Pages

Tuesday, May 31, 2011

Resepi Chocolate Chip Cookies















Gambar ihsan Diyanazman

Bahan-bahan:
1 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor

1/2 cawan gula perang

2-3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil cream of tartar

2 sudu besar susu penuh krim

2 biji kuning telur

1-2 cawan chocolate chip

3/4 cawan badam (optional)

2-3 sudu serbuk koko (optional)
1 sudu kecil esen vanila

Secubit garam


Cara-cara:

Pukul mentega bersama gula kastor, gula perang & garam sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan kacau. Masukkan kuning telur satu persatu dan kacau hingga sebati. Masukkan susu penuh krim dan kacau hingga sebati. Campur sedikit demi sedikit tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk koko, serbuk penaik & cream of tartar, dan adun sehingga menjadi doh. Campurkan chocolate chip & badam ke dalam doh & gaul hingga rata. Biarkan seketika. Buat bentuk (mengikut citarasa sendiri) menggunakan tangan atau sudu. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 150 darjah celcius.


Selamat mencuba. (^_^)Y

2 comments:

eidA said...

hi..I nk try..pinjam resepi ya..;)

~Kmar~ said...

Yup. Sila sila. Jangan lupa baca bismillah & masak dengan penuh kasih sayang. ;)