Pages

Monday, August 16, 2010

Islam Itu Bukan Hanya Pada Nama

Semalam semasa chatting dengan kawan saya di Yahoo Messenger, dia forward kepada saya 1 gambar (gambar di bawah, klik link di bawahnya untuk view yg lebih jelas), saya membaca satu persatu status & feedback orang itu & kawan-kawannya di Facebook. Saya sangat terkejut & mengucap panjang. Saya terkesima kerana di sekeliling saya belum pernah ada orang seteruk itu. Sepanjang saya hidup hingga ke hari ini, pelbagai jenis kawan saya jumpa. Daripada yang sealim-alim manusia yang tidak henti-henti zikir di mulutnya sehinggalah kepada yang setiap malam pergi club malam untuk meneguk berbotol-botol arak tanpa sebarang kekesalan. Dari kecil lagi saya diajar oleh ibubapa untuk berkawan dengan semua orang & mengikuti apa yang baik sahaja daripada mereka, kerana itulah anda boleh lihat sahabat-sahabat saya datang daripada pelbagai jenis, namun saya masih seperti ini, sebagaimana saya sejak dulu lagi. Tapi sepanjang saya hidup, belum pernah saya bertemu sahabat yg mempermain-mainkan hukum agama, yang mengatakan Tuhan tidak wujud, yang mempersoalkan kenapa kita kena sembahyang/puasa/zakat dan lain-lain. Seteruk-teruk kawan saya yg suka minum arak & kaki perempuan/berzina, mereka tidak pernah mempersoalkan hukum hakam agama bahkan mengetahui apa yang mereka lakukan itu salah. Sangat besar perbezaannya dengan golongan dalam gambar Facebook ini.



Klik sini untuk gambar lebih jelas

Menurut orang-orang yang melihat kata-kata mereka dalam gambar Facebook ini, golongan ini sudah boleh dikatakan murtad, atau orang kafir. Saya tak tahu sebab ilmu agama saya tidak sebanyak kamu semua, dan saya melihat sahaja, biarlah Allah sahaja yg menilai, kerana Dia la sebaik-baik penilai. Sedih kerana wujudnya golongan sebegini, yang ketika kecil dihantar belajar agama sejak sekolah tadika(seawal umur 6 tahun), dan subjek Pendidikan Islam tidak pernah dialihkan daripada silibus pendidikan Malaysia, sehingga ke Tingkatan Enam sekalipun. Golongan yang nampak depan mata ibubapa, adik-beradik, saudara mara, jiran-jiran & kawan-kawan mereka sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain. Golongan yang setiap hari menonton televisyen, yang mana boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rancangan keagamaan disiarkan di televisyen. Golongan yang boleh mendengar laungan azan 5 kali sehari. Golongan yang setiap hari dilimpahkan rezeki melimpah ruah untuk makan makanan sedap berbanding orang miskin yang beriman yang mencari sesuap nasi dengan hanya mengutip tin kosong daripada tempat pembuangan sampah. Tapi mereka masih tidak mengerti tentang kebenaran Islam, adanya Allah Yang Esa, malah meragui semuanya. Hati mereka tertutup dan mereka betul-betul sudah terpesong.

Melihat kewujudan golongan ini, membuatkan saya bersyukur kerana saya dilimpahkan rahmat & kasih sayang Allah, kerana Allah hanya akan memberi hidayah & petunjuk kepada hamba-Nya yang terpilih. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang mengajar saya apa itu kebenaran & kesesatan, keluarga yang menegur apabila saya melewat-lewatkan solat, yang memerli apabila saya membuka tudung ataupun memakai baju ketat/jarang yang menampakkan susuk badan, keluarga yg menjaga pergaulan saya dimana setiap kali saya keluar rumah saya dipastikan pulang sebelum pukul 7 malam(kecuali perkara emergency), keluarga yang mengajar saya membaca & memahami Al-Quran sejak kecil. Juga saudara mara dan sahabat-sahabat daripada kecil hingga dewasa yang membantu saya lebih memahami & mendalami Islam. Kehadiran mereka semua merupakan rahmat & anugerah daripada Allah, yang memelihara iman saya dan menjaga saya daripada perbuatan-perbuatan yang dilaknat Allah.

Kepada golongan dalam gambar Facebook tersebut, tiada apa yang mampu saya katakan, kecuali mendoakan mereka semua diberi petunjuk & hidayah daripada Allah SWT untuk kembali ke jalan yang benar. Ingatlah bahawa dosa mensyirikkan Allah adalah dosa besar yang tidak akan diampuni Allah. Allah yang memegang hati semua manusia, semoga Allah membuka hati mereka ke jalan kebenaran. Gunakan peluang yang diberikan oleh Allah dan jangan sekali-kali siakannya. Dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. Sekian, wassalam.

Friday, August 6, 2010

Cupcakes of ♥


Love. Miss. Kisses. Hugs.

Because you and me, forever