Pages

Saturday, August 6, 2011

Hello Mini Van Milo!

Saya rasa tahun lepas, 2010 dah ada program penebusan ni. Tapi masa tu saya tak ambil kisah je. Maklumlah busy sebagai student la katakan. Tahun ni pun saya nampak promosinya, tapi saya pandang remeh sahaja pada mulanya. Sehinggalah Nabilah, my BFF mengajak mengumpul van Milo mini secara berjemaah dengannya. Saya pun ON je. Lagipun rumah saya memang minum Milo. Sekali beli Milo pek 2kg refill tu, dah boleh tebus 1 van Milo mini dah....

[Gambar daripada website Milo Malaysia]

Menarik dan comel sungguh van-van ini. Saya tak tahu kalau ada yang buat van ni jadi mainan. Sebab saya kumpul nak buat hiasan hihihi. Comel sangat yang saiz ~8cm tu. Comel yang amat. Marilah kita beramai-ramai kumpul van mini ni sama-sama.


Nak redeem van Milo mini ~8cm, kena kumpul dalam 20mata. Yang saiz besar sikit, saiznya dalam ~14.5cm, kena kumpul 40mata. Senang sangat nak redeem. Beli produk Milo, kumpul mata secukupnya, pos atau pergi ke pusat penebusan, dan tebus. Tak perlu buat jawab apa-apa slogan atau bertanding pun. Redeem je.


Yang kelakarnya, masa pergi tempat penebusan van Milo mini ni, ingatkan sikit je orang berminat nak menebus. Rupanya ramai sangat. Mak ayah kepada budak-budak ye, bukan budak-budak, hihihi.


Kiteorang dah dapat van Milo mini kiteorang. Korang tebus la juga. Saya nak kumpul sebanyak yang boleh. Ada 6 jenis kesemuanya. Harap-harap sempat la tebus semua atau hampir kesemua insyaAllah. ;)

Untuk maklumat lanjut tentang program penebusan ini, klik link Milo Redemption

*Gambar-gambar di atas adalah daripada ihsan Nabilah. Kecuali gambar terakhir. Harap maklum.

4 comments:

ihsan_huhu said...

xlame lagi jadi mak budak la korg

~Kmar~ said...

hahahahaha dah tua dah ni haaa. ihsan la kahwin dulu :-p

Miss Aida said...

LOL. Van Milo?

Selamat berpuasa Akmar! :)

~Kmar~ said...

LOL. van milo mainan akak van milo untuk koleksi. selamat berpuasa to u too Aida :)