Pages

Sunday, July 19, 2009

Manusia & Perangainya

[Disclaimer: Entry ini tidak ditujukan atau berkaitan dengan siapa2 pun, jadi siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya]

1. Kau dikatakan alim. Semua orang pun cakap kau berilmu agama bagus. Kau siap dah berkahwin dan jadi suami orang pun. Dalam blog kau siap galakkan orang2 lain berkahwin awal jugak. Tapi bila aku tertegur kau secara tidak sengaja, dan bukan niat nak menyindir malahan bergurau je, kau kecil hati, terus tak mahu berkawan dengan aku dan putuskan silaturrahim yang ada. Dan sekarang kau buat cam kau tak kenal aku langsung. Eh eh ada ke orang alim putus2kan ukhwah dengan orang2 dia kenal? Hmm. Terdiam & terpegun kejap aku.


2. Kau banyak duit. Malahan kau duk sebut2 nama kawan2 kita yang dah kumpul banyak duit. Kau banding2 kan siapa paling kaya. Sebab kau antara yang terkaya antara kita semua. Tapi aku hairan kenapa bila orang minta derma payah sangat kau nak hulur walaupun RM 1. Kau tak kasihan ke kat orang2 yang miskin tak cukup makan, takde rasa ke nak bantu dieorang? Please la, gunakan harta2 yang kau ada untuk membantu orang yang memerlukan. Dan in fact, bukan semua orang mahu jadi kaya dan anggap kaya itu berjaya. Apa guna kaya tapi tidak gunakan kekayaan yang ada ke jalan yang betul. Dalam hidup ini kekayaan bukanlah petanda kita berjaya, malahan banyak lagi aspek kehidupan yang mencerminkan kejayaan kita. Kau faham?


3. Kau sangat pandai. Pandai tahap macam professor dah. Semua orang kagum dengan kau. Kau bijak, semua orang tabik spring kat kau sebab kau sangat bertuah Tuhan bagi otak bijak pandai. Kau reka macam2 benda guna kebolehan kau dan kau banyak diiktiraf di pelbagai peringkat atas rekaan yang telah kau cipta. Tapi mana hilangnya hormat kau pada rakan setaraf dan orang2 bawahan yang bekerja dengan kau, yang selalu tolong2 kau selama ni? Kau ingat kau seorang je ke ada ilmu yang tinggi. Orang lain pun ada ilmu jugak la! Cuma ilmu dalam bidang lain yang kau sendiri tak tahu pasal bidang mereka tu. Ilmu kau tu pun Tuhan punya, Tuhan bagi pinjam. Bila2 masa je Tuhan boleh tarik balik, kau tau tak? Jadi tolong la hormat orang lain sepertimana orang lain menghormati kau. Jangan kerana kau berpangkat tinggi kau boleh tengking2 dan pandang rendah kat orang2 lain begitu sahaja. Hmm.

Ingatlah bahawa nikmat yang diberi Allah kepada kita tidak terhingga. Jangan sekali2 berlagak dengan apa yang dianugerahkan-Nya. Gunakan ke jalan yang betul, dalam erti kata lain, ke arah jalan yang dapat meninggikan lagi martabat umat & agama Islam di muka bumi ini. Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat2 mazmumah yang kita sendiri tidak sedar boleh bersarang dalam diri kita tanpa kita sedari. Gunakan kelebihan yang ada untuk menolong orang yang memerlukan dan mencari keredhaan-Nya. Jangan bertindak mengikut perasaan & sentiasa menghormati orang di sekeliling kita, walau setinggi mana pun darjat kita. Last but not least, don't judge a book by its cover. Wassalam...

3 comments:

ihsan_huhu said...

owh sume xkne ngn aku

x bergaya alim, xkaya n xbijak mcm ko wahahahah

RAJA SIBER said...

Mari kita renungkan mutiara kata ini yang menjadi saya lebih bersemangat (empat bulan saya terlantar lemah semangat & hidup penuh dengan kecewaan)dan menjadi pendoman anda semua.

Aku meminta kepada Allah setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Aku minta kupu2, diberiNYA ulat bulu. Aku sedih & kecewa. Namun kemudian kaktus berbunga indah sekali & ulat pula menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah cara Allah, indah pada masaNYA, Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa & terluka. Tapi jauh di atas segalanya DIA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

Alihkan matamu ke LAUT, airnya cantik membiru & penuh ketenangan tapi hanya ALLAH yg tau rashia di dalamnya. Begitu dengan kehidupan manusia, riang ketawa hanya ALLAH yang tau rashia disebaliknya.

Jika rasa kecewa pandanglah ke SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta-juta batu menghalang. Jika rasa sedih pandanglah ke LANGIT sedarlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu


Kata-kata ini membuat aku sedar bahawa ALLAH bersama ku dengan mengatur kehidupan ku yang lebih baik lagi dari kelmarin. Sekarang aku lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

~piNkylixiOuz~ said...

betui tu sis..
kesenanganyg kite kecapi nie hanyalah bersifat sementara..
bila2 masa jer ALLAH leh tarik ape yg kita ader sekarang nie..
s0,bersyukurlah dgn segala nikmat yg diberikan..
*_*