Pages

Friday, October 29, 2010

Kek Coklat Lembap

















Saya dah try beberapa resepi kek coklat, tapi saya paling suka yg ini sebab rasanya tidak terlalu pahit seperti kek coklat lain.

Bahan-bahan untuk kek:

2 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak @ mentega/marjerin yang dicairkan
1 cawan serbuk koko*
1 cawan Milo*
1 cawan susu pekat manis
4 biji telur
1 cawan air panas
Sedikit esen vanila (optional)

* perlu diayak terlebih dahulu

Cara-cara (Kek):

Pecahkan telur dalam bekas berasingan & pukul sehingga kembang. Masukkan minyak masak dalam bekas lain. Tambahkan gula ke dalam minyak & gaulkan sehingga sebati. Masukkan susu pekat manis & telur yang telah dipukul. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak. Tambah esen vanila (jika mahu). Masukkan air panas. Gaul sehingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan(8") yang telah disapu mentega/marjerin ataupun dialas dengan kertas minyak. Kukus dalam periuk kukus selama ~1 jam atau sehingga kek masak (Anda juga boleh masukkan ke dalam oven pada 170 darjah celcius selama ~40 minit).

Bahan-bahan untuk topping:

Setengah cawan susu pekat manis
1 sudu mentega/marjerin
2-3 sudu serbuk koko

Cara-cara (Topping):

Campurkan semua bahan ke dalam periuk yang diletakkan di atas api kecil-sederhana (kalau boleh gunakan teknik double boil). Gaul sehingga sebati.

Apabila kek sudah masak, sejukkan sebelum anda menghiasnya dengan topping.

Ada beberapa perkara anda kena tahu, untuk menghasilkan kek yang terbaik:

1. Pukul telur sehingga kembang adalah penting untuk menghasilkan kek yang gebu
2. Gunakan api yang tidak terlalu kuat semasa mengukus kek. Api yang kuat menyebabkan kek merekah.
3. Sila ayak bahan-bahan yang perlu diayak. Pastikan semua digaul sebati & tidak berketul-ketul.
4. Sila gunakan whisk untuk resepi ini. Jangan guna mixer untuk mengelakkan kek jadi terlalu kembang/naik.
5. Untuk buat kek coklat lembap, sebaiknya dikukus daripada menggunakan oven. Kerana air kukus lah yang akan melembapkan kek ini.

*Gambar daripada Google Image. Tak sempat nak ambil gambar kek yang saya buat sebab lepas siap sebiji kek tu dah masuk dalam perut anak-anak saudara saya -_-

Sekian. Selamat mencuba!

4 comments:

syarina azreen said...

wow!rase macam nak cube la!
thanks for sharing!=P

ihsan_huhu said...

fuh rajin

Wahida Shukeri said...

bestnye...nk buat, tapi xreti..bila la nak pandai ni..

yana.izzati said...

kek coklat memang sedap..terbaik!! :)