Pages

Wednesday, June 1, 2011

Resepi Red Velvet Cupcake



















Juga dikenali sebagai kek baldu merah

Bahan-bahan (kek):

180 gram mentega
360 gram gula kastor
3 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
380 gram tepung naik sendiri (atau 375 gram tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat)
25 gram serbuk koko
300 ml buttermilk (atau 300 ml UHT whipping cream/susu full cream + 1 sudu besar cuka/jus lemon - biarkan 10 minit)
1 sudu kecil cuka putih/jus lemon
2 sudu kecil pewarna merah

Cara-cara (kek):
Dalam satu bekas, ayak tepung naik sendiri (atau tepung gandum+soda bikarbonat) bersama serbuk koko, ketepikan. Dalam satu bekas yang lain, campurkan cuka (atau jus lemon) dan pewarna merah kedalam buttermilk dan biarkan seketika. Dalam satu bekas yang lain juga, pukul mentega dan gula kastor hingga kembang, dan tambahkan esen vanilla serta telur, pukul hingga sebati, dan masukkan tepung+serbuk koko yang diayak berselang seli dengan campuran buttermilk+cuka+pewarna merah, gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah celcius (menghasilkan dalam ~30 biji cupcake). Atau masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9" (jika mahu buat kek). Sejukkan sebelum dihias.

Bahan-bahan (topping):
250 gram cream cheese
100 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
100-150 ml whipping cream

Cara-cara (topping):
Pukul cream cheese bersama gula dan esen vanilla hingga kembang. Tambahkan whipping cream sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata. Hias ke atas kek mengikut citarasa.

** Daripada pengalaman saya, red velvet cake ini lebih sedap selepas ~6 jam dimasak. Mungkin mengambil masa beberapa ketika untuk bahan-bahannya meresap dan menyedapkan kek ini. So kalau nak hidang kek ini esok, masak awal-awal red velvet cake hari ini atau malam ini. Hehe. :)

6 comments:

Wahida Shukeri said...

rajin memasak sekarang cik kema...

vishalkhandelwal said...

I love this post, I would like to make my blog escort amsterdam like this !

~Kmar~ said...

thankyou puan wahida. tgh cuti la katakan, sbb tu rajin memasak, hehe...

ihsan_huhu said...

fuh berbakat gk cik dr kmar nih. ke dh prof dh?

~Kmar~ said...

ihsan: merapu je ko ni. PhD pun belom, mana ada title Dr or Prof lg. :p ntah amik ke tak PhD nnt hahaha.

bro@stokisonline said...

mmm sedap2...meh skit nak rase...huhuhu