Pages

Sunday, April 25, 2010

Kenapa Saya ‘Don’t Judge A Book By Its Cover’

Maaf sebab tajuk saya campur Melayu-English. Bukan nak rojakkan atau rosakkan bahasa tapi tidak tahu nak letak perkataan apa paling sesuai di situ dalam bahasa melayu. Berbalik kepada erti tajuk saya itu, saya tahu semua orang pun faham apakah maksud tersurat dan tersirat yang saya maksudkan. Ada beberapa situasi dan pengalaman hidup yang menyebabkan dan mengajar saya untuk tidak memandang orang dari segi luaran sahaja. Kerana itulah dalam sesebuah persahabatan dan perhubungan, perkara pertama yang saya nilai adalah hati. Bukan pakaian atau kata-kata yang dikeluarkannya mahupun blog nya yang kelihatan sungguh baik. Saya tidak berniat untuk menuduh atau memburukkan sesiapa atau mana-mana pihak disini, tetapi apa yang saya tulis di bawah ini adalah tulus dari hati saya berdasarkan pengalaman hidup saya yang saya lalui sehingga ke hari ini.Saya pernah mempunyai sahabat yang menutup aurat lebih bagus daripada saya. Namun apabila saya ingin meminta tolong, ayatnya adalah "Tengok lah dulu kalau rasa nak tolong". Bayangkan perasaan saya (ketika itu saya sedang meminta tolong berkaitan nota kuliah). Jadi saya terus meminta tolong daripada sahabat saya yang lain, yang tanpa rasa susah payah terus membantu saya.

Saya pernah mempunyai sahabat yang kelihatan sangat baik, mendengar lagu-lagu nasyid, anak yang taat pada ibu bapa, rajin dan pandai. Tetapi apabila saya menyertai perbincangan study group nya dan menyuarakan pendapat tentang pelajaran, dia memandang saya sebelah mata sahaja seolah-olah jawapan saya beri itu tiada maknanya. Mungkin saya tidak sebijak dia dalam pelajaran tapi sekurang-kurangnya terimalah pendapat saya ataupun betulkanlah saya andainya saya salah, bukannya memandang saya seolah-olah saya tunggul kayu disitu.

Saya pernah mempunyai sahabat yang bertudung labuh, baik, selalu menolong orang. Namun suatu ketika, dia menuduh saya gatal dan malas belajar. Saya terkedu dan tidak terkata apa-apa lalu saya tidak lagi bercakap dengannya seperti sebelumnya, kerana saya kecewa dengan kata-kata kesatnya.

Saya pernah mempunyai sahabat lelaki yang kata orang alim (tapi bagi saya tidak). Wallpapernya islamik, juga blog dan facebooknya. Tapi setiap kali berbual dengan saya, dia selalu menyakitkan hati saya. Menuduh saya yang bukan-bukan, mengutuk saya kerana tidak kaya, mencaci saya kerana semua kekurangan saya, dan yang sewaktu dengannya. Rasa hormat saya pada dia hilang dan walaupun di mata orang lain dia sempurna, apa yang dia lakukan terhadap saya cukup untuk buat hati saya terluka, kerana itu lah saya memutuskan untuk membina jurang antaranya, supaya saya tidak perlu lagi mendengar caciannya terhadap saya dan saya tidak perlu lagi kecil hati.

Saya pernah mempunyai sahabat warak dan kahwin awal, yang memutuskan persahabatan dengan saya setelah dia ada salah faham tentang ayat gurauan yang pernah saya tujukan bukan padanya. Saya ada meminta maaf atas kesalahan saya sekiranya ada tapi dia terus menyombongkan diri seolah-olah tidak mengenali saya. Namun saya tidak sedih sebab saya masih ada ramai kawan yang sayangkan saya.

Saya juga pernah mempunyai sahabat yang ibu bapanya warak, tapi tergamak dia merampas kebahagiaan dan mengecewakan orang lain begitu sahaja. Sudah hilang rasa hormat saya padanya kerana bagi saya jika dia benar-benar seorang islam, dia tahu bahawa melukakan hati orang lain adalah salah dan tidak bagus walaupun secara tidak langsung. Kerana untuk kita menjaga hubungan kita dengan Allah, kita perlu menjaga hubungan dengan hamba-hamba-Nya yang lain juga. Bukan menjaga hubungan dengan Allah semata-mata dan melupakan tanggungjawab terhadap makhluk-makhluk-Nya yang lain.

Saya rasa sudah cukup untuk saya dedahkan dan bercerita kenapa saya tidak judge seseorang itu daripada kata-katanya, ataupun pakaiannya, mahupun asal usul ataupun keimanan ibubapanya. Tidak dinafikan semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tiada seorang pun yang sempurna, namun kita disarankan untuk menonjolkan kelebihan kita bukan kekurangan kita. Kerana apabila kekurangan kita terutamanya dari segi perangai terserlah, tertutuplah semua kelebihan yang kita ada, kerana ketidakpandaian kita menyorokkannya. Jaga hati, jaga lidah, jaga adab, kerana Allah dan orang lain tidak menilai dari segi luaran sahaja, dan kecantikan dalaman adalah lebih penting daripada segala-galanya.

Tuesday, April 13, 2010

Saya Yang Selalu Alpa

Saya selalu komplen, penatnya berjalan jauh nak pergi kelas or kerja, sampai peluh-peluh, sampai tak larat

Tiba-tiba saya jumpa orang yang kudung, berjalan kena pakai tongkat dipegang dengan tangannya

Lalu saya terdiam dan bersyukur sebab Allah bagi saya sepasang kaki yang tiada cacat celanya untuk saya berjalan dan berlari


Saya bermasam muka bila saya tiada nasi untuk dimakan, terpaksa makan roti dengan jem, gara-gara malas keluar ke kedai untuk beli beras mahupun nasi

Tiba-tiba saya tengok dalam tv, ada keluarga yang nak makan roti pun susah, apatah lagi nasi yang sedap, sebab mereka tidak mampu untuk semua itu sehingga mereka hamper kebuluran

Lalu saya tergamam dan bersyukur sebab Allah masih bagi saya rezeki untuk saya makan makanan-makanan lazat dengan penuh nikmat


Saya merungut, dan saya cemburu tengok orang lain yang banyak duit, tahap beli Mercedes macam beli aiskrim Sundae Cone McDonalds

Tapi bila saya jumpa orang yang lagi tidak berduit daripada saya, yang nak beli makanan pun susah

Saya senyap dan bersyukur sebab Allah bagi saya rezeki yang melimpah-limpah untuk makan makanan best dan beli baju kasut yang cantik


Saya mengomel-ngomel bila mak ayah saya marah saya sebab saya malas dan tak siapkan kerja

Tiba-tiba saya terpandang kanak-kanak yatim piatu yang sudah kehilangan ibubapa sejak kecil lagi

Lalu saya terpegun dan bersyukur kerana sampai umur saya sekarang 24 tahun, Allah masih mengurniakan saya ibubapa yang penyayang yang sentiasa kasihkan dan berada disisi saya


Saya ingat lagi bila ada pencuri masuk rumah saya dan curi semua barang saya termasuklah laptop, camera, passport dan sebagainya

Saya sedih menangis-nangis cakap kenapa la hidup saya jadi macam tu

Tiba-tiba saya dapat berita kawan saya kehilangan ibubapanya dalam sekelip mata

Lalu saya sedar dan bersyukur kerana Allah takdirkan saya untuk hilang cuma barang-barang bukannya orang-orang tersayang

Sebab lama-lama, kita tidak akan ingatpun barang-barang yang kita pernah hilang, tapi kalau kita kehilangan seseorang yang kita sayang, kehilangan itu kita akan rasa selama-lamanya


Banyak benda saya bising dan mengomen

Namun Allah takdirkan saya berjumpa dengan orang dan keadaan yang lebih teruk

Sebab Allah sayangkan saya dan Dia mahu saya mengerti betapa banyaknya nikmat Dia bagi kepada saya

Kerana kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya

Dan tiada satu makhluk pun di muka bumi ini mampu menyayangi sebagaimana Allah sayangkan saya