Pages

Wednesday, July 22, 2009

Benda-benda Aneh Yang Manusia Selalu Buat

Aneh sebab macam salah tapi buat juga. Aku berkongsi dengan korang atas pengalaman diri sendiri & pemerhatian terhadap orang-orang yang berada di sekelilingku. Contoh untuk perkara-perkara aneh tersebut adalah seperti di bawah;

1. Pakai baju seksi-seksi tak tutup aurat tapi bila nak makan reti pulak baca Bismillah.


2. Minum arak tapi bila sampai masa makan ayam daging reti cari yang halal pulak.


3. Nak gi konsert(bukan islamik punya) pastu mulakan langkah kaki/drive dengan Bismillah.


4. Nak study sambil dengar lagu siap baca Bismillah tapi duk dengar lagu rock/Siti Nurhaliza (bukan lagu-lagu Islamik pun).

5. Pergi dinner yang versi amal-amal punya tu (yang kutip-kutip derma untuk orang memerlukan tu) tapi pakai baju tak cukup kain untuk majlis tu.


6. Tak cukup pun solat 5 waktu tapi bila nak nikah reti pulak ikut hukum syarak ijabkabul cari kadi imam semua2 tu.


Weird tak rasa? Hmm. No comment. Tapi benda-benda ni banyak je di sekeliling kita.


In fact, Islam is the way of life. keseluruhan aspek kehidupan. Islam meliputiJangan la time puasa nikah je ikut ajaran Islam. Time lain islam letak kat tepi. So, pendek kata, lu pikir la sendiri. Huhuhuhu. (Pesanan untuk diri aku jugak OK, aku bukan perfect pun)

Sekian.

Sunday, July 19, 2009

Manusia & Perangainya

[Disclaimer: Entry ini tidak ditujukan atau berkaitan dengan siapa2 pun, jadi siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya]

1. Kau dikatakan alim. Semua orang pun cakap kau berilmu agama bagus. Kau siap dah berkahwin dan jadi suami orang pun. Dalam blog kau siap galakkan orang2 lain berkahwin awal jugak. Tapi bila aku tertegur kau secara tidak sengaja, dan bukan niat nak menyindir malahan bergurau je, kau kecil hati, terus tak mahu berkawan dengan aku dan putuskan silaturrahim yang ada. Dan sekarang kau buat cam kau tak kenal aku langsung. Eh eh ada ke orang alim putus2kan ukhwah dengan orang2 dia kenal? Hmm. Terdiam & terpegun kejap aku.


2. Kau banyak duit. Malahan kau duk sebut2 nama kawan2 kita yang dah kumpul banyak duit. Kau banding2 kan siapa paling kaya. Sebab kau antara yang terkaya antara kita semua. Tapi aku hairan kenapa bila orang minta derma payah sangat kau nak hulur walaupun RM 1. Kau tak kasihan ke kat orang2 yang miskin tak cukup makan, takde rasa ke nak bantu dieorang? Please la, gunakan harta2 yang kau ada untuk membantu orang yang memerlukan. Dan in fact, bukan semua orang mahu jadi kaya dan anggap kaya itu berjaya. Apa guna kaya tapi tidak gunakan kekayaan yang ada ke jalan yang betul. Dalam hidup ini kekayaan bukanlah petanda kita berjaya, malahan banyak lagi aspek kehidupan yang mencerminkan kejayaan kita. Kau faham?


3. Kau sangat pandai. Pandai tahap macam professor dah. Semua orang kagum dengan kau. Kau bijak, semua orang tabik spring kat kau sebab kau sangat bertuah Tuhan bagi otak bijak pandai. Kau reka macam2 benda guna kebolehan kau dan kau banyak diiktiraf di pelbagai peringkat atas rekaan yang telah kau cipta. Tapi mana hilangnya hormat kau pada rakan setaraf dan orang2 bawahan yang bekerja dengan kau, yang selalu tolong2 kau selama ni? Kau ingat kau seorang je ke ada ilmu yang tinggi. Orang lain pun ada ilmu jugak la! Cuma ilmu dalam bidang lain yang kau sendiri tak tahu pasal bidang mereka tu. Ilmu kau tu pun Tuhan punya, Tuhan bagi pinjam. Bila2 masa je Tuhan boleh tarik balik, kau tau tak? Jadi tolong la hormat orang lain sepertimana orang lain menghormati kau. Jangan kerana kau berpangkat tinggi kau boleh tengking2 dan pandang rendah kat orang2 lain begitu sahaja. Hmm.

Ingatlah bahawa nikmat yang diberi Allah kepada kita tidak terhingga. Jangan sekali2 berlagak dengan apa yang dianugerahkan-Nya. Gunakan ke jalan yang betul, dalam erti kata lain, ke arah jalan yang dapat meninggikan lagi martabat umat & agama Islam di muka bumi ini. Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat2 mazmumah yang kita sendiri tidak sedar boleh bersarang dalam diri kita tanpa kita sedari. Gunakan kelebihan yang ada untuk menolong orang yang memerlukan dan mencari keredhaan-Nya. Jangan bertindak mengikut perasaan & sentiasa menghormati orang di sekeliling kita, walau setinggi mana pun darjat kita. Last but not least, don't judge a book by its cover. Wassalam...

Friday, July 10, 2009

The Happiness

Last night I chatted with one of my best friend through YM. As he is older than me, he is definitely more successful in his life now (than me). I talked to him a lot about life and he did advise me a lot throughout my life.

Then I asked him, how to be rich, or make a lot of money. Then he laughed to me. He said I am still studying, I do not need to think about money yet. Plus it is very rare to see someone called student to be very rich during their study.

Then he said to me, instead of searching for money, why don't I search for happiness. He told me he has felt what the feeling of having lots of money is, and what he really wants to have since young until now is the real happiness, a thing he couldn't have totally until now. Searching for happiness is far more difficult than finding a lot of money, isn't it? Plus, happiness gives you the strength to go on with your life, the one that encourages you to be brave and bold and the one that makes you feel that you are appreciated by others.

So, let us search for happiness and love first, then everything will be smooth and easy in your life. Yes money is important too, but not to the extent that is it the main thing in your life. All the best in your life, everyone! (^_-)Y