Pages

Wednesday, June 24, 2009

Oh Ayah


(Agak lambat untuk menulis entry ini tapi tak kirala, nak tulis jugak. Haha.)

Tanggal 18 Jun 2009 yang lalu, kami sekeluarga menyambut harijadi ayah, yang saban tahun jatuh hampir-hampir atau pada Hari Bapa (Jimat duit beli hadiah, haha, as if aku selalu beli hadiah kat ayah :-p).

Ayah dah berumur 60 tahun. Tapi saya rasa ayah lebih muda dari usianya. Mungkin sebab isteri ayah 6 tahun lebih muda dari ayah dan kerana ayah berbadan kecil. Hehe. Ayah adalah seorang yang sangat saya kagumi. Kesabarannya mendidik 11 orang anak-anaknya tanpa pernah mengenal erti penat lelah sangat saya kagumi. Sampai sekarang pun kami masih banyak kerenah dan ayah masih menjaga kami dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Satu keistimewaan ayah saya yang jarang ada pada orang lelaki ialah ayah saya sangat sukakan kanak-kanak (no wonder la anak dia ramai kan hehe). Kalau cucu-cucunya balik dia adalah orang paling excited (tapi dia cover la hehe). Ayah saya comel.

Terima kasih ayah kerana membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Hanya Allah yang mampu membalas jasa ayah terhadap kami adik beradik. Semoga ayah sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki dan gembira sentiasa. (",)

8 comments:

ihsan_huhu said...

cayalah pakcik.. 11 org mmg power!

FarHa said...

tarikh tu sama ngan adik bongsu sy nyer besday hehe...

bestnyee adik beradik ramai kan kan kan...

nadxoxo said...

mereka comel ^^

Cik Kmar said...

@ihsan, heheh dh rezeki ayah aku kaya dgn anak hehehe

@farha, mmg best adik bradik rmai. tang nk raya knduri je xckup tmpt nk tdo lol.

@nad, hehe. mak kma mrh letak gmbr ni dlm blog sbb dia kata muka dia xcomey dlm gmbr ni hahaha (tp i letak jgk keh3)

rajasiber said...

muka awak...ikut muka awak mak...hargai jasa ayah mu..... ayah mu ayah ku jua..ahaakk

rajasiber said...

pok cik try cari nama pokcik dalam senarai boyfriend, girlfreind dan blooger semua xdok..dah lupa kat pokcik ya..ahaaakkk

Cik Kmar said...

@rajasiber, sape u nih. hmm *wondering* oh btw, i x ikut muke mak la, lain actually. hehe. i ikut muka mak sdare sblh mak & ayah, so muke i lain drp adik bradik lain, tp jgn risau i tetap anak mak ayah jua *keh3*

RAJA SIBER said...

Saya hanya manusia biasa yg sentiasa mengambil tau pekembangan awak. yg beza saya dgn awak ialah awak perempuan saya lelaki dan awak mempunyai kedua ibu bapa tapi saya tidak mempunyainya. awak beruntung.. jagailah dan hargai lah ketika dia maseh ada. lama awak tak hantar gift kat tagged