Pages

Thursday, October 17, 2013

Aidiladha 2013

Pertama kali beraya Aidiladha bersama suami. Kami mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung saya di Kuala Terengganu, memandangkan hampir seluruh ahli keluarga saya pulang ke kampung halaman.


Sebagai ibu mengandung maka saya mengambil peluang makan makanan Terengganu yg saya mahu sebanyak-banyaknya sewaktu pulang tempoh hari. Sempat juga bertemu beberapa rakan taulan ketika pulang 5 hari sekitar sambutan Aidiladha lalu. Kebetulan pula kakak ipar baru sahaja melahirkan anaknya yang ke-2 akhir September lalu, maka pergi melawat anak saudara baru la kita ya. Alhamdulillah kedua-dua bayi dan mak nya sihat walafiat.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun-tahun berikutnya lebih meriah insyaAllah. ☺

0 comments: