Pages

Sunday, January 25, 2009

The Tags

Tagged by Syu

10 Facts/Hobbies About Me

1. I love beaches. I will go to the beach especially when i am depressed, it helps me in reducing my stress level.
2. I like playing Sudoku. But i need more practices to go to the highest level.
3. I love going out with my beloved friends. Anywhere will do.
4. I like to sms my friends. How i wish that sms-ing is free.
5. I can't live without internet. (Indirectly)
6. I am a graduate in B.Sc. majoring in Genetics and Biotechnology. (nothing special with it hahaha)
7. I am the 5th child in my 11 siblings.
8. I love sleeping. I need enough sleep. 8 hours per day. (I know that's too much)
9. I love food. Oh i can't live without food. Why food are so tasty ar?
10. I have 3 cute nephews and 1 adorable niece. I love them! ;-)

For this one, i tag Cik Farha, Cik Dada and Cik Nabil.
____________________________________________________________________

Tagged by Cik Farha

Those that i want to tag for this one are;
1. Cik Kama
2. Cik Nadiah
3. Cik Syuhada
4. Cik Nakia
5. Cik Sabrina
6. Cik Dada

1) What do you know about 1?
Kama is clever and intelligent. And gorgeous. Ehehehehe. :-p

2) What would you do if you never meet 2?
I might not be friends with Nadiah

3) What would you do if 3 & 4 date you?
Nope. Impossible. I am neither lesbian nor bisex. Heh.

4) Would 5 & 6 make a good couple?
They don't know each other

5) Do you know everything about 3's family?
Nope. I rarely chat with Syu. But i know a little bit about her mom.

6) Tell me something about 6
Dada is going to graduate soon, this semester is her final semester.

7) What language does 2 speak?
Malay and English

8) Who is 3 going out with?
I don't know about Syu's personal life

9) How old is 4?
Nakia just celebrated her 21st birthday. So young. I am 3 years older than her *sigh*

10) 5?
Sabrina age is same with me hehehehe not so old yet ar

11) Who is 6's fav singer?
I think Dada loves Siti Nurhaliza

12) 1?
Rihanna maybe. Or Pink. And Gwen Stefani. Is that right Kama?

13) Is 4 single?
I don't know so much about Nakia. I think she is single now. But it is not impossible for her to have someone else already or sooner hehehe.

14) What is 3 last name?
Ghazali. Yup. Syuhada Ghazali

15) What u consider being in relationship with 1?
We are friends since Intec

16) What are u talking about?
Anything la

17) What school did 2 go to?
Nadiah went to same schools with me, MRSM-YT Besut and MRSM PC. =)

Done. Haha!

Saturday, January 24, 2009

Ways To Win With People


1. Point out people strengths
2. People need to know they are helped; be the first to help
3. Take the most opportunities to create great memories
4. Let people know you need them; nobody works alone
5. Give people the triple-A treatment

6. Remember their good days, not their bad ones

7. Add most value in their strength zone

8. Write notes of encouragement; encouragement notes are remembered

9. Give people energy

10. Help people win

11. Create a memory and visit it often

12. Pass the credits to others

13. Compliment people in front of others; compliments affirm people

14. Give people hope; most powerful and energizing words

15. Remember person's story

16. Give others a reputation to uphold

17. Give with no string attached

18. Have a high opinion of people

19. Say the right words at the right times

20. Encourage the dreams of others

21. Make the most of your gifts and opportunities

22. Encourage another dream to be reality

23. Share a secret with someone

24. Give the people the benefit of the doubt

25. Keep your eyes off the mirror
26. Do for others what they can't do for themselves

27. Listen with your heart

28. Find the keys to their heart; respect people, trust people, be very open

29. Share ideas

30. Accept the facts that people are different

31. Make yourself more valuable

32. Learn the names of people you meet; recognize the value of their names

33. Instill motivation


And many more... Build a strong relationship with people even though you only know them for a minute.

Love others and you'll be loved. (",)

Nidji - Laskar Pelangi


Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia selamanya…

* Saya teringin nak baca novelnya. Harap berkesempatan suatu hari nanti. =)

Wednesday, January 21, 2009

Tak Mungkin Berpaling

Saat cinta bicara aku tak kuasa
'Tuk bisa jauh dari dirinya

Sejak membuka mata hingga malam tiba
Ku lihat hanya bayang dirinya

Jangankan selingkuh pikirkan yg lain
Sejenak bisa tak mampu

Rindu ini menjerat sangat kuat sayang
Kau begitu memikat setiap saat sayang

Monday, January 19, 2009

Estrella - Ternyata

Pertama kali mendengar lagu ini, saya sangkakan lagu ini milik band artis dari Indonesia. Namun tekaan saya salah, kerana rupa-rupanya Estrella adalah band dari Malaysia. Saya rasa gembira kerana nampaknya sudah banyak artis/band Malaysia mampu membuat lagu best dan menarik seperti mana lagu-lagu dari Indonesia. Ternyata artis2 Malaysia juga berbakat dan hebat! (^_^)



Ku lihat dia
Pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman liriknya

Ku ingin dia
Saat pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

Friday, January 16, 2009

When They Break Your Heart

It is very sad when the ones that are very close to you break your heart into pieces. I come to a level that i feel all people in the world don't and didn't appreciate me anymore. Because if they never did, these would never happen. And they would not make me cry again and again.

For now, only one person really understands me. Whatever happen to me, that person always be by my side. The person is always there for me every time i cry. Don't guess who. You know who you are.

To the people that break my heart into pieces, just get out of my life. I don't need you. You all only will make my life more miserable. I for sure will ditch you from my life.

This feeling makes me feel very happy to have a group of friends called 'AkuBudakBaik', my close friends that are also from Terengganu. Yes, they are always there and be with me wherever i am. In whatever condition i am in. Even though we were miles away once upon a time, we are still together. So many problems come to our group members and none of us forget and insult each other. They are really my true friends. Never leave me alone. That makes me love them more and more. Thanks Nabil, Syeri, Dada, Wann and Syati for our strong friendship. I love you all so much.


In building and maintaining a good friendship, many challenges will come to us, and this is the ones that shows who is your real friend and who is not. Before this i don't agree with my sister, as she always ditch her friends everytime her friends did something wrong, or forget her. Now i understand why did my sister do that. As i am doing it now.

Sorry for all my wrongdoings. Nurul Akmar is not a very good person. I am sorry. And thanks for everything.

Saturday, January 10, 2009

Kejam, Jahat, Lebih Teruk Daripada Binatang

Saya benci Israel. Atau lebih spesifiknya tentera Israel. Mereka semakin teruk. Semakin kejam. Mereka tidak berperikemanusiaan (Oops lupa, mereka memang bukan manusia dan tidak berhati perut). Mereka seperti binatang terlepas daripada hutan hujan khatulistiwa. Mengebom sekolah, rumah dan sesiapa sahaja yang tidak bersalah, mereka memang lebih teruk daripada binatang.

Alangkah indahnya dunia jika Hitler masih hidup, kerana Hitler merupakan seorang yang berani membunuh puak-puak Yahudi Israel dengan hebatnya satu ketika dulu. Sekarang tiada manusia yang berani membunuh puak Yahudi Israel ini. Ramai yang mengatakan bahawa jikalau Saddam Hussein masih hidup, tentera Israel tidak akan berani bertindak sekejam dan seteruk kebelakangan ini. PBB sendiri tidak berani marah, walaupun arahan gencatan senjata tidak dihiraukan tentera Israel. Setiap hari ada saja berita mengenai kekejaman mereka. Tidak hairanlah mereka diberikan status 'bara api neraka jahanam' kelak.


Kita memang tidak mampu mengangkat senjata untuk melawan mereka, namun marilah sama-sama kita mendoakan agar rakyat Palestin sentiasa diberi kekuatan dan pertolongan yang sewajarnya, dan pertolongan daripada Allah yang Maha Esa. Marilah kita membaca doa Qunut Nazilah untuk menentang tentera Israel, memohon kepada Allah, kerana Allah Maha Adil. Semoga tentera Israel mendapat balasan yang setimpal, jika bukan sekarang pun, di akhirat kelak!

Dan seperkara lagi yang kita mampu lakukan, tolong dan tolong, boikot barangan-barangan yang menyumbangkan kepada Israel. Jika ekonomi mereka lemah, maka mereka tidak akan mampu menyediakan kelengkapan senjata setahap sekarang kelak. Saya sertakan logo-logo barangan yang perlu diboikot dalam gambar dibawah. Ianya hanyalah sebahagian daripada jenama-jenama yang menyumbangkan kepada Israel. Jika ada pun barangan kegemaran kita tersenarai dalam gambar ini, marilah kita sama-sama berhenti membelinya. Gantikan dengan produk lain yang setanding dengan kualitinya. Insya-Allah, ekonomi mereka akan lumpuh perlahan-lahan.

Semoga Allah memberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh umat Islam di dunia ini untuk menempuh segala dugaan yang datang kepada kita. Amin.

Friday, January 9, 2009

Customer Servis Yang Power

Saya berasa gembira kerana dapat online semula. Selama 3 hari rumah saya tiada internet. Telekom menuduh kami tidak membayar bil. Sehinggalah semalam kakak saya menunjukkan bukti-bukti bahawa dia telah membayar bil internet melalui Maybank2u. Kemudian barulah pihak TmNet menyambung semula internet kami.

Dalam tempoh 2-3 hari lepas juga, saya memerlukan internet kerana ada beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Untuk urusan kurang penting saya meminta tolong Abang. Tapi untuk urusan penting yang tidak dapat dibuat oleh orang lain, saya terpaksa ke CyberCafe. Kebetulan semalam talian internet di Terengganu mempunyai masalah (saya rasa ada beberapa tempat lain juga mempunyai masalah internet), merayau-rayau saya sampai ke bandar Kuala Terengganu mencari CyberCafe yang ada internet. Akhirnya CyberCafe ke-5 yang saya pergi mempunyai sambungan internet.

Tapi hanya Tuhan tahu betapa 'lajunya' internet mereka. Saya ke sana hanya untuk menghantar beberapa emel. Yang boleh dilakukan cukup 5-10 minit. Tapi internet yang super lembap gaya siput sedut itu menyebabkan saya terpaksa menunggu sampai 2 jam hanya untuk menghantar 4 emel. Sakit hati bukan? Sudahlah bayaran CyberCafe bergantung kepada lama mana anda menggunakan komputer+internet, makin lembap internet makin lama la anda terpaksa berada di situ dan makin banyak la jumlah yang anda kena bayar! Saya bersumpah tidak mahu pergi ke CyberCafe itu lagi. Menjengkelkan. Untuk orang yang suka berlengah-lengah tidak mengapalah. Tetapi untuk orang yang busy dan menghargai masa seperti saya (kononnya), amat geram lah rasa apabila benda boleh buat sekejap sahaja jadi terlalu lama. Wasted! Huhu.

Apabila balik ke Malaysia sejak September lalu, saya jadi sedikit meluat kerana customer service di sini agak teruk. Saya bukan mahu memuji negara lain tetapi berpada-pada lah wahai orang Malaysia dengan servis perkhidmatan anda. Saya paling kagum sistem perkhidmatan pelanggan di China, Jepun dan Korea. Mereka sangat menghargai masa, melalukan kerja bersungguh-sungguh dan pantas, cekap. Saya pernah berborak dengan seorang imigran China di Australia satu ketika dahulu dan dia mengutuk customer servis Australia yang lembap, sedangkan bagi saya, servis di Australia sudah cukup bagus berbanding di negara saya. Saya dapat rasakan kalau dia datang ke Malaysia, dia boleh pengsan menunggu segala benda untuk dibereskan. Haha.

Cuba bayangkan, di saat penuh orang dalam bank menunggu giliran, kaunter-kaunter bank hanyalah dibuka 1-2 kaunter sahaja. Mereka tidak nampak ke dalam bank tu orang ramai menunggu sampai kan nak duduk pun sudah tiada tempat. Hal yang sama berlaku apabila anda pergi ke Pejabat Pos dan menunggu giliran membuat bayaran di kaunter pasaraya. Macam tiada perasaan mahu buka kaunter baru. Sungguh pelik.

Hari itu kakak saya mahu membuat kad meriah Mydin (ala-ala loyalty program card utk pasaraya Mydin), dan terkejut dia apabila perlu membayar RM12 untuk membuat kad itu. Bukankah kad-kad sebegitu perlu diberi percuma kerana tujuannya untuk menggalakkan orang membeli di kedainya? Pelik kuasa 2. **Dan tidak lupa juga, hari itu juga saya mendapati satu ATM Maybank dalam Mydin Mall rosak di bahagian untuk memasukkan kad. Seolah-olah ada orang mencucuh api disitu, dan bentuk untuk memuatkan kad menjadi bentuk lain. Hm. Entah siapa yang berdendam dengan Maybank atau Mydin sampai dibuat ATM itu sebegitu rupa. Kalau pun berdendam dengan Mydin/Maybank, janganlah rosakkan ATM itu sebegitu. Tidak fikirkah ramai lagi yang mahu menggunakan ATM itu? Bagaimana kalau ada orang yang ingin menggunakan ATM itu memerlukan wang kerana emergency. Hm. Tolonglah fikir tentang orang lain juga, bukannya diri sendiri sahaja.

Sekarang ini di bandar Kuala Terengganu sedang sibuk dengan pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya tidak kisah benda itu, tapi yang menyedihkan saya, pihak atasan menyekat beberapa jalan-jalan penting. Kawasan penamaan calon adalah berdekatan dengan Hospital KT, jadi kesesakan jalanraya berlaku dengan hebatnya. Mungkin orang akan bagi laluan kepada ambulans yang ingin ke hospital, tetapi macam mana kalau ada suami yang menghantar isteri yang mahu bersalin. Alamaknya bersalin lah dia dalam kereta ya, kerana kereta tidak boleh bergerak gara-gara kesesakan jalanraya. Saya ada nampak polis trafik menjaga beberapa jalan utama, tapi ada juga jalan-jalan yang tertinggal untuk dijaga. Hmm. Pening juga kepala saya. Saya kadang-kadang tidak faham bagaimana cara orang-orang ini berfikir. Mungkin kita rakyat Malaysia perlu didedahkan dengan cara pengurusan yang lebih efficient.

Semoga generasi-generasi akan datang lebih bertanggungjawab dan lebih bagus dalam mengendalikan sesuatu perkara. Kerana benda-benda sebegini walaupun nampak remeh tapi sebenarnya amat penting untuk memajukan negara. Semoga. Dan semoga menjadi kenyataan. Amin.

(** Kejadian ini tidak berkaitan dengan customer service)

Friday, January 2, 2009

Happy New Year


Happy New Year (Darab 2X sebab ada 2 tahun baru untuk kita)

Oh. Sudah terlambat untuk saya ucapkannya. *Kali 3 lambatnya utk tahun baru Islam*

M'habiskan masa cuti2 akhir tahun saya dgn b'main b'sama anak2 sdare *Yg wpun 4 org sahaja seperti 10 org nakalnya*

Azam baru? Saya rasa malas untuk berazam *Ish teroknya* Tapi saya ada harapan JITU iaitu mahu jadi lebih b'jaya b'banding tahun2 lepas dan mampu ketawa dengan lebih banyak lagi *Doakanlah saya ye*

Saya sekarang m'jadi seorang yg sudah malas utk berperasaan *Kerana perasaan2 terok itu kadang2 meletihkan dan memualkan*

Kpd org2 yg m'jengkelkan *You know who you are* Boleh blah dari hidup saya. HAHAHA. Saya rasa lebih aman skrg.

Sekian untuk kali ini. UPDATES yg tidak m'bawa faedah kepada sape2. HAHAHAHA. :-p