Pages

Thursday, May 19, 2011

Saya, Tudung (Hijab) dan ...


Saya mula belajar pakai tudung masa darjah 4. Masa tu pakai main-main je sebab belum akil baligh & lepas sekolah je terus buka tudung, masa latihan sukan pun tak pakai tudung, panas you panas okay peluh-peluh bersukan pakai tudung! Mula-mula akil baligh pun tudung belum lekat kat kepala. Buat-buat tak tahu je bila keluar rumah selamba badak freehair. Lepas tu bila terserempak dgn ustazah yg mengajar kat sekolah mula la lintang pukang lari menyorok belakang tiang sebab takut ustazah sound dalam kelas keesokan harinya (T_T) Bila form 4 baru sedar diri. Pakai tudung kena ikhlas, kerana Allah, jadi saya mula menjadi pemakai tudung tegar.

Bila gi Australia baru la ketahanan memakai tudung ini diuji. I was the only Malay that did Genetics major in my batch. So I sorang je pakai tudung dlm lecture hall yg besar gedabak tu. Tp takda masalah pun sbb semua org respect I. Semua educated, org educated akan respect org lain, faham kan. Cuma pernah kena masa kelas tutorial Earth Science masa first year, ada sorang tute mate lelaki dari Vietnam mcm tak puas hati dgn saya & Kama yg pakai tudung, dia mcm kata apesal kami bodoh sgt pakai tudung. Masa tu cepat2 tutor kami habiskan kelas & minta maaf dgn kami, pesan jgn ambil hati sgt student Vietnam tu cakap apa. Saya & Kama tak kecil hati pun, kami senyum je. Biasalah dugaan Allah bagi. Tak tergoyah sedikitpun niat bertudung kami. Dan satu situasi lg, ketika keluar bersama Dayah, naik tram, seorang lelaki tua Aussie tegur dgn kasarnya, "why do you wear your scarf, if you want to do it, just do it in your country!", dan Dayah jawab, "i wear because of my God, and my God is everywhere, not only in my country..." Masa tu seorang perempuan muda Aussie yg duduk berhampiran kami cakap kat kami, abaikan apa yg lelaki tua tu kata, jgn ambil hati, dia tak educated tu... Tu cuma 2 situasi yg saya boleh cerita la. Situasi2 lain simpan dalam hati sendiri la. Walaupun org kutuk saya bertudung, org bukan Islam yg kutuk, takde pun saya rasa nak buka tudung, jauh sekali nak marah org yg cakap tu. Malah rasa untuk mempertahankan tudung lagi berapi-api dan membuak-buak. Dan ditakdirkan Allah juga setiap kali saya kena tohmahan kerana pakai tudung ni, ada orang lain (yg bukan Islam juga) membantu menenangkan diri saya supaya jangan marah & bersabar. You're awesome mate, o yea~ (Sila baca dlm accent Aussie, kahkahkah)...

So disini saya ingin menegaskan, bahawa saya memakai tudung kerana Allah, kerana saya sendiri ingin memakai tudung. Bukan kerana parents suruh, bukan kerana peraturan sekolah, malahan mak ayah saya tak pernah paksa saya pakai tudung. Mak saya pun start pakai tudung when she was 30 something, sama dgn auntie-auntie saya yg lain, jadi saya nak cakap kat sini tak pernah ada had umur untuk mula memakai tudung. Saya tak cakap yg saya tutup aurat dgn sempurna. Saya tak cakap yg perangai saya perfect kerana saya memakai tudung. Saya juga tidak pernah berkata yg semua perempuan bertudung mempunyai perangai yg lebih mulia. TIDAK SAMA SEKALI. Kerana itulah jangan terkejut jika melihat dalam berita perempuan-perempuan bertudung ditahan melakukan perkara yg tidak baik/maksiat. Walaupun saya bertudung, sebagai manusia biasa, saya tidak lari daripada melakukan kesilapan, tp dari hari ke hari, saya cuba perbaiki diri menjadi seorang muslimah yg lebih baik. Kerana memakai tudung menuntut seseorang itu menjadi seorang muslimah yg sempurna dan taat pada perintah Allah...


Kawan-kawan, apabila hidayah untuk memakai tudung sampai, jangan tolak jauh-jauh hidayah tu, fikirkan kewajiban menunaikan menutup aurat yg diperintahkan Allah ini seperti yg tertulis dalam surah an Nur ayat 31;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka....."

Jadi sama-samalah kita berdoa semoga kita sentiasa dalam limpah kurnia-Nya. Buatlah sesuatu kerana Allah, itulah yg terbaik untuk kita. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah kearah kita. Malah dalam usaha untuk melakukan perintah Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Semoga beroleh manfaat daripada entri ini, sekian wassalam.

6 comments:

Cahaya Kekasih said...

salam.

thanks follow blog saya :)

tertarik dengan entry ni...saya juga ingin berkongsi pengalaman...


saya dulu pun tak pakai tudung...sekolah rendah pakai ikut2 kawan..naik sekolah menengah rasa cam x slesa ikut2 org je..x pakai da....kat luar la...sekolah pakai..walaupun sekolah convent....


sampai la tahun lepas, umur 23...dugaan hidup banyak...tapi kejayaan pun banyak juga...sesekali saya keluar pakai tudung...saje test2...ada rasa 1 fine day nanti nak pakai terus..tapi xtau bila....sebab saya taknak pakai kosong je...nak dari hati...nak bersihkan hati dulu...

masa saya mula rapat dengan tunang saya....bulan puasa tahun lepas...dengar dia tadarus hari2...dengar dia nak away pegi solat jap masa tgh chat....saya cam malu pada diri sendiri...perlahan2 saya pun buat juga...bukan sebab dia..tapi saya sendiri nak buat...lepas dia lamar saya ...dua bulan pas tu...saya tibe2 rasa nak pakai tudung...walaupun orang mungkin fikir saya pakai tudung sebab dia...sebab family dia...[mak saya pun penah cakap..jangan kalau tak jadik dgn dia ni...x pakai dah tudung tu...]..tapi tak...saya pakai bukan dia yang suruh...walaupun dia memang tahu niat saya nak pakai nanti...tapi dia pun terkejut perkara tu jadi dgn sangat cepat...ye la kan..bila hidayah tu datang...kita memang rasa tak boleh nak tunggu nanti2....


alhamdulillah...sampai skrg saya masih kekal begini....saya ngaku saya tak sempurna....tapi kalau tak cuba..mana nak ada hasil kan? hehe..

panjang plak komen....semoga hidayah tu kekal dalam hati kita :)

Cikli said...

jawapan dayah tu cool sangat. awesome mate..o yea

Wahida Shukeri said...

:)

~Kmar~ said...

@Cahaya Kekasih - alhamdulillah atas hidayah yg dilimpahkan kpd kita. moga kita terus kekal dgn tudung, insyaAllah. I like your comment, walaupun pnjg tp sgt bermakna, thnx for sharing your experience ;) God bless~

@Cikli - Dayah yg jwb sbb saya terkedu :D Dayah mmg an awesome mate :D

@Wahida Shukeri - :)

choclairissa @ intan said...

bagus entry ni kmar..yerp..at least kite berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari..dan semuanya kerana Allah..usia pun bukan makin muda kan? :)

~Kmar~ said...

choclairissa @ intan - yup usia makin bertambah, bukan berkurang, kalau tak berubah awal2, takut tak smpt, sbb maut dtg menjelma bukan apabila kita tua sahaja... moga kita sentiasa dlm rahmatNya