Pages

Sunday, November 29, 2009

If and Only If


Thursday, November 19, 2009

Katakan TAK NAK Kepada Perokok

Saya TAK SUKA orang merokok. Lelaki ke, perempuan ke, tidak kira la. Saya tetap tidak suka.

Saya ada sebab mengapa saya benci perokok. Dulu2 masa berada di Melbourne, saya sangat terkejut mula2 melihat ramai perempuan merokok. Tapi lama2 saya buat biasa sahaja. Di Malaysia, setakat ini, lelaki yg merokok (kebanyakannya). Perempuan belum ramai lagi merokok di Malaysia. So perempuan2 sekalian, sila hindarkan diri anda daripada perokok & rokok.


Di bawah ini, saya senaraikan kenapa saya TIDAK SUKA perokok;

1. Bau badan perokok lebih busuk dan berbau daripada bau badan orang biasa yang tidak merokok. Dan bau itu sampai menyelinap masuk ke dalam semua baju2, seluar2, kereta2 dan alat2 perokok. I don't like the smell. Sebab itu saya kurang selesa setiap kali keluar or terpaksa keluar dengan perokok.

2. Gigi perokok kuning. Kuningnya tidak cantik. Kebanyakan perokok memang menjalani rawatan cuci gigi 2-3 kali setahun untuk mencantikkan gigi. Tapi rawatan itu sama sekali tidak berjaya mengurangkan kebencian saya kepada perokok.

3. Mulut perokok adalah lebih gelap. Dan berbau. Oh. Saya tidak suka. Sungguh tidak cantik. [Saya rasa bibir & mulut lelaki2 yg tidak merokok lebih juicy & segar. Ohh..]

4. Membeli rokok memerlukan duit yg banyak. Berapa RM harga rokok sekotak? Mahal kan? Lebih baik jangan merokok & gunakan duit2 tu ke arah perkara2 yg lebih baik. Tapi bagaimana kalau rokok yg dapat tu free, tak payah bayar? Hey, free or kena bayar, merokok tetap tidak bagus OK.

5. Merokok membahayakan kesihatan. Hm. Semua orang tahu benda ini. Dah berapa banyak keluar iklan dalam TV, suratkhabar, pameran2 kesihatan yg bagitahu merokok membahayakan kesihatan. Dan lebih menarik, packaging & labeling kat kotak rokok sekarang dah tunjukkan gambar penyakit2 yg akan perokok itu dapat di hari muka. Kalau kat sesetengah negara, siap ada gambar erectile dysfunction pada kotak rokok OK. Tapi Malaysia tak boleh buat la kan, taboo. Huhu~

So. Lu Pikir La Sendiri. Demi anak bangsa tercinta, tolong la berhenti merokok. Berapa banyak case study (samada case-control or cross sectional or cohort design) yang saya baca link kan rokok dengan pelbagai penyakit, dan terbukti dalam banyak kajian bahawa merokok meninggikan risiko untuk lung cancer, penyakit jantung, kanser mulut & sebagainya.

(Ya Allah, jodohkanlah aku dengan lelaki yang tidak merokok. Amin.)

Please, to all smokers, quit smoking. For a healthier life and for the sake of your loved ones. Good luck to you all in quitting your smoking habit.

That's all for now. Thank you.

(-_-)Y

Khatimah Cinta



Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi

By 6ixth Sense

Monday, November 9, 2009

Separuh Jiwaku Pergi


Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua

Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

By Anang