Pages

Wednesday, September 14, 2011

Himpunan Bani Sulaiman


Alhamdulillah, pada hari kedua Aidilfitri tahun 2011, kami, cucu cicit dalam keturunan Bani Sulaiman diberi kesempatan untuk berkumpul dan merapatkan silaturrahim sesama kami. Dalam Himpunan Bani Sulaiman yang diadakan di Kampung Pak Katak, Kuala Terengganu, sempena hari raya ini, kami berpeluang untuk mengenal satu sama lain dengan lebih dekat dan berbual sesama saudara mara kami yang kami kasihi.


Anak cucu cicit Musa bin Sulaiman (datuk saya)

Melihat kepada susur galur keluarga kembangan ini, saya merupakan cicit kepada Sulaiman. Ibu saya adalah anak kepada Musa bin Sulaiman. Arwah moyang saya, Sulaiman bin Mamat, beristeri dua, mempunyai 14 orang anak dan setakat ini anak cucu cicitnya sudah menjangkau seramai 400 orang lebih kurang. Dalam keturunan kami, tiada masalah atau hasad dengki antara keturunan isteri satu dengan isteri dua dan seterusnya, kerana kami adalah saudara seagama dari satu keturunan yang sama dan tujuan kami berada di bumi Allah ini adalah untuk keredhaan-Nya dan bukannya bergaduh mahupun berdengki sesama sendiri. Itulah satu keistimewaan dalam keturunan kami. (And I'm proud of it, alhamdulillah)

Keluarga saya

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penganjur kerana telah menyediakan makanan yang banyak dan enak sekali. Nasi minyak, gulai daging, nasi putih, sup tulang, dadih, kuih muih, lodeh (just to name a few) dan banyak lagi. InsyaAllah turn kami pula jadi penganjur pada tahun-tahun seterusnya ya. ;)

Semoga Allah terus memberkati dan merahmati keturunan ini, dan keturunan ini kekal sebagai orang-orang beriman, tidak meninggalkan solat & dijauhkan daripada segala kejahatan dan sifat-sifat mazmumah. InsyaAllah. Amin.

2 comments:

ihsan_huhu said...

kre kang laki ko nak kawen lain kre ok la kan xdek hasad dengki

~Kmar~ said...

hahaha. tgk la cmne. tp sejujurnya aku tak suka nak sharing2 ni, geli, lol