Pages

Friday, May 15, 2009

Nasi Kebuli


Nasi Boli adalah satu lagi hidangan istimewa yang terdapat di negeri Terengganu. Namun nasi ini tidaklah sepopular Nasi Dagang ataupun Keropok Lekor. Nasi Boli sangat istimewa kerana rasanya tidaklah terlalu berpulut seperti Nasi Dagang, tidaklah terlalu berminyak seperti Nasi Minyak dan tidaklah terlalu berempah seperti Nasi Beriyani. Nasi ini rasanya seolah-olah seperti campuran kepada semua nasi yang telah disebutkan tadi. Rasanya yang unik membuatkan Nasi Boli sangat istimewa.

Nasi Boli boleh dimakan bersama gulai ayam/daging/ikan dan acar timun/nanas. Tidak ramai yang tahu resepi sebenar bagaimana membuat Nasi Boli memandangkan hidangan ini sudah jarang dihidangkan di Terengganu pada zaman sekarang. Untuk membuat Nasi Boli, beras biasa bersama beras pulut dicampur dengan beberapa jenis rempah dan dibalut dengan kain, dan dimasak seperti biasa. Tidak banyak generasi muda yang tahu cara-cara membuat nasi ini sepenuhnya (termasuklah saya). [Saya berharap agar saya sempat belajar bagaimana cara untuk membuat Nasi Boli daripada ibu saudara saya sebelum terlambat. Huhu.]

Walaupun nasi ini amat menyelerakan, amat sedikit restoren/kedai makan di Terengganu yang menyediakan nasi ini dalam menu mereka. Kerana seperti yang telah saya maklumkan, resepi nasi ini hanya diketahui oleh sebilangan orang sahaja. Saya berharap semoga Nasi Boli akan menjadi lebih popular dan resepinya lebih diketahui ramai supaya ianya tidak akan luput ditelan zaman. =)

19 comments:

nadxoxo said...

ooo first time denga pasal nasi boli ni. mcm menarik jer. ish..kalo kmar meniaga jual nasi boli sure femes nnt. leh monopoli perniagaan nasi boli :P

Kujie said...

isshhh...ingat ke dr India
tak pernah dengarlah...apa lagi nk rasa

Cik Kmar said...

haha nad. insya-Allah. ada rezeki lebih ingat nak jugak bukak restoren jual makanan2 Terengganu kat Klang Valley. ;-)

hehe mama. ingat nasi Bollywood ek(cuma buang 'wood' kat blkg). nasi ni sedap tau. saya pun jrg dpt makan. sbb nya org dh jrg buat. hmm. nnt akan saya korek resepinya sampai ke lubang cacing. ahaks.

BeLLe NaBiLaH said...

x pnh taw ade nasik nme boli....mmm....mu bwk la aku g mkn kt mne2 yg jual ek

Cik Kmar said...

nnt aku dh jmpe tmpt yg jual nasi boli aku oyak ke mu deh. ms kite kecik2 mmg ade jual. tp skrg cm susah nk cari. huhu.

Cik Dada said...

kmar..bukan ke nasi ni panggil nasi bulli.. ;)

Cik Kmar said...

aku xtau cmne nak eja nama betul nasi ni. tp family aku pronounce 'Nasi Bolli'. hahaha.

ihsan_huhu said...

fuh.. org2 ganu pon rmai xpnh dgr.. hahaha

boli jgn xboli

m.k.z.e said...

cik dada:- mmg nasi nie org panggil nasi buli or boli (org2 tua)

cik kmar:- cepat la mintak resepi nya

nasi nie sbnrnya org2 tua x makan nasi minyak atau nasi dagang...

time kenduri kat hulu terengganu, pasti ada...

Cik Kmar said...

ohh kenduri kat hulu trganu bnyk hidangkn nasi bolli ek. hmm. menarik2.

m.k.z.e said...

x tahu kenduri pada masa sekarang, masih ade atau x nasi buli nie...

ihsan_huhu said...

owh.. kne tggu besday sherry kurus r camnih

Cik Kmar said...

haha. ntah2 syeri pn xbuat nasi ni. kempunan r korg nk merasa nasi ni. :-p

Cik Dada said...

xpe.tgu aku buat..hehe..nasi ni bajet murah sikit =)

Cik Kmar said...

ok. tunggu dada buat! hehe. bajet murah sket kot sbb biasanya kuahnya buat drp ikan aya (ikan tongkol). eh tp skrg ikan aya mahal jugak la dada. hmm.

amizah said...

Mok sy setiap kali raye sokmo wak nasi bolli...ada org ganu dok rajin dengor nasi bolli.

~ Mar ~ said...

amizah: saya lama doh x makan nasi boli ni.. sdpnya.. untung awak mak buat tiap2 tahun..

Maizura Mohamad said...

Senang aje buatnya. Ikut resepi pakcik saya. Mmg kawan2 dan kluarga suami suka mkn dan mkn bertambah2 jadi kalau nak masak kne masak byk hehe jamgan sampai tak cukup nasi.
Bhn2 mcm nasi minyak.
Cuma blend kering separuh hancur ketumbar dan jintan manis. Buh dlm kain yg mcm sup bunjut tu. Buh dlm air nasi. Bahan lain ialah air halba (rendam halba dlm air panas dan ambik air saja) dan bbrp bijik lada hitam buh buh dlm air nasi.
Ada sukatan tertentu tapi saya main agak2 saja. Ada yg suka rasa kurang berempah ada yg suka rasa lebih berempah.
Selamat mencuba

Maizura Mohamad said...

Senang aje buatnya. Ikut resepi pakcik saya. Mmg kawan2 dan kluarga suami suka mkn dan mkn bertambah2 jadi kalau nak masak kne masak byk hehe jamgan sampai tak cukup nasi.
Bhn2 mcm nasi minyak.
Cuma blend kering separuh hancur ketumbar dan jintan manis. Buh dlm kain yg mcm sup bunjut tu. Buh dlm air nasi. Bahan lain ialah air halba (rendam halba dlm air panas dan ambik air saja) dan bbrp bijik lada hitam buh buh dlm air nasi.
Ada sukatan tertentu tapi saya main agak2 saja. Ada yg suka rasa kurang berempah ada yg suka rasa lebih berempah.
Selamat mencuba