Pages

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri!

Gambar diambil dari sini

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya (samada followers/tak). Terima kasih atas sokongan yg diberikan. Disini juga saya ingin memohon maaf banyak-banyak andaikata saya tersilap kata, tersalah cakap, ter-over menaip, terlebih komen, komplen & mengata di blog saya ini. Saya hanyalah manusia biasa yg tak lari daripada melakukan kesilapan. Jadi, kepada sesiapa yg ada terasa dengan mana-mana entri di blog saya ini (terutamanya yg terasa secara tidak sengaja), maafkan saya. Saya sedaya upaya cuba untuk memperbaiki diri daripada hari ke hari. Dan semoga sebarang kekasaran bahasa menulis saya berjaya dihapuskan...

Pada hari raya Aifilfitri ini, bersesuaian dengan namanya (fitrah), marilah kita kembali kepada fitrah sebenar manusia sebagai hamba Allah. Fitrah untuk melakukan kebaikan & meninggalkan kejahatan. Fitrah untuk memperbaiki kesilapan diri. Fitrah untuk membantu orang-orang yg dalam kesusahan. Fitrah sebagai seorang hamba Allah yg sentiasa bertaubat untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Semoga kita akan terus berusaha menjadi insan yg lebih baik dari hari ke hari. Insya-Allah. Moga hari ini & masa hadapan adalah lebih baik untuk kita. Amin.

Akhir kata, Salam Aidilfitri buat semua. Jemputlah datang ke rumah (bagi sesiapa yg berada di Kuala Terengganu). Jaga diri & bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan-Nya kepada kita. Insya-Allah. :)

2 comments:

ihsan_huhu said...

selamat hari raya gak

Miss Aida said...

Salam aidilfitri and maaf zahir batin! :)