Pages

Tuesday, May 31, 2011

Resepi Chocolate Chip Cookies















Gambar ihsan Diyanazman

Bahan-bahan:
1 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor

1/2 cawan gula perang

2-3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil cream of tartar

2 sudu besar susu penuh krim

2 biji kuning telur

1-2 cawan chocolate chip

3/4 cawan badam (optional)

2-3 sudu serbuk koko (optional)
1 sudu kecil esen vanila

Secubit garam


Cara-cara:

Pukul mentega bersama gula kastor, gula perang & garam sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan kacau. Masukkan kuning telur satu persatu dan kacau hingga sebati. Masukkan susu penuh krim dan kacau hingga sebati. Campur sedikit demi sedikit tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk koko, serbuk penaik & cream of tartar, dan adun sehingga menjadi doh. Campurkan chocolate chip & badam ke dalam doh & gaul hingga rata. Biarkan seketika. Buat bentuk (mengikut citarasa sendiri) menggunakan tangan atau sudu. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 150 darjah celcius.


Selamat mencuba. (^_^)Y

Monday, May 30, 2011

Flu & Selsema... Jangan Ambil Mudah...

Image from here

Dua minggu yang lalu, saya telah dijangkiti selsema daripada anak saudara saya, Ammar yang berusia 11 bulan. Ammar sembuh 2-3 hari selepas itu kerana dia masih menyusu badan dan antibodinya lebih kuat. Saya mengambil masa lebih 2 minggu untuk pulih sepenuhnya (sebab saya dah tua...).

Biasanya bila kena selsema saya lawan masa peringkat awal, makan ubat selsema supaya sembuh dalam masa 2 hari. Oleh kerana saya sedang bercuti panjang di rumah, saya tiada bekalan ubat. Jadi saya tidak mengambil sebarang ubat ketika itu.

Selepas selsema, datang batuk. Sleepless nights as usual. Tekak gatal. Dua tiga hari lepas tu saya kena sakit mata. Saya pergi juga klinik jumpa doktor. Bila jumpa doktor dia cek tekak saya macam jangkitan selsema sudah melarat sampai ke anak tekak dan sekitarnya. So dia bagi saya antibiotik untuk melawannya.

Keesokan harinya bila saya bangun tidur, saya rasa macam telinga sebelah kanan saya bengang. Lepas tu jadi macam tak boleh dengar clear macam biasa. Saya fikir mungkin sehari dua benda tu akan hilang. Namun setelah 3 hari telinga kanan jadi ala-ala separa 'pekak', saya jumpa doktor sekali lagi. Masa tu doktor cek telinga saya dan cakap gegendang telinga saya telah dijangkiti kuman. Doktor cakap gegendang telinga normal kelihatan seperti buah rambai yang masak ranum tetapi gegendang telinga saya dah jadi macam buah delima yang masak. Hoho. Doktor cakap gegendang telinga saya masih ok, belum pecah, jadi saya tak perlu risau, cuma perlu ambil antiobiotik dan pastikan selsema saya sembuh. So saya pun meneruskan kehidupan selama seminggu lebih, dengan deria pendengaran yg berkurang sehingga ke tahap 40%. -_-

Saya habiskan masa lepak di rumah je masa telinga saya bermasalah sebab kalau keluar saya macam merapu-rapu dengar bunyi yang tak sepatutnya dengar dan bunyi orang cakap dengan saya, saya tak berapa dengar pula. Redha sungguh masa tu. Waktu tu memang baru rasa nak hargai nikmat pendengaran yg selama ni Allah kasi, masa Allah tarik kejap, rasa teruk sangat diri ini sebab tak pernah nak guna nikmat mendengar betul-betul.

Setelah 10 hari mengalami masalah deria pendengaran, akhirnya telinga kanan saya semakin pulih, alhamdulillah. Dalam kes ni, telinga saya tidak mengambil masa sekejap untuk sembuh, tapi sangat perlahan dan beransur-ansur. Saya sangat bersyukur kerana gegendang telinga saya kembali sihat dan tidak pecah. Pendengaran saya kembali normal dalam masa 14 hari dan saya gembira kerana nikmat mendengar saya telah pulih.

Memang sangat mengagumkan kerana gegendang telinga kita yang nampak sangat fragile, rupanya dicipta oleh Allah dengan sangat teliti supaya tidak mudah pecah. Itu adalah satu tanda kebesaran Allah jika kita (terutamanya saya yg kena ni lah) buka minda kita untuk berfikir tentang kekuasaan Allah. Betapa Allah telah mencipta setiap inci dalam tubuh badan kita dengan teliti tanpa sebarang cacat cela. Jadi marilah kita bersyukur dengan segala nikmat deria yang Allah kurniakan. Dan marilah menggunakannya ke jalan yg diredhai Allah. Jangan sampai kita sakit baru kita teringat akan nikmat-nikmat pemberian Allah yg sangat berharga ini (sambil tampar diri sendiri). Dan ingat, apabila kena demam selsema, ubati nya pada peringkat awal untuk mengelakkan kesan yg lebih teruk di kemudian hari. Sekian wassalam...

Thursday, May 19, 2011

Saya, Tudung (Hijab) dan ...


Saya mula belajar pakai tudung masa darjah 4. Masa tu pakai main-main je sebab belum akil baligh & lepas sekolah je terus buka tudung, masa latihan sukan pun tak pakai tudung, panas you panas okay peluh-peluh bersukan pakai tudung! Mula-mula akil baligh pun tudung belum lekat kat kepala. Buat-buat tak tahu je bila keluar rumah selamba badak freehair. Lepas tu bila terserempak dgn ustazah yg mengajar kat sekolah mula la lintang pukang lari menyorok belakang tiang sebab takut ustazah sound dalam kelas keesokan harinya (T_T) Bila form 4 baru sedar diri. Pakai tudung kena ikhlas, kerana Allah, jadi saya mula menjadi pemakai tudung tegar.

Bila gi Australia baru la ketahanan memakai tudung ini diuji. I was the only Malay that did Genetics major in my batch. So I sorang je pakai tudung dlm lecture hall yg besar gedabak tu. Tp takda masalah pun sbb semua org respect I. Semua educated, org educated akan respect org lain, faham kan. Cuma pernah kena masa kelas tutorial Earth Science masa first year, ada sorang tute mate lelaki dari Vietnam mcm tak puas hati dgn saya & Kama yg pakai tudung, dia mcm kata apesal kami bodoh sgt pakai tudung. Masa tu cepat2 tutor kami habiskan kelas & minta maaf dgn kami, pesan jgn ambil hati sgt student Vietnam tu cakap apa. Saya & Kama tak kecil hati pun, kami senyum je. Biasalah dugaan Allah bagi. Tak tergoyah sedikitpun niat bertudung kami. Dan satu situasi lg, ketika keluar bersama Dayah, naik tram, seorang lelaki tua Aussie tegur dgn kasarnya, "why do you wear your scarf, if you want to do it, just do it in your country!", dan Dayah jawab, "i wear because of my God, and my God is everywhere, not only in my country..." Masa tu seorang perempuan muda Aussie yg duduk berhampiran kami cakap kat kami, abaikan apa yg lelaki tua tu kata, jgn ambil hati, dia tak educated tu... Tu cuma 2 situasi yg saya boleh cerita la. Situasi2 lain simpan dalam hati sendiri la. Walaupun org kutuk saya bertudung, org bukan Islam yg kutuk, takde pun saya rasa nak buka tudung, jauh sekali nak marah org yg cakap tu. Malah rasa untuk mempertahankan tudung lagi berapi-api dan membuak-buak. Dan ditakdirkan Allah juga setiap kali saya kena tohmahan kerana pakai tudung ni, ada orang lain (yg bukan Islam juga) membantu menenangkan diri saya supaya jangan marah & bersabar. You're awesome mate, o yea~ (Sila baca dlm accent Aussie, kahkahkah)...

So disini saya ingin menegaskan, bahawa saya memakai tudung kerana Allah, kerana saya sendiri ingin memakai tudung. Bukan kerana parents suruh, bukan kerana peraturan sekolah, malahan mak ayah saya tak pernah paksa saya pakai tudung. Mak saya pun start pakai tudung when she was 30 something, sama dgn auntie-auntie saya yg lain, jadi saya nak cakap kat sini tak pernah ada had umur untuk mula memakai tudung. Saya tak cakap yg saya tutup aurat dgn sempurna. Saya tak cakap yg perangai saya perfect kerana saya memakai tudung. Saya juga tidak pernah berkata yg semua perempuan bertudung mempunyai perangai yg lebih mulia. TIDAK SAMA SEKALI. Kerana itulah jangan terkejut jika melihat dalam berita perempuan-perempuan bertudung ditahan melakukan perkara yg tidak baik/maksiat. Walaupun saya bertudung, sebagai manusia biasa, saya tidak lari daripada melakukan kesilapan, tp dari hari ke hari, saya cuba perbaiki diri menjadi seorang muslimah yg lebih baik. Kerana memakai tudung menuntut seseorang itu menjadi seorang muslimah yg sempurna dan taat pada perintah Allah...


Kawan-kawan, apabila hidayah untuk memakai tudung sampai, jangan tolak jauh-jauh hidayah tu, fikirkan kewajiban menunaikan menutup aurat yg diperintahkan Allah ini seperti yg tertulis dalam surah an Nur ayat 31;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka....."

Jadi sama-samalah kita berdoa semoga kita sentiasa dalam limpah kurnia-Nya. Buatlah sesuatu kerana Allah, itulah yg terbaik untuk kita. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah kearah kita. Malah dalam usaha untuk melakukan perintah Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Semoga beroleh manfaat daripada entri ini, sekian wassalam.

Wednesday, May 18, 2011

Hello?

Hai semua!

Say hello to my new template. Kena tukar template yg tulisan besar2 sikit la kan. Maklumlah dah tua, so kena la bg tulisan jd besar supaya boleh baca. Dan ruang entri yg besar. Sekali pos gambar hah amik kau nampak segala bulu hidung & jerawat ofkos. Dan template baru yg menandakan [InsyaAllah] pemilik blog akan lebih aktif blogging, atau dlm erti kata lain, lebih aktif membebel seperti entri2 sebelum ini. So baca lah bebelan saya jika rajin. Kalau taknak baca tak payah baca.

Disini saya ingin memohon maaf kerana sudah lama meninggalkan blog. Saya busy dgn research study saya for the past 10 months (busy la sgt mmg tipu ar kan). Alhamdulillah kajian saya dah selesai, saya sudah menghabiskan pengajian saya, jd saya nak ucap terimakasih kepada semua yg telah mendoakan kejayaan saya selama ini. Thank you muah muah you guys are so sweet. Minta maaf pd siapa2 yg saya pernah bg sms ugut "I want to quit this study"... sebab itu adalah ugutan main2 saja. Saya adalah seorang yg akan menghabiskan sesuatu yg saya mulakan, dgn izin Allah, walau susah macam manapun perkara itu. HELL YEAH I'M NOT A QUITTER OKAY.

So kepada semua orang kat luar sana yg sedang struggling your master/PhD studies, all the best okay. Berusahalah sehingga ke titisan darah yg terakhir. Jgn lupa doa pd Allah dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah berjaya. Study postgrad ni bukan mcm undergrad, so kena kuat semangat, nangis sikit2, chill2 dan kuat lg. You can do it! Eh nnt la I buat 1 entri tentang macammana nak lalui postgrad study. Taknak cakap banyak kat sini.

Ok la setakat itu sahaja untuk kali ini. Tunggu my next entri untuk bebelan Kmar yg seterusnya... (^_-)