Pages

Sunday, April 25, 2010

Kenapa Saya ‘Don’t Judge A Book By Its Cover’

Maaf sebab tajuk saya campur Melayu-English. Bukan nak rojakkan atau rosakkan bahasa tapi tidak tahu nak letak perkataan apa paling sesuai di situ dalam bahasa melayu. Berbalik kepada erti tajuk saya itu, saya tahu semua orang pun faham apakah maksud tersurat dan tersirat yang saya maksudkan. Ada beberapa situasi dan pengalaman hidup yang menyebabkan dan mengajar saya untuk tidak memandang orang dari segi luaran sahaja. Kerana itulah dalam sesebuah persahabatan dan perhubungan, perkara pertama yang saya nilai adalah hati. Bukan pakaian atau kata-kata yang dikeluarkannya mahupun blog nya yang kelihatan sungguh baik. Saya tidak berniat untuk menuduh atau memburukkan sesiapa atau mana-mana pihak disini, tetapi apa yang saya tulis di bawah ini adalah tulus dari hati saya berdasarkan pengalaman hidup saya yang saya lalui sehingga ke hari ini.Saya pernah mempunyai sahabat yang menutup aurat lebih bagus daripada saya. Namun apabila saya ingin meminta tolong, ayatnya adalah "Tengok lah dulu kalau rasa nak tolong". Bayangkan perasaan saya (ketika itu saya sedang meminta tolong berkaitan nota kuliah). Jadi saya terus meminta tolong daripada sahabat saya yang lain, yang tanpa rasa susah payah terus membantu saya.

Saya pernah mempunyai sahabat yang kelihatan sangat baik, mendengar lagu-lagu nasyid, anak yang taat pada ibu bapa, rajin dan pandai. Tetapi apabila saya menyertai perbincangan study group nya dan menyuarakan pendapat tentang pelajaran, dia memandang saya sebelah mata sahaja seolah-olah jawapan saya beri itu tiada maknanya. Mungkin saya tidak sebijak dia dalam pelajaran tapi sekurang-kurangnya terimalah pendapat saya ataupun betulkanlah saya andainya saya salah, bukannya memandang saya seolah-olah saya tunggul kayu disitu.

Saya pernah mempunyai sahabat yang bertudung labuh, baik, selalu menolong orang. Namun suatu ketika, dia menuduh saya gatal dan malas belajar. Saya terkedu dan tidak terkata apa-apa lalu saya tidak lagi bercakap dengannya seperti sebelumnya, kerana saya kecewa dengan kata-kata kesatnya.

Saya pernah mempunyai sahabat lelaki yang kata orang alim (tapi bagi saya tidak). Wallpapernya islamik, juga blog dan facebooknya. Tapi setiap kali berbual dengan saya, dia selalu menyakitkan hati saya. Menuduh saya yang bukan-bukan, mengutuk saya kerana tidak kaya, mencaci saya kerana semua kekurangan saya, dan yang sewaktu dengannya. Rasa hormat saya pada dia hilang dan walaupun di mata orang lain dia sempurna, apa yang dia lakukan terhadap saya cukup untuk buat hati saya terluka, kerana itu lah saya memutuskan untuk membina jurang antaranya, supaya saya tidak perlu lagi mendengar caciannya terhadap saya dan saya tidak perlu lagi kecil hati.

Saya pernah mempunyai sahabat warak dan kahwin awal, yang memutuskan persahabatan dengan saya setelah dia ada salah faham tentang ayat gurauan yang pernah saya tujukan bukan padanya. Saya ada meminta maaf atas kesalahan saya sekiranya ada tapi dia terus menyombongkan diri seolah-olah tidak mengenali saya. Namun saya tidak sedih sebab saya masih ada ramai kawan yang sayangkan saya.

Saya juga pernah mempunyai sahabat yang ibu bapanya warak, tapi tergamak dia merampas kebahagiaan dan mengecewakan orang lain begitu sahaja. Sudah hilang rasa hormat saya padanya kerana bagi saya jika dia benar-benar seorang islam, dia tahu bahawa melukakan hati orang lain adalah salah dan tidak bagus walaupun secara tidak langsung. Kerana untuk kita menjaga hubungan kita dengan Allah, kita perlu menjaga hubungan dengan hamba-hamba-Nya yang lain juga. Bukan menjaga hubungan dengan Allah semata-mata dan melupakan tanggungjawab terhadap makhluk-makhluk-Nya yang lain.

Saya rasa sudah cukup untuk saya dedahkan dan bercerita kenapa saya tidak judge seseorang itu daripada kata-katanya, ataupun pakaiannya, mahupun asal usul ataupun keimanan ibubapanya. Tidak dinafikan semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tiada seorang pun yang sempurna, namun kita disarankan untuk menonjolkan kelebihan kita bukan kekurangan kita. Kerana apabila kekurangan kita terutamanya dari segi perangai terserlah, tertutuplah semua kelebihan yang kita ada, kerana ketidakpandaian kita menyorokkannya. Jaga hati, jaga lidah, jaga adab, kerana Allah dan orang lain tidak menilai dari segi luaran sahaja, dan kecantikan dalaman adalah lebih penting daripada segala-galanya.

9 comments:

Fikri Saleh said...

I agree 100%. Keep up the good work!

mYpRecious said...

saya juga pernah mempunyai teman sebilik yg alim dan warak.. sentiasa menutup aurat, menjaga solat. dan kadang2 pernah menegur saya kerana lambat solat. Tapi rupanya di sebalik luaran yg menutup dirinya, dia sanggup mencuri duit saya di dalam akaun bank saya sebnyak RM1000. Dia curi kad atm saya sewaktu saya tido. sanggup dia buat begitu pada seorang kawan. sedangkan dia tahu saya bukanlah org senang.. =(

ihsan_huhu said...

selambe je kawan ko tuh kate ko gatal dan malas belajar.

ko gatal je tp rajin belajar, kan2? ish2 mmg xpatut.

kes kes kes lek2 je r

Miss Rouge said...

itu lah kan kadang2 saya pun cam frust kenapa orang yang selalu nampak baik ni hatinya kadang-kadang busuk. kata tak solat n mengaji, rajin sangat. moga Allah bukakan hati mereka (dengan semua amalan yang diorang buat) supaya hati kurang busuk sket. Sabar ye kmar :).

wahidakhairy said...

kema, sabar yea...biasa la orang ni macam2 raagm...jika kita punyai hati yang bijak, insyaAllah semua tu akan gone camtu jea...at least ape yg kita experience ni mngajar kita untk menjadi positif dan satu lagi mengingati kita untk tidak menjadi seperti mereka2 itu ok..

Miss Aida said...

So true.

Guard your words, because it by your words that people will judge you by, I suppose.

Cik Kmar said...

frix: thnx frix. where's your blog, deleted already? FYI, i'm one of your blog followers (when it was 'on air') :-)

myprecious: bertudung labuh tapi mencuri sampai RM1000. memalukan golongan bertudung labuh sahaja tu. sabar ye, dugaan Allah tu. ada balasan untuk dia nnt.

ihsan_huhu: agaknya betul la apa dia kata tu, aku gatal & malas belajar. haha. tp aku dah tak gatal dah weh, cuma malas belajar tu 90% betul la :-p

missrouge: pdhl amalan2 agama tu patutnya melahirkan insan yg lebih baik kan. hairan kenapa boleh jd begitu. hanya Allah yang layak menilai. :-)

wahidakhairy: saya tgk perangai dieorg, saya doa supaya saya, keluarga & kwn2 saya dijauhkan drp sifat2 mazmumah tu. insyaAllah. yg penting doa pd Allah dan think positive. :-)

miss aida: yes. definitely. guard your words, because it is the first thing people judge you with, not by your appearance or something else. ;-)

FarHa said...

=)

Fikri Saleh said...

That drivel? X tau lak ade org follow..merepek jek sbb cam xde idea hehe. Tgk la kalo hidup balik, I'll tell you. BTW keep up the good work, I don't usually come here, I subscribe to your blog through RSS. With posts like this maybe I'll come back for more :)