Pages

Sunday, July 10, 2011

Resepi Puding Karamel













Bahan-bahan:

3 sudu gula
7 biji telur
1/2 sudu tepung jagung
1/2 sudu tepung kastad
1/2 sudu esen vanila
1/2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair

Cara-cara:

Letakkan gula dalam loyang (gunakan loyang berukuran 7-8 inci diameternya). Panaskan gula & loyang di atas dapur, masak hingga gula hangus sedikit (gula menjadi karamel). Ketepikan & sejukkan loyang.

Pecahkan telur-telur dalam 1 bekas berasingan dan gaul hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastad, esen vanila, susu pekat manis dan susu cair ke dalam telur yang telah digaul. Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati.

Tuangkan larutan tersebut ke dalam loyang berisi gula karamel tadi. Kukus di atas api sederhana sehingga masak (dalam 30 minit). Sesudah masak, terbalikkan loyang berisi puding karamel yang sudah siap dimasak ke atas pinggan/bekas leper yang besar. Sejukkan di dalam petisejuk. Sedia untuk dimakan........

*Digalakkan menerbalikkan loyang ketika masih panas, kerana jika diterbalikkan ketika loyang telah sejuk, kemungkinan puding telah melekat pada loyang (sukar untuk dipisahkan).
*Untuk mendapat puding yang lebih cantik, tutup loyang dengan aluminium/tudung periuk kecil ketika proses mengukus. Ini dapat mengelakkan air yang jatuh ke dalam puding dan menyebabkannya berlubang.

Selamat mencuba (^_^)Y

0 comments: