Pages

Wednesday, January 6, 2010

Pelajaran Hidup Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Walaupun sudah 6 Januari 2010 hari ini. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Membesar menjadi seorang perempuan yang berumur 25 tahun pada 2010 ini (atau 24 tahun 2 bulan secara lebih tepat), banyak pengalaman hidup yang saya pelajari. Secara langsung atau tidak langsung. Pengalaman-pengalaman hidup yang dilalui menjadikan saya seorang yang lebih matang, jika tidak secara fizikal pun, tetapi matang dari segi pemikiran. Seperti kata Prof yang mengajar saya, pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mari kita sama-sama lihat apa yang telah Cik Akmar pelajari sepanjang tahun lalu...

1. Saya belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Tidak untuk merungut atas apa yang saya tiada atau tidak mampu memiliki. Melihat keadaan orang-orang yang sakit dan papa sampai tahap tidak boleh makan, saya sedar saya sangat bertuah diberi nikmat yang banyak oleh Allah yang saya selalu lupa. Nikmat makan sedap-sedap, nikmat kasih sayang keluarga & kawan-kawan, nikmat peluang untuk menambah ilmu dan banyak lagi. Saya sangat bersyukur atas semuanya.


2. Saya belajar untuk menghargai orang di sekeliling saya, terutamanya orang-orang yang saya sayang. Kerana saya tidak tahu sampai bilakah mereka akan bersama saya atau sampai bilakah saya bersama mereka. Kehilangan ahli keluarga terdekat yang muda & sihat secara tiba-tiba benar-benar menyentap hati saya. Saya tidak mahu menyesal kerana tidak sempat mengucapkan kata-kata penuh kasih sayang buat mereka yang saya sangat kasihkan dalam hidup saya, iaitu mak, ayah, adik beradik, orang tersayang, kawan-kawan dan guru-guru, pensyarah-pensyarah saya.


3. Saya belajar untuk tidak membina kebahagiaan diri sendiri di atas airmata orang lain. Tidak untuk membahagiakan diri saya dengan keadaan orang lain mengalirkan airmata. Contohnya, melukakan hati seorang perempuan lain hanya kerana ingin membahagiakan hati sendiri. Kerana saya sedar betapa peritnya airmata itu. Saya mahu membina kebahagiaan dalam keadaan yang menggembirakan orang di sekeliling saya juga. Kerana sekali kita melukakan hati orang, Allah yang Maha Adil pasti akan memberi balasan setimpal. Dan balasan itu biasanya lebih 'dalam'. Saya tidak mahu perkara sebegitu terjadi kepada saya dan anda. Nau'zubillah.


4. Saya belajar bahawa duit bukan segalanya. Duit tidak akan sekali-kali mampu membeli kebahagiaan. Memang hidup kita memerlukan duit tapi kita tidak akan pernah bawa duit tu sampai ke kubur kita. Begitu juga dengan pangkat & harta lain. Yang kita bawa hanyalah amalan-amalan & ilmu-ilmu yang kita manfaatkan. Poor or rich, we'll end up the same place.


5. Saya belajar untuk tidak bersikap kurang ajar apabila orang meminta pertolongan daripada kita. Jika tidak mahu menolong, sekurang-kurangnya berkatalah "Insya-Allah saya akan cuba" atau "Saya akan cuba tapi tidak boleh janji", bukannya membuat lawak bodoh atas pertolongan yang diminta itu. Kerana kalau kita memberi harapan kepada orang lain, secara tidak langsung kita telah menceriakan harinya, walaupun secara tidak sengaja. Ingatlah bahawa apabila kita menolong orang lain, Allah akan menolong & mempermudahkan urusan kita nanti.


Inilah sedikit sebanyak yang dipelajari sepanjang 2009. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Sekian.

3 comments:

Nieta Abadiey said...

Tahniah! I suka penulisan u yg ni..yes,duit bkn sgalanya..kasih syg yg plg utama..bsyukurla dgn apa yg kte ade...

Iman Aisyah said...

Saya mahu membina kebahagiaan dalam keadaan yang menggembirakan orang di sekeliling saya juga.

saya juga:)

InsyaAllah..sempga dipermudahkan semuanya bagi kita ya:)

nice to know u:)

suka ore tganu(^_^)

Cik Kmar said...

nieta: thnx. bsyukur dgn apa yg ada :)

tasha: mntg2 nk kahwin ngn org trganu, suka org trganu ek. hehe. nnt walimah jgn lupa jemput. ;)