Pages

Monday, March 15, 2010

Mari Berkongsi Petua Kecantikan

Tidak. Entri ini bukan untuk saya berkongsi petua yang saya tahu dengan anda. Tapi anda, ye, anda, berkongsilah dengan saya.

Mana-mana petua yang anda ada, tradisional or moden, dan mana-mana produk yang berkesan untuk kecantikan bersama, marilah share di sini.

Jika anda tahu petua & produk yang bagus & berkesan untuk MENGHILANGKAN JERAWAT, MENGHILANGKAN PARUT, MELEMBUTKAN & MENGHALUSKAN KULIT, MEMUTIHKAN & MENCERAHKAN KULIT, MENGURUSKAN & MENYIHATKAN BADAN, MENGELAKKAN PERUT BUNCIT dan sebagainya, sila kongsikan dengan saya. Tulis dalam komen please. Hehehe.

Nanti saya buat 1 entri special mengenai apa yang anda kongsikan itu dan saya akan quote nama anda. Mana-mana petua yang saya berkenan, saya akan amalkan. :-D

Sekian terima kasih.

8 comments:

Miss Rouge said...

hehe wah2 kmar. bagus ni me kita compile kan petua2 same2.

utk hilangkan parut - gunalah mederma! sangat cepat dan effective.

nak kempiskan perut - try buat pilates! memang mantap la tegang je perut lepas tu

untuk rambut cantik dan sihat, basuh rambut pada waktu malam, lepas tu air dry - takyah sikat - mlm tu. bangun esok pagi rambut mesti rasa sihat, lembut dan beralun dengan naturalnya hehehhh

Cik Kmar said...

mederma? serius (tgk i dh tpengaruh dgn iklan u haha)

pilates? sakit la perut i yg blemak2 ni ROFL

yg rmbut tu i suke buat hehehehe

wahidakhairy said...

wah kmar..sgt berguna entry sebegini...nak contribute something jugak la...

PETUA LAMA-LAMA:

kalu nk kulit muka cerah, amik lemon, perah air dia, sapu kt muka...mmg terbukti cerah...pengalaman sendiri ni sbb dulu muka gelap sgt2...huhu...thank you lemon...

PETUA SIHAT

petua kecantikan yg paling berkesan adalah, seperti yg awak nasihatkan kita dulu,

MINUM AIR PUTIH SEBANYAK-BANYAK NYA....

BANYAKKAN AMIK BUAH DAN SAYUR DALAM PEMAKANAN SEHARIAN...

YANG BERJERAWAT plak, sangatlah di amalkan untuk cuci muka sekerap yg mungkin..lebih seBulan yg lalu, kita pun tension ngn jerawat even x byk, tapi lepas amalkan minum air n buah banyak2, n then cuci muka dgn kerap, mmg jerawat dah segan nak menjelma skrg...hihi..

HOPEFULLY BERGUNA...peace:)

~piNkylixiOuz~ said...

mau j0in jugak..+_-

petua elak perut buncit :
-elakkan makan bersulamkan air..makan,minum,makan,minum..(x el0k sgt)

petua rambut sihat :
-basuh hanya pada waktu malam n kalau boleh 2hari sekali.jgn terlalu kerap mencuci rambut c0z 6t rambut leh jadi kering.
-if nak rambut berbau harum+wangi, taburkan bedak atas bantal sebelum tido..rambut akan sentiasa berbau harum..( sy prefer bedak babyj0hns0n)..

selamat ya! ;)

ihsan_huhu said...

aku ade shortcourse pilates mggu dpn

wohoo~!

FarHa said...

hemm bgus nyee petua2 yg ada..

ni petua aboh sy.."kalo nak muka cantek berseri..selalu2 lah berwuduk..insya-allah...org tgk pon muka kite rberseri2..."

haha boleh ke petua tu??

NuU said...

jerawat:
try pakai nixoderm, cpat gile kering, murah plak tu hehe. tp kalau allergic ngan benzoyl peroxide jgn pakai, dan x elok pakai siang due to sun exposure, pakai before tido jek.

golden rule: dont make a habit of touching your face with unwashed hands. our fingers are several times dirtier than a toilet seat :D

parut:
mmg susah nk ilang, tp kalau ade duit lebih bole try laser or dermabrasion hehe.
skang mcm dh byk product over the counter yg claim ade microdermabrasion 'element' in their cleanser/exfoliator - tak sure plak abt their effectiveness.

best practice: use vitamin e on daily basis, a slow process but sikit2 lama2 jd bukit :D
a bit risky though utk yg kulit berminyak + berjerawat

body acne:
utk yg ade problem ni jgn pakai normal soap or body wash. try pakai lactacyd or ph5.5. my dermatologist once said kalau pakai dettol or any other harsh products nnt jd lagi teruk sbb natural skin 'protecter' will be stripped.

melembutkan kulit:
scrub once/twice a week, depends on skin type.
utk muka, st ives apricot scrub agak bagus.

ape2 pun before beli whatever products, better survey dulu kt forum or dgn kwn2.
my fave: makeupalley.com <--gi kt product reviews, macam2 ada ;)

sekian petua yg xseberapa dr saya :D

Cik Kmar said...

@~piNkylixiOuz~ thnx. yg psl minum air tu mmg btol. tp yg psl rmbut tu i xle ikut sbb i suke basuh rmbut everyday hahahaha. ok lame.

@farha yupp tu consider petua jgk. tp i tgh concentrate petua yg guna brg+apply directly to badan :-p


@NuU i dun recommend ppl to use chemical thingy to treat jerawat la. i x alergik tp since i love my skin i tend to use natural thing. for parut it depends on ppl skin. some need longer time to heal while others are not. me myself, i just let the parut to heal by themselves bcoz it is the best way to treat parut-bila dia hilg, mmg dia disappear btol2. but for parut yg mmg impossible nk hilg, pls use serum/oil/anything to heal la hehe