg nak bersalin PMC selalu duk tnya psl service PMC, tu yg share tu...

betul cikmah bertungku & minum air bnyk jd segar sikit. slmt berpantang cik mah dah nak habis kn. take care hehe

ros said...

kalau kena sembelit masa dalam pantang memang seksa. saya pun minum air byk juga walaupun mak cik cerita orang dulu2 minum air sikit sangat takut miss V kembang.