Pages

Friday, October 29, 2010

Kek Coklat Lembap

















Saya dah try beberapa resepi kek coklat, tapi saya paling suka yg ini sebab rasanya tidak terlalu pahit seperti kek coklat lain.

Bahan-bahan untuk kek:

2 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak @ mentega/marjerin yang dicairkan
1 cawan serbuk koko*
1 cawan Milo*
1 cawan susu pekat manis
4 biji telur
1 cawan air panas
Sedikit esen vanila (optional)

* perlu diayak terlebih dahulu

Cara-cara (Kek):

Pecahkan telur dalam bekas berasingan & pukul sehingga kembang. Masukkan minyak masak dalam bekas lain. Tambahkan gula ke dalam minyak & gaulkan sehingga sebati. Masukkan susu pekat manis & telur yang telah dipukul. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak. Tambah esen vanila (jika mahu). Masukkan air panas. Gaul sehingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan(8") yang telah disapu mentega/marjerin ataupun dialas dengan kertas minyak. Kukus dalam periuk kukus selama ~1 jam atau sehingga kek masak (Anda juga boleh masukkan ke dalam oven pada 170 darjah celcius selama ~40 minit).

Bahan-bahan untuk topping:

Setengah cawan susu pekat manis
1 sudu mentega/marjerin
2-3 sudu serbuk koko

Cara-cara (Topping):

Campurkan semua bahan ke dalam periuk yang diletakkan di atas api kecil-sederhana (kalau boleh gunakan teknik double boil). Gaul sehingga sebati.

Apabila kek sudah masak, sejukkan sebelum anda menghiasnya dengan topping.

Ada beberapa perkara anda kena tahu, untuk menghasilkan kek yang terbaik:

1. Pukul telur sehingga kembang adalah penting untuk menghasilkan kek yang gebu
2. Gunakan api yang tidak terlalu kuat semasa mengukus kek. Api yang kuat menyebabkan kek merekah.
3. Sila ayak bahan-bahan yang perlu diayak. Pastikan semua digaul sebati & tidak berketul-ketul.
4. Sila gunakan whisk untuk resepi ini. Jangan guna mixer untuk mengelakkan kek jadi terlalu kembang/naik.
5. Untuk buat kek coklat lembap, sebaiknya dikukus daripada menggunakan oven. Kerana air kukus lah yang akan melembapkan kek ini.

*Gambar daripada Google Image. Tak sempat nak ambil gambar kek yang saya buat sebab lepas siap sebiji kek tu dah masuk dalam perut anak-anak saudara saya -_-

Sekian. Selamat mencuba!

Thursday, October 21, 2010

Beware with Your Cosmetics

Just a quick update. For those who are so in love with local products (cosmetics especially), please check the ingredients of every cosmetics you use & purchase. My friends are using them and yes, they do give immediate results. But the fact that they contain hazardous ingredients, not so many people are aware about this.

I'm not saying that local product is not good, but as far as I'm concern, I'm not a person who love to put something I don't trust on my face. No matter how bad my face is, I never use products that I don't trust. I rather use traditional methods on removing & reducing my acne/blemishes/breakouts and making my skin smoother (for those who want the traditional beauty tips pls request from me as they are my beauty secrets LOLJK). As I am one of the SCIENCE PEOPLE who is really into and involves in a lot of RESEARCHES of course I will only use products that were tested and undergone several researches before they are out for public.

A product that gives you instant magnificent result is suspicious to have dangerous substances. So please do not trust them so easily. Below just to name a few that have either hydroquinone or tretinoin or both (pls google yourself what are the effects of using both chemicals);

1. NV Toner Treatment No 1

2. NV Toner Treatment No 2

3. De Putih Night Cream

4. Felisa Gentle Peeling Solution

5. A.Vant Cream

6. Natasya Krim Herba

7. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream

8. Reena's Astringen Lanjutan

9. O'Lynn Skin Lightening Cream

For more information and full list please click PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU

* For international products, please check under FDA or something equivalent to it

Hope this entry educates you, if not a lot, a little bit on science of cosmetics. And, you should and really should love and appreciate your natural beauty, my beloved readers!

Friday, September 3, 2010

Chocolate Crunch









Juga dikenali sebagai biskut CHOCOLATE CORNFLAKES ataupun biskut CORNFLAKES COKLAT

Bahan-bahan:

200g coklat masakan

1 sudu mentega/marjerin

1.5 cawan cornflakes

Gula warna warni (untuk hiasan)

Cawan kertas (kecil)

Cara membuatnya:

  1. Hancurkan cornflakes dalam 1 bekas (untuk memudahkan proses memasukkan ke dalam cawan kertas).
  2. Cairkan coklat masakan bersama mentega/marjerin di atas dapur masakan. Gunakan teknik double boil. (Kepada pembaca yang tidak tahu apa itu teknik double boil, boleh tengok entri Kak Hanieliza's fotopages kat sini)
  3. Setelah coklat cair, angkat dan tuangkan ke dalam bekas berisi cornflakes yang sudah dihancurkan tadi.
  4. Gaulkan coklat dan cornflakes hingga rata, kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
  5. Hiaskan dengan gula warna-warni dan biarkan sehingga coklat & cornflakes mengeras dan melekat dengan elok sebelum menyimpannya ke dalam bekas biskut raya.

Mudah sahaja kan? Buat apa membuang duit membeli biskut raya jika anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Biskut ini mengambil masa yang sedikit sahaja untuk siap (dalam 15-20 minit).

Selamat mencuba! (^_^)

Untuk resepi biskut/kuih raya yang lain di blog saya, saya sertakan link di bawah. Sila tekan nama biskut/kuih untuk pergi ke link resepinya.

  1. Cornflakes madu
  2. Biskut Dahlia & Biskut Sarang Semut
  3. Kek Mentega/Buttercake
  4. Popia Nestum

Monday, August 16, 2010

Islam Itu Bukan Hanya Pada Nama

Semalam semasa chatting dengan kawan saya di Yahoo Messenger, dia forward kepada saya 1 gambar (gambar di bawah, klik link di bawahnya untuk view yg lebih jelas), saya membaca satu persatu status & feedback orang itu & kawan-kawannya di Facebook. Saya sangat terkejut & mengucap panjang. Saya terkesima kerana di sekeliling saya belum pernah ada orang seteruk itu. Sepanjang saya hidup hingga ke hari ini, pelbagai jenis kawan saya jumpa. Daripada yang sealim-alim manusia yang tidak henti-henti zikir di mulutnya sehinggalah kepada yang setiap malam pergi club malam untuk meneguk berbotol-botol arak tanpa sebarang kekesalan. Dari kecil lagi saya diajar oleh ibubapa untuk berkawan dengan semua orang & mengikuti apa yang baik sahaja daripada mereka, kerana itulah anda boleh lihat sahabat-sahabat saya datang daripada pelbagai jenis, namun saya masih seperti ini, sebagaimana saya sejak dulu lagi. Tapi sepanjang saya hidup, belum pernah saya bertemu sahabat yg mempermain-mainkan hukum agama, yang mengatakan Tuhan tidak wujud, yang mempersoalkan kenapa kita kena sembahyang/puasa/zakat dan lain-lain. Seteruk-teruk kawan saya yg suka minum arak & kaki perempuan/berzina, mereka tidak pernah mempersoalkan hukum hakam agama bahkan mengetahui apa yang mereka lakukan itu salah. Sangat besar perbezaannya dengan golongan dalam gambar Facebook ini.



Klik sini untuk gambar lebih jelas

Menurut orang-orang yang melihat kata-kata mereka dalam gambar Facebook ini, golongan ini sudah boleh dikatakan murtad, atau orang kafir. Saya tak tahu sebab ilmu agama saya tidak sebanyak kamu semua, dan saya melihat sahaja, biarlah Allah sahaja yg menilai, kerana Dia la sebaik-baik penilai. Sedih kerana wujudnya golongan sebegini, yang ketika kecil dihantar belajar agama sejak sekolah tadika(seawal umur 6 tahun), dan subjek Pendidikan Islam tidak pernah dialihkan daripada silibus pendidikan Malaysia, sehingga ke Tingkatan Enam sekalipun. Golongan yang nampak depan mata ibubapa, adik-beradik, saudara mara, jiran-jiran & kawan-kawan mereka sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain. Golongan yang setiap hari menonton televisyen, yang mana boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rancangan keagamaan disiarkan di televisyen. Golongan yang boleh mendengar laungan azan 5 kali sehari. Golongan yang setiap hari dilimpahkan rezeki melimpah ruah untuk makan makanan sedap berbanding orang miskin yang beriman yang mencari sesuap nasi dengan hanya mengutip tin kosong daripada tempat pembuangan sampah. Tapi mereka masih tidak mengerti tentang kebenaran Islam, adanya Allah Yang Esa, malah meragui semuanya. Hati mereka tertutup dan mereka betul-betul sudah terpesong.

Melihat kewujudan golongan ini, membuatkan saya bersyukur kerana saya dilimpahkan rahmat & kasih sayang Allah, kerana Allah hanya akan memberi hidayah & petunjuk kepada hamba-Nya yang terpilih. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang mengajar saya apa itu kebenaran & kesesatan, keluarga yang menegur apabila saya melewat-lewatkan solat, yang memerli apabila saya membuka tudung ataupun memakai baju ketat/jarang yang menampakkan susuk badan, keluarga yg menjaga pergaulan saya dimana setiap kali saya keluar rumah saya dipastikan pulang sebelum pukul 7 malam(kecuali perkara emergency), keluarga yang mengajar saya membaca & memahami Al-Quran sejak kecil. Juga saudara mara dan sahabat-sahabat daripada kecil hingga dewasa yang membantu saya lebih memahami & mendalami Islam. Kehadiran mereka semua merupakan rahmat & anugerah daripada Allah, yang memelihara iman saya dan menjaga saya daripada perbuatan-perbuatan yang dilaknat Allah.

Kepada golongan dalam gambar Facebook tersebut, tiada apa yang mampu saya katakan, kecuali mendoakan mereka semua diberi petunjuk & hidayah daripada Allah SWT untuk kembali ke jalan yang benar. Ingatlah bahawa dosa mensyirikkan Allah adalah dosa besar yang tidak akan diampuni Allah. Allah yang memegang hati semua manusia, semoga Allah membuka hati mereka ke jalan kebenaran. Gunakan peluang yang diberikan oleh Allah dan jangan sekali-kali siakannya. Dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. Sekian, wassalam.

Friday, August 6, 2010

Cupcakes of ♥


Love. Miss. Kisses. Hugs.

Because you and me, forever

Wednesday, July 14, 2010

Days & Weeks without Cosmetics!

Photo courtesy of Nature's Parlour

Yes, I am a woman, but I do not like to use cosmetics that much. I prefer natural beauty. A beauty given by God, where everything is pure. I mentioned before this in my Twitter, that I love to see beautiful women, the natural beauty ones. Not those with 'tepong gomak'. That one is fake. Do you know what happen when you ignore your makeup for quite some time? Let me tell you below, so that you know, that you can be beautiful naturally.

  1. When you do not wear mascara for weeks, you will realize that your eyelashes will be longer. This has been confirmed by Michelle Phan, a gorgeous makeup artist, where she has experienced this for quite some time. I am not so into mascara, so I never do any experiment relating to my eyelashes, could it be even shorter whenever I wear mascara (LOLJK).
  2. When you ignore your foundation, concealer and compact powder for days, you will recognize that your face skin will be healthier. Because when no chemical things are put into your pores, less dirt will stay on your face, and it will be easier for you to wash your face. Moreover, you will find out that your cheeks will blush naturally. ;-)
  3. When you disregard your lipstick for days, you will notice that your lips will be less dry. But do not forget to wear your lip balm, which is important to make your lips healthy. If you do not like to wear lip balm, you need to drink enough water to keep your lips moisture.

Several researches done have proven that putting creams/vitamins/supplements for most people leads to break outs and acnes, especially people with normal-combination-oily skin (I do not think sunblocks do the same). Those with dry skin will experience different things. Please drink enough water, as it is important to keep your body and skin moisturized. Contrary to most beliefs, not everyone need 1.5 litre of water per day, in fact, you can detect whether your body gets enough water or not only by looking at your urea (the water in your body is enough when your urea is white/pale yellow in colour). I do not recommend threading for people who have not done it yet, because threading makes your face looks fake and older than your real age.

Remember, the more you put on makeup on your face when you are young, the more you have to cover up your face with when you get older. So, say bye bye to cosmetics. Only wear it when you really have to. You should be proud of your natural beauty (^_-)Y

Sunday, July 4, 2010

Bola 2010



Aku bukannya suka sangat tengok bola. Bagi aku kelakar, duk tengok 22 lelaki berebut bola dalam 1 padang. Dari kecil lagi aku cakap macam tu. Tp bila time perlawanan bola yg best, aku tengok. Contohnya Perlawanan Akhir Piala Malaysia ke (takdela best pun tp kalau Terengganu masuk of course aku tengok sebab nak sokong negeri sendiri Lol) or Piala Dunia macam sekarang ni.

Setiap kali datang Piala Dunia, mesti aku pilih 1 team. Dulu-dulu randomly. Sekarang random juga tapi kurang sikit la ahaks. Of course tak nak sama team favourite dgn abang & adik-adik. Ayah aku berahsia team mana dia suka, so aku pun tak tahu. Tanya cik abang, dia suka France. Tp France dah balik rumah ye abang. Brazil adik aku pun dah kena balik. Dah takde rezeki kot bak kata orang Islam.

Aku pilih Sepanyol. Atau Spain dalam bahasa omputih. Kalau singkatan dia, jadi ESP. Ada sebab kenapa aku pilih Sepanyol. Bukan kerana pemain-pemainnya ramai yg ada rupa dan bergaya tapi sebab Sepanyol merupakan antara pasukan Europe yg paling bagus. In fact ranking Sepanyol dalam dunia tu dalam nombor 1-2 sekarang. Top la kan. So faham-faham la kenapa aku sokong Sepanyol.

Semalam aku sokong Argentina, tapi kalah. Bak kata adik aku, team aku sokong selalu je kalah. Kurang asam betul adik aku. Argentina hampeh. Defense dia lemah. Patutnya dah kena tau awal-awal kuat macam mana defense Jerman supaya lebih bersedia. Tengok Jerman main semalam memang best. No wonder Jerman skor 4 gol. Hari tu mereka kalahkan England pun garang juga. Jerman main memang semangat, macam main final gitu.

Next match Sepanyol vs Jerman. Aku memang suka Sepanyol, tapi aku cuak nak tengok mereka lawan Jerman yg gagah tu. Aku harap Sepanyol dah belajar & tengok macam mana Jerman laukkan Argentina & England dan lebih bersedia nanti. Kalau Sepanyol main macam Argentina malam tadi, memang aku terus tukar sokong team Jerman on the spot nanti Lol. Eh macam talam 2 muka je bunyinya.

Nanti kita tengok team mana masuk akhir. Uruguay or Netherland or Germany or Spain. Mana-mana yang menang World Cup pun, aku tak dapat faedah pun. Cuma boleh tengok team mana paling best. Hehe. Sama-sama kita saksikan negara mana yg bakal merangkul Piala Dunia 2010. O yay~

Saturday, June 26, 2010

Resepi Popia Nestum (Dan Kerepek Nestum)


Popia Nestum biasanya dihidangkan pada hari raya. Sangat simple cara membuatnya. Bahan-bahannya pun murah & mudah didapati. Boleh cuba bg siapa-siapa yg suka buat kuih raya, kerepek dan sebagainya.

Bahan-bahan:

Minyak masak secukupnya
1 bungkus kulit popia
Telur
Nestum
Gula (dikisar)
Horlick/Susu tepung *

* optional

Potong kulit popia yg besar itu kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, gulungkannya menjadi popia-popia yg sangat kecil. Untuk memastikan gulungan itu tidak terlerai, sapukan telur untuk melekatkannya.


Ini gambar acah-acah saja. Sila potong kecil-kecil sebelum menggulung ok. Jangan gulung besar-besar seperti gambar di atas.

Gaulkan nestum, gula, susu tepung & horlick dalam satu bekas (dengan ratio nestum:gula:susu tepung:horlick = 2:1:0.5:0.5**). Kemudian goreng kulit popia itu dalam minyak yg panas, angkat apabila kulit popia telah masak (berwarna kekuningan) & terus digaulkan dalam bekas yg berisi campuran nestum, gula dan sebagainya tadi.

** Ratio boleh diubah mengikut citarasa anda

Popia yg sudah sebati digaul boleh diasingkan ke dalam balang yg lain. Dan popia nestum anda telah pun siap.

Kerana aku & adikku membuat popia nestum ini pada waktu tengah malam & kami amat mengantuk, kami berhenti menggulung & terus memotong kulit popia ini kepada bahagian-bahagian kecil & terus menggorengnya. Proses yg sama tp hasilnya adalah kerepek nestum kerana tidak digulung seperti popia yg lain. :-)



Selamat mencuba! \(^_^)/

Monday, June 21, 2010

Perkataan-perkataan Lelaki TAK BOLEH CAKAP Kepada Perempuan

I've so many things to do. And they are more important. But I choose to update my blog instead. So, nah amik kau entri sorang perempuan yg dah tak update blog dia dekat 2 bulan LOLx.

Entri saya ini nak mengingatkan kepada lelaki-lelaki bahawa ada perkataan & soalan yang memang lelaki HARAM tanya pada perempuan. Haram as in jangan tanya la sbb nanti perempuan tu jd sedih or kecil hati, bukan Haram yg disisi Islam tu. I sebut Haram pasal I nak warning you guys not to do it at all.

Prof(lecturer) saya cakap ada 3 benda lelaki jangan tanya kat perempuan. Tapi depends la kan perempuan tu kisah ke tak. 3 benda itu adalah; 1- Umur, 2- Berat badan, 3- Status perkahwinan/hubungan. So faham-faham sendiri la kan, tak payah nak tanya banyak-banyak. Ada perempuan yg memang sensitif kalau tanya umur dia, sebab takut orang cakap tua. Lepas tu yg berat badan tu, sebab takut kantoi obese/berisi/banyak lemak extra. Dan yg ketiga tu, sebab kalau dah nampak tua tp still belum kahwin, macam malu la kan nk bgtau masih single. Konon la. Saya boleh la faham sikit2. Kalau cakap dengan perempuan yg open & confident dgn diri sendiri, tak kisah je kot kalau nak tanya. Kalau orang sensitif sila berjaga-jaga ye.

Ok jom kita pergi kepada perkataan sangat irritating, menjengkelkan kalau lelaki terkeluar dekat perempuan tu;

1. TUA
"Eh betul ke muka kau ni, nampak macam tua la". Kurang ajar je bunyinya ok. Semua orang aging and so do you my dear. Kalau perkataan 'tua' tu digantikan dengan 'matang' cam ok la. Kalau last time awak nampak/jumpa perempuan tu 10 years ago (contoh ms 16), don't expect muka dia ms 26 years old to be the same as she was 16. Tak masuk dek akal langsung, and please fikir logik, lgpun mengikut subjek anatomy & biology mana ada orang muka & body sama masa umur 15 vs 30. (Haaa, tu la sape suruh tak belajar Biology sampai universiti :-p)

2. ANAK DARA TUA
Please, never ever sebut perkataan ni pd perempuan. Kecil sgt hati bila dia dengar. Walaupun dia dah tua & belum kahwin, bukan dia yg nak jd macam tu. Dah takdir jodoh dia belum sampai. So please be don't say this word/sentence ok.

3. KEDUT
Kalau nampak muka perempuan tu berkedut, never ever sebut depan dia. Nanti dia sedih. Sebab perempuan akan rs sangat tua bila kedut sudah kelihatan.

4. MACAM PREGNANT
Kalau perempuan tu betul2 pregnant or baru pregnant, tidak mengapa anda menyebut perkataan ini. Tp kalau dia tengah tak pregnant, jgn sebut mcm ini ye, nnt terasa, sbb biasanya pregnant means body lg kembang/gemuk/berisi. Kalau nak cakap badan tu lebih besar drp sediakala, bgtau je tembam/makin berisi/makin sihat. Itu lebih sopan.

5. [sila isi sendiri]

Ok la. Ada lg perkataan2 lain tp malas nak tulis. Dah malas nak mengarang. Harap-harap boleh digest & reti-reti cari sendiri perkataan lain yg sensitif yg haram disebut kepada/dihadapan orang perempuan.

p/s: sorry entri ni byk short form. tulis dlm keadaan mengantok LOLs

Sunday, April 25, 2010

Kenapa Saya ‘Don’t Judge A Book By Its Cover’

Maaf sebab tajuk saya campur Melayu-English. Bukan nak rojakkan atau rosakkan bahasa tapi tidak tahu nak letak perkataan apa paling sesuai di situ dalam bahasa melayu. Berbalik kepada erti tajuk saya itu, saya tahu semua orang pun faham apakah maksud tersurat dan tersirat yang saya maksudkan. Ada beberapa situasi dan pengalaman hidup yang menyebabkan dan mengajar saya untuk tidak memandang orang dari segi luaran sahaja. Kerana itulah dalam sesebuah persahabatan dan perhubungan, perkara pertama yang saya nilai adalah hati. Bukan pakaian atau kata-kata yang dikeluarkannya mahupun blog nya yang kelihatan sungguh baik. Saya tidak berniat untuk menuduh atau memburukkan sesiapa atau mana-mana pihak disini, tetapi apa yang saya tulis di bawah ini adalah tulus dari hati saya berdasarkan pengalaman hidup saya yang saya lalui sehingga ke hari ini.Saya pernah mempunyai sahabat yang menutup aurat lebih bagus daripada saya. Namun apabila saya ingin meminta tolong, ayatnya adalah "Tengok lah dulu kalau rasa nak tolong". Bayangkan perasaan saya (ketika itu saya sedang meminta tolong berkaitan nota kuliah). Jadi saya terus meminta tolong daripada sahabat saya yang lain, yang tanpa rasa susah payah terus membantu saya.

Saya pernah mempunyai sahabat yang kelihatan sangat baik, mendengar lagu-lagu nasyid, anak yang taat pada ibu bapa, rajin dan pandai. Tetapi apabila saya menyertai perbincangan study group nya dan menyuarakan pendapat tentang pelajaran, dia memandang saya sebelah mata sahaja seolah-olah jawapan saya beri itu tiada maknanya. Mungkin saya tidak sebijak dia dalam pelajaran tapi sekurang-kurangnya terimalah pendapat saya ataupun betulkanlah saya andainya saya salah, bukannya memandang saya seolah-olah saya tunggul kayu disitu.

Saya pernah mempunyai sahabat yang bertudung labuh, baik, selalu menolong orang. Namun suatu ketika, dia menuduh saya gatal dan malas belajar. Saya terkedu dan tidak terkata apa-apa lalu saya tidak lagi bercakap dengannya seperti sebelumnya, kerana saya kecewa dengan kata-kata kesatnya.

Saya pernah mempunyai sahabat lelaki yang kata orang alim (tapi bagi saya tidak). Wallpapernya islamik, juga blog dan facebooknya. Tapi setiap kali berbual dengan saya, dia selalu menyakitkan hati saya. Menuduh saya yang bukan-bukan, mengutuk saya kerana tidak kaya, mencaci saya kerana semua kekurangan saya, dan yang sewaktu dengannya. Rasa hormat saya pada dia hilang dan walaupun di mata orang lain dia sempurna, apa yang dia lakukan terhadap saya cukup untuk buat hati saya terluka, kerana itu lah saya memutuskan untuk membina jurang antaranya, supaya saya tidak perlu lagi mendengar caciannya terhadap saya dan saya tidak perlu lagi kecil hati.

Saya pernah mempunyai sahabat warak dan kahwin awal, yang memutuskan persahabatan dengan saya setelah dia ada salah faham tentang ayat gurauan yang pernah saya tujukan bukan padanya. Saya ada meminta maaf atas kesalahan saya sekiranya ada tapi dia terus menyombongkan diri seolah-olah tidak mengenali saya. Namun saya tidak sedih sebab saya masih ada ramai kawan yang sayangkan saya.

Saya juga pernah mempunyai sahabat yang ibu bapanya warak, tapi tergamak dia merampas kebahagiaan dan mengecewakan orang lain begitu sahaja. Sudah hilang rasa hormat saya padanya kerana bagi saya jika dia benar-benar seorang islam, dia tahu bahawa melukakan hati orang lain adalah salah dan tidak bagus walaupun secara tidak langsung. Kerana untuk kita menjaga hubungan kita dengan Allah, kita perlu menjaga hubungan dengan hamba-hamba-Nya yang lain juga. Bukan menjaga hubungan dengan Allah semata-mata dan melupakan tanggungjawab terhadap makhluk-makhluk-Nya yang lain.

Saya rasa sudah cukup untuk saya dedahkan dan bercerita kenapa saya tidak judge seseorang itu daripada kata-katanya, ataupun pakaiannya, mahupun asal usul ataupun keimanan ibubapanya. Tidak dinafikan semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tiada seorang pun yang sempurna, namun kita disarankan untuk menonjolkan kelebihan kita bukan kekurangan kita. Kerana apabila kekurangan kita terutamanya dari segi perangai terserlah, tertutuplah semua kelebihan yang kita ada, kerana ketidakpandaian kita menyorokkannya. Jaga hati, jaga lidah, jaga adab, kerana Allah dan orang lain tidak menilai dari segi luaran sahaja, dan kecantikan dalaman adalah lebih penting daripada segala-galanya.

Tuesday, April 13, 2010

Saya Yang Selalu Alpa

Saya selalu komplen, penatnya berjalan jauh nak pergi kelas or kerja, sampai peluh-peluh, sampai tak larat

Tiba-tiba saya jumpa orang yang kudung, berjalan kena pakai tongkat dipegang dengan tangannya

Lalu saya terdiam dan bersyukur sebab Allah bagi saya sepasang kaki yang tiada cacat celanya untuk saya berjalan dan berlari


Saya bermasam muka bila saya tiada nasi untuk dimakan, terpaksa makan roti dengan jem, gara-gara malas keluar ke kedai untuk beli beras mahupun nasi

Tiba-tiba saya tengok dalam tv, ada keluarga yang nak makan roti pun susah, apatah lagi nasi yang sedap, sebab mereka tidak mampu untuk semua itu sehingga mereka hamper kebuluran

Lalu saya tergamam dan bersyukur sebab Allah masih bagi saya rezeki untuk saya makan makanan-makanan lazat dengan penuh nikmat


Saya merungut, dan saya cemburu tengok orang lain yang banyak duit, tahap beli Mercedes macam beli aiskrim Sundae Cone McDonalds

Tapi bila saya jumpa orang yang lagi tidak berduit daripada saya, yang nak beli makanan pun susah

Saya senyap dan bersyukur sebab Allah bagi saya rezeki yang melimpah-limpah untuk makan makanan best dan beli baju kasut yang cantik


Saya mengomel-ngomel bila mak ayah saya marah saya sebab saya malas dan tak siapkan kerja

Tiba-tiba saya terpandang kanak-kanak yatim piatu yang sudah kehilangan ibubapa sejak kecil lagi

Lalu saya terpegun dan bersyukur kerana sampai umur saya sekarang 24 tahun, Allah masih mengurniakan saya ibubapa yang penyayang yang sentiasa kasihkan dan berada disisi saya


Saya ingat lagi bila ada pencuri masuk rumah saya dan curi semua barang saya termasuklah laptop, camera, passport dan sebagainya

Saya sedih menangis-nangis cakap kenapa la hidup saya jadi macam tu

Tiba-tiba saya dapat berita kawan saya kehilangan ibubapanya dalam sekelip mata

Lalu saya sedar dan bersyukur kerana Allah takdirkan saya untuk hilang cuma barang-barang bukannya orang-orang tersayang

Sebab lama-lama, kita tidak akan ingatpun barang-barang yang kita pernah hilang, tapi kalau kita kehilangan seseorang yang kita sayang, kehilangan itu kita akan rasa selama-lamanya


Banyak benda saya bising dan mengomen

Namun Allah takdirkan saya berjumpa dengan orang dan keadaan yang lebih teruk

Sebab Allah sayangkan saya dan Dia mahu saya mengerti betapa banyaknya nikmat Dia bagi kepada saya

Kerana kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya

Dan tiada satu makhluk pun di muka bumi ini mampu menyayangi sebagaimana Allah sayangkan saya

Sunday, March 28, 2010

Cinta Hakiki

Apabila kita gembira, ucapkanlah syukur pada-Nya atas limpahan nikmat yg diberikan

Apabila kita sedih, menangislah pada-Nya kerana tidak akan ada ada orang dalam dunia ini yang dapat mendengar luahan hati kita sesempurna-Nya

Apabila kita bingung, beritahu pada-Nya kerana hanya Dia yang akan memberi petunjuk yang betul tentang apa yang harus dilakukan

Apabila kita resah, luahkanlah pada-Nya kerana hanya dengan mengingati-Nya hati kita menjadi tenang

Apabila kita mahukan sesuatu teramat sangat, pintalah hanya daripada-Nya kerana hanya Dia yang mampu memberikan apa sahaja yang kita minta

Apabila kita takut kehilangan seseorang, mohonlah hanya kepada-Nya kerana hanya Dia yang memegang hala tuju, keinginan dan perasaan dalam hati makhluk makhluk-Nya yang lain

Apabila kita hilang arah, mengadulah hanya kepada-Nya kerana hanya Dia yang mampu memperbetul kekeliruan dalam hati kita

Ternyata kita benar-benar memerlukan-Nya, di setiap tempat, saat dan ketika, kerana tanpa kasih sayang-Nya, kita tidak akan mampu meneruskan kehidupan yang kita lalui sekarang

Semoga kita sentiasa berada dalam limpahan nikmat dan rahmat-Nya

Wednesday, March 24, 2010

Keperitan, kesakitan dan kepedihan

Perit rasanya apabila kita berusaha sedaya upaya untuk berjuang, tetapi keadaan sekeliling membantutkan usaha kita.

Sakit rasanya apabila kita penuh bersemangat untuk mengharungi cabaran, tetapi orang sekeliling melemahkan semangat kita.

Pedih rasanya apabila kita terus berjuang dan tekad untuk berjuang, tetapi mereka-mereka mentertawakan kita.

Mereka tidak pernah berada di tempat kita. Jadi mereka tidak akan pernah tahu dan faham apa yang kita rasa, dan apa yang kita lalui dalam hidup kita. Berdoalah agar mereka mengerti bahawa hidup ini bukan sekadar untuk merendah-rendahkan martabat orang lain…

Monday, March 22, 2010

Jangan Berlagak

Disclaimer: Entri ini mungkin kasar. Kepada siapa-siapa yang fragile, sensitive & yang sewaktu dengannya, dipersilakan skip entri ini.

Kenapa kita tidak boleh berlagak dengan apa yang kita ada. Sebab itu namanya riak. Jadi jauhi diri anda daripada sifat mazmumah bernama RIAK.


1. Tidak perlu berlagak jika anda dapat straight A1s masa SPM. Ataupun dapat CGPA 4.00 ketika undergraduate study. Itu semua adalah rezeki anda yang Allah bagi. Jadi cara untuk tidak berlagak adalah dengan berkongsi ilmu dengan kawan-kawan anda yang memerlukan bantuan anda.


2. Tidak perlu berlagak jika anda ada barang-barang berjenama yang mahal berpuluh ribu. Sebab itu semua harta pinjaman Allah kepada anda. Gunakan wang anda dengan sebaiknya dan tolong orang yang memerlukan, bukan dengan menghabiskannya dengan membeli barang-barang mahal yang anda pakai pun setahun sekali. Paling tidak tahan, beli barang keperluan yang mahal tapi hutang dengan bank beribu riban. Adakah itu kaya? [Sila jawab sendiri]


3. Tidak perlu berlagak jika anda cantik, mahupun menunjuk-nunjuk. Kecantikan fizikal adalah sementara. Bila anda tua nanti kedut-kedut kerepot juga. Sampai pertengahan umur pun sudah kertu. Yang lebih penting adalah kecantikan hati. Kerana Allah dan orang sekeliling anda menilai yang disitu, bukan secara fizikal.

4. Tidak perlu berlagak jika anda mempunyai boyfriend atau suami, dan menunjuk-nunjuk pada kawan-kawan yang masih single. Mengambil gambar setiap kali anda ngedate dan menayangkannya di Facebook dan blog. Lagi-lagi yang tengah lovey dovey, sama-sama syok sendiri saja dalam blog dan Facebook. Bosan i. Kalau gambar dengan suami tidak mengapalah, itu perkara biasa. [Bukan sebab jealous, tapi menyampah]


Ok tu je nak membebel kali ini. Lain kali saya bebel lagi. Sekian terima kasih. :-p

Monday, March 15, 2010

Mari Berkongsi Petua Kecantikan

Tidak. Entri ini bukan untuk saya berkongsi petua yang saya tahu dengan anda. Tapi anda, ye, anda, berkongsilah dengan saya.

Mana-mana petua yang anda ada, tradisional or moden, dan mana-mana produk yang berkesan untuk kecantikan bersama, marilah share di sini.

Jika anda tahu petua & produk yang bagus & berkesan untuk MENGHILANGKAN JERAWAT, MENGHILANGKAN PARUT, MELEMBUTKAN & MENGHALUSKAN KULIT, MEMUTIHKAN & MENCERAHKAN KULIT, MENGURUSKAN & MENYIHATKAN BADAN, MENGELAKKAN PERUT BUNCIT dan sebagainya, sila kongsikan dengan saya. Tulis dalam komen please. Hehehe.

Nanti saya buat 1 entri special mengenai apa yang anda kongsikan itu dan saya akan quote nama anda. Mana-mana petua yang saya berkenan, saya akan amalkan. :-D

Sekian terima kasih.

Tuesday, March 2, 2010

Reflection #1


I was in my friend's car, on our way back to USM from a great lunch in Tesco. The weather was quite hot and I just couldn't wait to arrive sooner. Suddenly I saw a cute boy by the roadside. He was waiting for his time to cross the road because the cars were coming continuously. He nodded so many times to the car drivers, a hint to let the cars go first. At the same time, he was holding a food container, which I was sure containing food that he would bring to someone he loved (I assumed his mom here). His face was innocent, faultless and pure. Looking at him, I wondered how his life really is. Does he enjoy his childhood like I did years ago. He seemed to walked far away to bring the food to the one he loved. There is very high probability that his mom is working in Tesco building and he wanted to lunch together with his beloved mom.

Picture courtesy of NextGreatGeneration

Looking at his innocent face, purely 100% innocent, and the way he communicated with strangers, I felt so touched. I felt very pity for him for having to walk distances away, bringing the food which I presumed to be heavier than what he could bring with his hands. I wondered how his life really is. Is it great and enjoyable? Is it hard? Is it challenging? Or is it just like what I experienced when I was a little girl? I just hope that everything is good for him.

I always complaint about my life, deep inside my heart, even though I don't tell to other people verbally. But by looking at an innocent small boy like him, which I think need more love and money than what he has now, makes me realize that my life is great and beautiful. I am able to smile, to laugh, to eat delicious food, to buy something I like, and many more. But the little boy, does he experience all this enjoyable things? I just pray that Allah ease and help him in everything that he does. I pray for him to be a very reliable person when he grows up. My little boy, only Allah knows why He chooses you to go through all these. I believe that one day you will appreciate every hardships Allah has tested you, for them you become stronger, wiser and courageous when you grow up, soon.

Friday, February 26, 2010

Have you ever....


Have you ever loved someone
But the surrounding did not bless the love
And you had to let him go

Have you ever loved someone
But different personalities
Made both of you apart

Have you ever loved someone
But he/she suddenly went to someone else
And left you in chaos

Have you ever loved someone
But he/she has been taken already
And you just could pray that he/she will be happy always

Have you ever loved someone
But when it came to be more serious
He/she disappeared just like that

And... have you ever loved someone so much
That he/she will always be there for you all the time
Despite all the problems, he/she still stays
Despite all the challenges, he/she fights for it
Despite of the presence of someone else, he/she still goes for you
Despite of different personalities, he/she tries to understand you
And he/she wants to be with you for the rest of his/her life
Then, he/she is the one for you
That loves you so much, no matter what happen
Never let this person go
Love him/her like he/she loves you
Because this is your true love
That Allah made for you...

(^_^)

Tuesday, February 9, 2010

Sebab-sebab Utama Putus Cinta

Wah. Tajuk macam tak menarik. Ke menarik bagi kamu? Hahaha. Ok randomly terfikir untuk blog pasal ini memandangkan 2-3 bulan lepas macam-macam kes cerai & putus cinta yang aku dengar di kalangan orang-orang yang rapat dengan aku.

Ok. Sebab pertama; Sebab Tuhan nak tunjuk kat kita, hanya cinta kepada-Nya dan daripada-Nya yang akan kekal. Cinta pada manusia sedalam manapun tidak akan kekal. Itu hikmah yang Allah nak suruh kita mengerti. Allah nak bagitahu kita, nak bagi kita sedar yang tiada cinta se'sejati' cinta kepada & daripada Allah. Tidak pernah sekali-kali Allah tinggalkan kita walau macam mana kita susah pun. Tapi manusia, asal ada benda tidak kena sahaja, terus nak break up. See, cinta manusia tidak sejati kan?

Sebab kedua; orang ketiga. Seriously. Aku memang pantang benar dengan orang yang dah tahu siang-siang lelaki/perempuan yang dia suka tu suami/isteri/tunang/bf/gf orang tapi tetap nak rampas juga. Siapa-siapa yg macam tu boleh la berkawan dengan Pasha Sendat, Kemek Suheza dan yg sewaktu dengannya. Kot ye pun nak mengorat, tunggu la mereka break up, cerai, putus tunang(& yg sewaktu dgnnya dulu). Biar la orang tak nampak kita rampas. Acece. Macam mengajar pula. Tp betul. Kau rampas hak org, org rampas balik hak kau nnt. Ataupun Allah akan rampas balik. Kan balasan Allah itu pasti. So tak payah susah-susahkan diri nak mengelakkan diri daripada balasan Allah. Pastu kalau la pasangan kita nak tinggalkan kita kerana orang ketiga, biarkan dia, tak payah pujuk-pujuk dia kembali kat kita, ok. Ingat, biarkan mereka dengan labu-labunya. Kah kah kah.

Sebab ketiga; sudah tiada perasaan. Aku pernah tengok member aku bercerai kerana isterinya sudah tiada perasaan terhadap suaminya. Gila ke apa? Suddenly tiada perasaan. Are you out of your mind? Aku tak tahula atas dasar apa cinta tu. Tapi yang aku tahu & percaya, cinta kerana Allah, itulah cinta yang sebenar-benarnya, yg akan kekal lama. Tidak akan hilang perasaan cinta itu walaupun sudah tidak cantik kerana tua, atau sudah sakit tidak lg sihat seperti dulu, mahupun sudah tidak kaya seperti sebelumnya.

Sebab keempat; curang. Ada link dengan sebab kedua tadi. Malas la nak komen panjang-panjang yg ni. Aku memang tak suka berkawan dengan orang-orang curang aka playboy/playgirl. Tak kuasa aku nak menasihatkan dieorang. Korang jaga-jaga, ada org cakap, once a playboy, forever a playboy. Contohnya Normeni Hakumi si buaya longkang tu. Kalau dah playboy, lepas kahwin pun takkan habis lagi perangainya tu. Jaga-jaga la sebab orang playboy/playgirl ni pandai berkata-kata aka mulut manis. Jangan termasuk perangkap diaorang ye.

Sebab kelima; perkara-perkara bukan diri kita; contohnya ibu bapa tak berapa suka, or ibu bapa tak nak kita kahwin orang jauh-jauh, or mak kita tak berkenan perangai dia sebab dia tak tahu malu. Macam tu la lebih kurang. Kalau parents cakap tak berapa suka, korang tak payah la couple lama-lama. Break up je. Kecuali la kalau korang berjaya meyakinkan kepada parents korang bahawa cinta korang adalah cinta sejati. Acecece. Kalau dah jodoh tak kemana ok.

Macam-macam lagi la punca perpisahan sebenarnya tapi aku malas nak meleret-leret. Yang pasti, kalau dah kena tinggal tu, tak payah toleh ke belakang aka Jangan Pandang Belakang, biarkan luncai dengan labu-labunya. Tak payah merayu-rayu untuk dia kembali kepada anda. Nonsense. Anda akan dapat orang yang beribu-ribu kali ganda lebih baik daripadanya.

To those yang mahu tips untuk mendapatkan ex-boyfriend/ex-girlfriend kembali, tengok sini. Agak menjadi menurut orang-orang yang mengamalkannya la. Kalau ada jodoh tidak kemana. Ingat tu.

Yang penting, cinta kepada pencipta kita, Allah yang Satu. Confirm tidak akan pernah kehilangannya. Semoga kita terus dalam rahmat & kasih sayang Allah amin. (",)

Sunday, January 31, 2010

Alasan-alasan untuk putus sahabat


Sungguh kecewa apabila orang yg anda berkawan dan menganggapnya kawan memutuskan persahabatan anda begitu sahaja. Berikut merupakan alasan-alasan kukuh untuk putus kawan (kononnya la);

1. Putus kawan sebab ada awek. Dalam kes ni, selama bertahun-tahun sebelum dia ada awek, bukan main lagi lepak-lepak dengan kita, sampai nak makan pun suruh satu geng teman. Bila dah ada awek je, terus tak ingat membe, konon nak jaga hati awek. Please ok, nonsense. Macam la kita nak mengorat dia kan. Kalau la ko break up dengan awek kau, siapa yg kau cari? Kawan juga kan!

2. Putus kawan sebab dah bertunang. Perkara ni normal. Perlu menjaga hati tunang masing-masing. Aku faham. Tapi realistik la, jgn sampai kat Friendster and Facebook pun nak delete kita. Hairan juga aku. Macam alien pulak rasa. Btw, to all jejaka-jejaka out there, kalau kawan perempuan anda bertunang, jangan ganggu and ngorat dia ok. Cukup la setakat kawan biasa-biasa aje. Nak lepak sekali pun tunang dia join sekali, baru orang tak fitnah bukan-bukan. Huhu.

3. Putus kawan sebab kahwin. Benda ni normal, especially to wanita la. Sebab lepas kahwin dah ada suami kena jaga sampai tak sempat nak bersosial. Ngeh3. Kalau member-member kamceng sgt2 lps kahwin tak contact langsung, normal la tu ok. Tapi jangan sombong la, ingat tu. Sms la jarang2 sekali. Bila jumpa balik, sila cakap macam member kamceng seperti biasa. Nanti orang cakap lepas kahwin ko lagi teruk hahaha.

4. Putus kawan sebab break-up. Hehehehe. This one is common. Tapi as you grow up, please kawan balik la dengan all you ex-bf/ex-gf. Tiada maknanya nak berdendam or gaduh2. Sudah tiada jodoh kan. Sebenarnya kalau anda bergaduh & still tak nak berkawan dengan your ex, itu melambangkan anda belum matang. So, sila matang seiring dengan usia ye.

5. Putus kawan sebab bergaduh besar pada masa silam. Yang ini banyak kita dengar. Tapi, sebagai manusia, sampai ke suatu ketika, automatically terasa tau untuk maafkan orang tu, dan berkawan balik dengan orang yg buat salah kat kita tu, walaupun kesalahannya amatlah besar sebesar dinasour (ok aku exaggerate). Ye la kan, takkan sampai tua nak bermasam muka. Just forgive and forget ok.

Apapun yg berlaku ke atas anda sehingga anda putus kawan atau kehilangan kawan, anda buat2 tak tahu je. Haha. Teruskan kehidupan kerana banyak lagi kawan2 kita yg awesome yg masih bersama kita. Sesungguhnya memutuskan ukhuwah itu amatlah tidak digalakkan. Remember, forgive them, and forget their mistakes. Dan peringatan terakhir saya, pesanan keramat daripada arwah moyang saya, "Kalau kita nak orang sayangkan kita, kita mestilah sayangkan semua orang dan benda dalam dunia ni". Hehehehe. Dan biarlah persahabatan kita kerana Allah, kerana itulah persahabatan yang sebenar2 persahabatan...

Picture taken from Morentalisa

Insya-Allah. (^_-)

Friday, January 22, 2010

Because Allah Knows The Best

Picture courtesy of Simply Said Signs


Allah knows what is the best for you
What you can go through
And what you cannot
Which pathway is the best for you
Allah will not show you the wrong track
That will make you suffer later

Allah knows who is the best for you
Who we can be with you all the time
Who will be there for you when you need them
And who will never leave you for no reasons
Allah knows better and believe that
He will give you the best person
That will never be apart from you or hurt you

Allah knows where is the best for you
Where you have to be
In order for you to be a better servant for Him
For you to be a servant that will never forget Him
For you not to be arrogant when you are rich
For you not to be proud of yourself when you win

Believe in Allah
Not only in the way you talk
Not only through your appearance
Not only in your writing & words also
But in your heart truthfully
Be kind to His other servants also
And never to hurt others
So that the love you get from Allah
Will be complete and continuous

Insha-Allah

(",)

Wednesday, January 6, 2010

Pelajaran Hidup Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Walaupun sudah 6 Januari 2010 hari ini. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Membesar menjadi seorang perempuan yang berumur 25 tahun pada 2010 ini (atau 24 tahun 2 bulan secara lebih tepat), banyak pengalaman hidup yang saya pelajari. Secara langsung atau tidak langsung. Pengalaman-pengalaman hidup yang dilalui menjadikan saya seorang yang lebih matang, jika tidak secara fizikal pun, tetapi matang dari segi pemikiran. Seperti kata Prof yang mengajar saya, pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mari kita sama-sama lihat apa yang telah Cik Akmar pelajari sepanjang tahun lalu...

1. Saya belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Tidak untuk merungut atas apa yang saya tiada atau tidak mampu memiliki. Melihat keadaan orang-orang yang sakit dan papa sampai tahap tidak boleh makan, saya sedar saya sangat bertuah diberi nikmat yang banyak oleh Allah yang saya selalu lupa. Nikmat makan sedap-sedap, nikmat kasih sayang keluarga & kawan-kawan, nikmat peluang untuk menambah ilmu dan banyak lagi. Saya sangat bersyukur atas semuanya.


2. Saya belajar untuk menghargai orang di sekeliling saya, terutamanya orang-orang yang saya sayang. Kerana saya tidak tahu sampai bilakah mereka akan bersama saya atau sampai bilakah saya bersama mereka. Kehilangan ahli keluarga terdekat yang muda & sihat secara tiba-tiba benar-benar menyentap hati saya. Saya tidak mahu menyesal kerana tidak sempat mengucapkan kata-kata penuh kasih sayang buat mereka yang saya sangat kasihkan dalam hidup saya, iaitu mak, ayah, adik beradik, orang tersayang, kawan-kawan dan guru-guru, pensyarah-pensyarah saya.


3. Saya belajar untuk tidak membina kebahagiaan diri sendiri di atas airmata orang lain. Tidak untuk membahagiakan diri saya dengan keadaan orang lain mengalirkan airmata. Contohnya, melukakan hati seorang perempuan lain hanya kerana ingin membahagiakan hati sendiri. Kerana saya sedar betapa peritnya airmata itu. Saya mahu membina kebahagiaan dalam keadaan yang menggembirakan orang di sekeliling saya juga. Kerana sekali kita melukakan hati orang, Allah yang Maha Adil pasti akan memberi balasan setimpal. Dan balasan itu biasanya lebih 'dalam'. Saya tidak mahu perkara sebegitu terjadi kepada saya dan anda. Nau'zubillah.


4. Saya belajar bahawa duit bukan segalanya. Duit tidak akan sekali-kali mampu membeli kebahagiaan. Memang hidup kita memerlukan duit tapi kita tidak akan pernah bawa duit tu sampai ke kubur kita. Begitu juga dengan pangkat & harta lain. Yang kita bawa hanyalah amalan-amalan & ilmu-ilmu yang kita manfaatkan. Poor or rich, we'll end up the same place.


5. Saya belajar untuk tidak bersikap kurang ajar apabila orang meminta pertolongan daripada kita. Jika tidak mahu menolong, sekurang-kurangnya berkatalah "Insya-Allah saya akan cuba" atau "Saya akan cuba tapi tidak boleh janji", bukannya membuat lawak bodoh atas pertolongan yang diminta itu. Kerana kalau kita memberi harapan kepada orang lain, secara tidak langsung kita telah menceriakan harinya, walaupun secara tidak sengaja. Ingatlah bahawa apabila kita menolong orang lain, Allah akan menolong & mempermudahkan urusan kita nanti.


Inilah sedikit sebanyak yang dipelajari sepanjang 2009. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Sekian.