Pages

Friday, September 3, 2010

Chocolate Crunch









Juga dikenali sebagai biskut CHOCOLATE CORNFLAKES ataupun biskut CORNFLAKES COKLAT

Bahan-bahan:

200g coklat masakan

1 sudu mentega/marjerin

1.5 cawan cornflakes

Gula warna warni (untuk hiasan)

Cawan kertas (kecil)

Cara membuatnya:

  1. Hancurkan cornflakes dalam 1 bekas (untuk memudahkan proses memasukkan ke dalam cawan kertas).
  2. Cairkan coklat masakan bersama mentega/marjerin di atas dapur masakan. Gunakan teknik double boil. (Kepada pembaca yang tidak tahu apa itu teknik double boil, boleh tengok entri Kak Hanieliza's fotopages kat sini)
  3. Setelah coklat cair, angkat dan tuangkan ke dalam bekas berisi cornflakes yang sudah dihancurkan tadi.
  4. Gaulkan coklat dan cornflakes hingga rata, kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
  5. Hiaskan dengan gula warna-warni dan biarkan sehingga coklat & cornflakes mengeras dan melekat dengan elok sebelum menyimpannya ke dalam bekas biskut raya.

Mudah sahaja kan? Buat apa membuang duit membeli biskut raya jika anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Biskut ini mengambil masa yang sedikit sahaja untuk siap (dalam 15-20 minit).

Selamat mencuba! (^_^)

Untuk resepi biskut/kuih raya yang lain di blog saya, saya sertakan link di bawah. Sila tekan nama biskut/kuih untuk pergi ke link resepinya.

  1. Cornflakes madu
  2. Biskut Dahlia & Biskut Sarang Semut
  3. Kek Mentega/Buttercake
  4. Popia Nestum

8 comments:

wahida said...

wah..mcm best n senang je..tp x berani nak buat..takot fail lagi...huhu....double boil tu camne kma??

~Kmar~ said...

wahida: try tengok sini :) http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1680635

ihsan_huhu said...

buat je. fail ke pos je kt aku

Arni Yusnita Ahmad said...

wahhh u suka kueh nih ;D

thecuriousmind said...

Wahh thanks for the idea. Biskut ni akan stay in shape tak? i.e. tak pecah2?

Tak payah bake masuk oven eh?

~Kmar~ said...

ihsan: ko mmg majlis perbandaran, keh3

arni: kuih ni mmg disukai oleh penggemar coklat ;)

thecuriousmind: biskut ni tak payah masuk oven. dan tidak akan pecah2 sekiranya ratio cornflakes:coklat nya pd kadar optimum. so make sure ratio coklat:cornflakes nya pd kadar yg telah dinasihatkan :)

anire said...

nak try gak lah! hehe thanks for sharing! :)

Miss Aida said...

Looks yummy. Selamat hari raya!