Pages

Monday, February 17, 2014

Resepi Mi Rebus Terengganu

Mi yang senang dimasak, sedap dimakan.


Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu teh lada hitam
1 inci halia
300gram ayam
1 ikat sawi (boleh juga ditambah kobis, kobis bunga, lobak jika mahu)
3 sudu besar minyak masak
750mL air
Garam 
Gula
1 bungkus mi kuning (dicelur)

Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia, dan masukkan ke dalam minyak masak yang sudah dipanaskan di dalam periuk dan tunggu sehingga bau naik. Kemudian tambahkan ayam, biarkan seminit dan tambahkan air. Tunggu sehingga air mendidih dan rasa ayam menyerap ke dalam kuah, kemudian masukkan sayur. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tutup apabila kuah telah mendidih.
Makan bersama mi kuning yang telah dicelur.

Selamat mencuba! \(^_^)/

0 comments: