Pages

Monday, May 30, 2011

Flu & Selsema... Jangan Ambil Mudah...

Image from here

Dua minggu yang lalu, saya telah dijangkiti selsema daripada anak saudara saya, Ammar yang berusia 11 bulan. Ammar sembuh 2-3 hari selepas itu kerana dia masih menyusu badan dan antibodinya lebih kuat. Saya mengambil masa lebih 2 minggu untuk pulih sepenuhnya (sebab saya dah tua...).

Biasanya bila kena selsema saya lawan masa peringkat awal, makan ubat selsema supaya sembuh dalam masa 2 hari. Oleh kerana saya sedang bercuti panjang di rumah, saya tiada bekalan ubat. Jadi saya tidak mengambil sebarang ubat ketika itu.

Selepas selsema, datang batuk. Sleepless nights as usual. Tekak gatal. Dua tiga hari lepas tu saya kena sakit mata. Saya pergi juga klinik jumpa doktor. Bila jumpa doktor dia cek tekak saya macam jangkitan selsema sudah melarat sampai ke anak tekak dan sekitarnya. So dia bagi saya antibiotik untuk melawannya.

Keesokan harinya bila saya bangun tidur, saya rasa macam telinga sebelah kanan saya bengang. Lepas tu jadi macam tak boleh dengar clear macam biasa. Saya fikir mungkin sehari dua benda tu akan hilang. Namun setelah 3 hari telinga kanan jadi ala-ala separa 'pekak', saya jumpa doktor sekali lagi. Masa tu doktor cek telinga saya dan cakap gegendang telinga saya telah dijangkiti kuman. Doktor cakap gegendang telinga normal kelihatan seperti buah rambai yang masak ranum tetapi gegendang telinga saya dah jadi macam buah delima yang masak. Hoho. Doktor cakap gegendang telinga saya masih ok, belum pecah, jadi saya tak perlu risau, cuma perlu ambil antiobiotik dan pastikan selsema saya sembuh. So saya pun meneruskan kehidupan selama seminggu lebih, dengan deria pendengaran yg berkurang sehingga ke tahap 40%. -_-

Saya habiskan masa lepak di rumah je masa telinga saya bermasalah sebab kalau keluar saya macam merapu-rapu dengar bunyi yang tak sepatutnya dengar dan bunyi orang cakap dengan saya, saya tak berapa dengar pula. Redha sungguh masa tu. Waktu tu memang baru rasa nak hargai nikmat pendengaran yg selama ni Allah kasi, masa Allah tarik kejap, rasa teruk sangat diri ini sebab tak pernah nak guna nikmat mendengar betul-betul.

Setelah 10 hari mengalami masalah deria pendengaran, akhirnya telinga kanan saya semakin pulih, alhamdulillah. Dalam kes ni, telinga saya tidak mengambil masa sekejap untuk sembuh, tapi sangat perlahan dan beransur-ansur. Saya sangat bersyukur kerana gegendang telinga saya kembali sihat dan tidak pecah. Pendengaran saya kembali normal dalam masa 14 hari dan saya gembira kerana nikmat mendengar saya telah pulih.

Memang sangat mengagumkan kerana gegendang telinga kita yang nampak sangat fragile, rupanya dicipta oleh Allah dengan sangat teliti supaya tidak mudah pecah. Itu adalah satu tanda kebesaran Allah jika kita (terutamanya saya yg kena ni lah) buka minda kita untuk berfikir tentang kekuasaan Allah. Betapa Allah telah mencipta setiap inci dalam tubuh badan kita dengan teliti tanpa sebarang cacat cela. Jadi marilah kita bersyukur dengan segala nikmat deria yang Allah kurniakan. Dan marilah menggunakannya ke jalan yg diredhai Allah. Jangan sampai kita sakit baru kita teringat akan nikmat-nikmat pemberian Allah yg sangat berharga ini (sambil tampar diri sendiri). Dan ingat, apabila kena demam selsema, ubati nya pada peringkat awal untuk mengelakkan kesan yg lebih teruk di kemudian hari. Sekian wassalam...

0 comments: