Pages

Sunday, January 31, 2010

Alasan-alasan untuk putus sahabat


Sungguh kecewa apabila orang yg anda berkawan dan menganggapnya kawan memutuskan persahabatan anda begitu sahaja. Berikut merupakan alasan-alasan kukuh untuk putus kawan (kononnya la);

1. Putus kawan sebab ada awek. Dalam kes ni, selama bertahun-tahun sebelum dia ada awek, bukan main lagi lepak-lepak dengan kita, sampai nak makan pun suruh satu geng teman. Bila dah ada awek je, terus tak ingat membe, konon nak jaga hati awek. Please ok, nonsense. Macam la kita nak mengorat dia kan. Kalau la ko break up dengan awek kau, siapa yg kau cari? Kawan juga kan!

2. Putus kawan sebab dah bertunang. Perkara ni normal. Perlu menjaga hati tunang masing-masing. Aku faham. Tapi realistik la, jgn sampai kat Friendster and Facebook pun nak delete kita. Hairan juga aku. Macam alien pulak rasa. Btw, to all jejaka-jejaka out there, kalau kawan perempuan anda bertunang, jangan ganggu and ngorat dia ok. Cukup la setakat kawan biasa-biasa aje. Nak lepak sekali pun tunang dia join sekali, baru orang tak fitnah bukan-bukan. Huhu.

3. Putus kawan sebab kahwin. Benda ni normal, especially to wanita la. Sebab lepas kahwin dah ada suami kena jaga sampai tak sempat nak bersosial. Ngeh3. Kalau member-member kamceng sgt2 lps kahwin tak contact langsung, normal la tu ok. Tapi jangan sombong la, ingat tu. Sms la jarang2 sekali. Bila jumpa balik, sila cakap macam member kamceng seperti biasa. Nanti orang cakap lepas kahwin ko lagi teruk hahaha.

4. Putus kawan sebab break-up. Hehehehe. This one is common. Tapi as you grow up, please kawan balik la dengan all you ex-bf/ex-gf. Tiada maknanya nak berdendam or gaduh2. Sudah tiada jodoh kan. Sebenarnya kalau anda bergaduh & still tak nak berkawan dengan your ex, itu melambangkan anda belum matang. So, sila matang seiring dengan usia ye.

5. Putus kawan sebab bergaduh besar pada masa silam. Yang ini banyak kita dengar. Tapi, sebagai manusia, sampai ke suatu ketika, automatically terasa tau untuk maafkan orang tu, dan berkawan balik dengan orang yg buat salah kat kita tu, walaupun kesalahannya amatlah besar sebesar dinasour (ok aku exaggerate). Ye la kan, takkan sampai tua nak bermasam muka. Just forgive and forget ok.

Apapun yg berlaku ke atas anda sehingga anda putus kawan atau kehilangan kawan, anda buat2 tak tahu je. Haha. Teruskan kehidupan kerana banyak lagi kawan2 kita yg awesome yg masih bersama kita. Sesungguhnya memutuskan ukhuwah itu amatlah tidak digalakkan. Remember, forgive them, and forget their mistakes. Dan peringatan terakhir saya, pesanan keramat daripada arwah moyang saya, "Kalau kita nak orang sayangkan kita, kita mestilah sayangkan semua orang dan benda dalam dunia ni". Hehehehe. Dan biarlah persahabatan kita kerana Allah, kerana itulah persahabatan yang sebenar2 persahabatan...

Picture taken from Morentalisa

Insya-Allah. (^_-)

7 comments:

ihsan_huhu said...

fuih sungguh matang sekali aku nih

Cik Kmar said...

hmmm

wahida said...

hopefully i'm not..dan saya percaya kata2 awak, berkawan kerana Allah..itu yg terbaik bcoz He bless us..

Cik Kmar said...

iAllah wahida. kalau blk kelantan bgtau k, bleh jmpa2 lepak2 hehe.

Arni Yusnita Ahmad said...

No 4 tu mcm ada issue sikit.
certain ppl nak act professional konon kwn balik ngan Ex, last last tgk gf sendiri yg susah payah bersama pulak yg ditinggalkan.

Issue ni arnie pegang pada prinsip la, tgk ex tu cmne orang nya, and kita ni mcm org nye.Apa yang dah berlaku, and take everything into account. Kalau kuat go on, kalau tak better DON'T. At least jadilah manusia yg berperikemanusiaan pada org lain.

Cik Kmar said...

yg no 4 tu, depends on our ex. kalau dia perangai cam sia*, lepas tu gatal & horny (bila jmpa2 as fren pn bleh plk nak raba2), pstu blagak & xmo kwn ngn kita, better dont kawan dgn dia la. its for our better life. lgpn our lives are far far more beautiful without them ;;) most of the time it takes years(5-20 years) for some ex-bf & ex-gf to be friends again.

mesarra said...

hye..
nice entry lah
yg kamu tulis seme sy sokong!
nway,kite duk ganu gak